Semakan Jadual Peperiksaan Online SPA 2020

Semakan Jadual Peperiksaan Online SPA 2020. Tahun 2019 sudah pun melabuhkan tirainya. Ramai yang mempunyai azam baru tahun 2020 ini, azam kerjaya dah dapat kerja kah belum? Kalau belum, usah berputus asa kerana setiap bulan ada saja kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam diiklankan di laman portal SPA.

Semakan Jadual Peperiksaan Online SPA 2020

Jika anda sudah membuat permohonan di portal SPA8i, maka anda hanya perlu menunggu panggilan untuk menduduki peperiksaan online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti. Disini, kami akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk buat semakan jadual peperiksaan online psee SPA untuk tahun 2020.

Semakan Jadual Peperiksaan Online SPA

Untuk membuat semakan jadual peperiksaan online PSEE  SPA, anda perlu lakukan semakan melalui beberapa cara iaitu:

  1. Buat semakan di Portal Rasmi SPA – http://www.spa.gov.my/
  2. Buat semakan melalui email anda, pihak SPA akan menghantar email pemberitahuan Peperiksaan beserta link akses untuk peperiksaan nanti.
  3. Buat semakan di Fan Page – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) https://web.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Sukatan Peperiksaan Online

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Walaubagaimanapun, bukan semua peperiksaan online mempunyai ketiga-tiga seksyen ini. Boleh jadi hanya seksyen pengetahuan am sahaja, atau daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris sahaja atau hanya seksyen daya menyelesaikan masalah sahaja.

Baca Juga  Semakan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Pulau Pinang

Sukatan Peperiksaan/Ujian Psikometrik

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai:

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Berbeza dengan peperiksaan online, peperiksaan psikometrik adalah soalan menguji calon berdasarkan penilaian seperti dinyatakan diatas. Ianya bukan soalan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah atau bahasa inggeris. Soalan ujian psikometrik lebih kepada soalan-soalan psikologi menilai kecenderungan calon.

Rujukan Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik SPA

Anda bernasib baik kerana pihak Tim Inforkerjaya telah menghasilkan rujukan khas dan contoh-contoh soalan peperiksaan PSEE dan Ujian Psikometrik ini.

Rujukan Peperiksaan SPA – http://infotambahan.com/seksyen/16495

Rujukan Ujian Psikometrik SPA – http://infotambahan.com/psikometrik/16495

Semoga dengan perkongsian Semakan Jadual Peperiksaan Online SPA 2020 dapat membantu anda membuat semakan peperiksaan dan ujian psikometrik SPA terkini tahun 2020.

Kami doakan kejayaan anda.

You cannot copy content of this page