Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41. Anda calon Peperiksaan Online Juruaudit W41 di Jabatan Audit Negara bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda!

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa Contoh Soalan SPA Matematik atau Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41. Bahagian ini boleh menjadi Seksyen A atau Seksyen B dalam peperiksaan online SPA.
Sekiranya anda terpanggil untuk Peperiksaan Online SPA PSEE bulan ini, pastinya anda tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk persediaan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda semua atas panggilan peperiksaan PSEE ini.
Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA
Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.
Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.
Format Peperiksaan SPA Terkini Juruaudit W41
Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.
Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 2 bahagian peperiksaan iaitu:
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen Peperiksaan Online Juruaudit W41
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Kedua-dua bahagian ini mempunyai soalan yang berbeza. Walaubagaimanapun, pada artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda Contoh-Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk gambaran awal calon sebelum menjawab soalan peperiksaan online SPA nanti.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41
Dibawah ini merupakan 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41 untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
- A) 470
- B) 581
- C) 766
- D) 786
Cara Penyelesaian:
38% + 15% = 53%
100% – 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581
2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
- A) 112.50 liter
- B) 160 liter
- C) 161.25 liter
- D) 170 liter
Cara Penyelesaian:
1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L
Maka,
112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L
3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
- A) RM1008
- B) RM1280
- C) RM1568
- D) RM1640
Cara Penyelesaian:
288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280
4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
- A) 1600
- B) 1861
- C) 1849
- D) 1936
Cara Penyelesaian:
√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44
5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
- A) RM1,356
- B) RM2,712
- C) RM4,294
- D) RM7,006
Cara Penyelesaian:
24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650
Maka,
7006 – 5650 = 1356
6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?
- A) 2
- B) 4
- C) 6
- D) 8
Cara Penyelesaian:
9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888
Maka,
9780 – 4886 – 4888 = 6
7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?
- A) 3136cm²
- B) 4704cm²
- C) 21,952cm³
- D) 21,956cm³
Cara Penyelesaian:
L = 6 X S²
= 6 X 28 X 28
= 4704
8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?
- A) 685
- B) 895
- C) 1.520
- D) 1,580
Cara Penyelesaian:
1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3
Maka,
1580 – 895.3 = 684.7 = 685
9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
- A) 5
- B) 15
- C) 46
- D) 47
Cara Penyelesaian:
75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung
10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?
- A) RM1,010
- B) RM1,120
- C) RM2,240
- D) RM2,280
Cara Penyelesaian:
8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280
11. {550, 400, 250, 100, -50, X}. Apakah nilai X?
- A) -5
- B) -100
- C) -150
- D) -200
Cara Penyelesaian:
550 – 400 = 150
400 – 250 = 150
250 – 100 = 150
100 – 150 = -50
Maka,
-50 – 150 = -200
12. Perjalanan sebuah kereta dari Bandar Q ke Bandar R mengambil masa 2 jam 30 minit. Berapakah purata kelajuan kereta tersebut jika jarak perjalanan yang dilalui ialah 210km?
- A) 68 km/j
- B) 75 km/j
- C) 84 km/j
- D) 91 km/j
Cara Penyelesaian:
210 km / 2.5 jam = 84 km/j
13. Amin masuk ke dalam lif di tingkat Q, lif itu naik sebanyak 9 tingkat, kemudian turun ke bawah sebanyak 7 tingkat dan naik semula 5 tingkat dan tiba di tingkat 12. Apakah tingkat Q?
- A) 5
- B) 8
- C) 9
- D) 10
Cara Penyelesaian:
Tingkat 9 – 7 = 2
Tingkat 2 + 5 = 7
Tingkat 12 -7 = 5
14. Sepokok jambu serentak, berapakah jumlah jisim (dalam unit kilogram) buah yang dihasilkan semusim jika purata sebiji buah jambu itu ialah 185g?
- A) 3,700kg
- B) 20,000kg
- C) 27,000kg
- D) 37,000kg
Cara Penyelesaian:
1g = 0.001kg
185g = 0.185kg
0.185kg X 80 = 14.8kg
14.8kg X 250 pokok = 3,700kg
15. 4/9 daripada sejumlah bilangan buah-buahan yang dijual di suatu gerai adalah buah tembikai 1/4 adalah buah cempedak manakala selebihnya ialah 275 biji buah nanas. Berapakah bilangan buah tembikai?
- A) 225
- B) 275
- C) 400
- D) 900
Cara Penyelesaian:
4/9 + 1/4 = 25/36
16/36 + 9/36 = 25/36
36/36 – 25/36 = 11/36
11/36 = 275
275/11 = 25
Maka,
25 X 16 = 400
16. Sebatang biskut dibahagikan mengikut nisbah 8:5:3. Didapati bahagianyang paling sedikit berjumlah 24 keping. Berapakah jumlah biskut didalam balang tersebut?
- A) 84
- B) 104
- C) 128
- D) 384
Cara Penyelesaian:
8 : 5 : 3
Jumlah keeping = 24
24/3 = 8
Maka,
3 X 8 = 24
5 X 8 = 40
8 X 8 = 64
Jumlah: 24 + 40 + 64 = 128
17. Antara berikut manakah yang BENAR?
- A) 0.31 km bersamaan 301 m
- B) 1.14 km bersamaan 1140 m
- C) 4.5 km bersamaan 450 m
- D) 1.25 km bersamaan 12500 m
Cara Penyelesaian:
1 km = 1000 m
1.14 km X 1000 = 1140 m
18. Bagi set data (33, 35, 32, 36, X, 37, 36, Y) mempunyai min data 35.75. Apakah nilai X jika Y = X + 7?
- A) 33
- B) 35
- C) 70
- D) 77
Cara Penyelesaian:
Y = X + 7
= 35 + 7
Y = 42
Maka,
33, 35, 32, 36, 35, 37, 36, 42 = 286/8 = 35.75
19. Amin mula melayari internet pada jam 1945. Dia melayari internet selama 2 jam 15 minit dan berehat sebentar selama 1/3 jam sebelum memulakan pemantauan di pasar mala. Bilakah dia akan mula melakukan pemantauan tersebut?
- A) 2115
- B) 2120
- C) 2220
- D) 2235
Cara Penyelesaian:
19 45 + 02 15 = 21 60 = 22 00
1/3 X 60 m = 20 minit
Maka,
22 00 + 20 minit = 22 20
20. 45 minit 35 saat + 55 minit 45 saat + 15 minit = ?
- A) 1 jam 16 minit 00 saat
- B) 1 jam 20 minit 00 saat
- C) 1 jam 55 minit 20 saat
- D) 1 jam 56 minit 20 saat
Cara Penyelesaian:
45 minit 35 saat + 15 minit = 60 minit 35 saat = 1 jam 35 saat
55 minit 45 saat + 35 saat = 55 minit 80 saat
55 minit + 1 minit = 56 minit
80 saat – 60 saat = 20 saat
Maka,
1 jam 56 minit 20 saat
4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA
1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan
Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Masa Menjawab Tak Cukup
Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.
3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana
Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.
4. Perlu Faham Setiap Seksyen
Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.
Dapatkan Rujukan Khas Ebook Peperiksaan Juruaudit Gred W41
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Apa yang anda akan dapat Dalam Pakej Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Dan Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit Gred W41 ini?
Ini Rujukan EXAM 30 APRIL 2021 Anda!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
JOM JOIN TELEGRAM NI >> https://t.me/juruaudit41
Untuk dapatkan BONUS TAMBAHAN 100 KOLEKSI SOALAN-SOALAN sebenar peperiksaan SPA, sila hubungi saya melalui pautan dibawah.
Whatsapp sekarang [+] https://bit.ly/SayaNakEbookJuruauditW41
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Juruaudit W41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41 ini.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)