Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41. Adakah anda dipanggil menduduki Peperiksaan Online Pegawai Penerangan Gred S41 bulan Julai ini? Untuk persediaan awal, kami pasti anda sedang dalam usaha untuk mencari bahan-bahan rujukan, nota dan contoh-contoh soalan peperiksaan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini merupakan penilaian terhadap kemahiran calon dalam pengiraan matematik dan kemahiran berbahasa inggeris. Hanya calon yang lulus dalam peepriksaan online PSEE ini yang akan dipanggil temuduga sebelum menjawat jawatan pegawai penerangan ini.
Format Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41
Pada Julai 2020 ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mewajibkan calon menjawab 2 bahagian peperiksaan iaitu:
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penjadualan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 Terkini
Berikut merupakan jadual terkini peperiksaan online Pegawai Penerangan S41 yang akan dijalankan serentak dengan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 nanti.
- Pegawai Penerangan Gred S41
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 08 Julai 2020
- Masa Peperiksaan : 02:00 Petang – 03:00 Petang
Penerangan Format Peperiksaan SPA
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Contoh Soalan
Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41 untuk peperiksaan online SPA.
1. Satu perlima daripada suku guni beras ialah 5.0 kg. Berapakah berat bagi seguni beras tersebut.
- A. 40
- B. 60
- C. 80
- D. 100
2. Harga seunit saham jatuh sebanyak 40 sen setiap hari untuk tiga hari berturut-turut. Jika harga seunit saham itu sekarang ialah RM3.60, cari harga awal seunit saham itu.
- A. RM 3.60
- B. RM 4.00
- C. RM 4.80
- D. RM 5.60
3. Jumlah nilai perkataan M A K A N ialah 64. Hasil tambah nilai abjad A ialah 10 manakala nisbah M : K : N bersamaan 1 : 2 : 3. Berapakah nilai M?
- A. 5
- B. 9
- C. 18
- D. 20
4. Berat sebakul sayur ialah 4.4 kg. Jika harga bagi setiap 0.5 kg ialah RM 12.00, cari hasil jumlah jualan sayur tersebut.
- A. RM 80.00
- B. RM 96.50
- C. RM 105.60
- D. RM 115.00
5. Roslinda membeli 14 m kain untuk menjahit pakaian anak-anaknya. Harga bagi semeter kain ialah RM6.75. Pada musim perayaan, jika kain tersebut dijual dengan diskaun 10%, cari harga bagi 14 m kain itu.
- A. RM 85.05
- B. RM 90.50
- C. RM 94.50
- D. RM 115.05
6. Pada tahun 2015 seramai (8pq + 7r) calon telah memohon untuk memasuki universiti awam. Sementara pada tahun 2016 pula bilangan pemohon telah berkurang kepada (10pq – 4r). Berapakah beza bilangan pemohon untuk memasuki universiti awam dalam tahun 2015 dan 2016?
- A. -3pq + 5r
- B. -3pq + 13r
- C. -2pq + 11r
- D. 17pq + 13r
7. Kereta Encik Vicky menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?
- A. 21 liter
- B. 21 liter 500 ml
- C. 22 liter
- D. 22 liter 500ml
8. Sebuah mesin membuat roti dapat menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut ialah hari Isnin hingga Sabtu dan mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.
- A. 5500
- B. 1500
- C. 7700
- D. 6500
9. Jason menunggang motosikal menuruni bukit Sempadan dengan kelajuan 10km/j. Tinggi bukit ialah 65km. Berapakah jarak dari puncak bukit hingga ke kaki bukit Sempadan sekiranya panjang Bukit ialah 52km?
- A. 90.8 km
- B. 83.24 km
- C. 60.5 km
- D. 35.6 km
10. Sebuah bas bergerak dari Butterworth ke Muar. Perjalanan itu mengambil masa 8 jam 15 minit. Bas itu tiba di Muar pada 5.05 a.m pada hari yang berikutnya. Apakah waktu bas itu meninggalkan Butterworth ?
- A. 10:50 malam
- B. 9:50 malam
- C. 10:10 malam
- D. 8:50 malam
Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!
3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Dapatkan Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA Pegawai Penerangan S41, anda boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Terus tekan butang Download dibawah untuk dapatkan rujukan contoh soalan ini..

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Rujukan Khas Akan Kami Edarkan Tak Lama Lagi! Pastikan Anda Join Chanel Telegram Dibawah Untuk Tidak Terlepas Edaran Tersebut.

Join Chanel Untuk Lebih Banyak Contoh Soalan –https://t.me/joinchat/AAAAAE_E1H17P4UKRwJsRA
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Penerangan S41 yang diadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) nanti. Gunakan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41 ini untuk persiapan anda sebelum exam.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)