Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41. Tengah mencari rujukan dan contoh soalan untuk Peperiksaan Online Pegawai Penyelidik Q41 bulan ini? Terlebih dahulu kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya dipilih untuk menduduki peperiksaan SPA ini. Penempatan bagi jawatan ini adalah di Jabatan Perikanan Malaysia.

Peperiksaan ini adalah tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terhadap puluhan ribu calon yang memohon jawatan tersebut. Anda harus buktikan kemampuan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang diberikan nanti sebelum dipanggil ke Sesi Temuduga.
Format Peperiksaan Online Pegawai Penyelidik Q41
Lazimnya, pihak SPA membahagikan peperiksaan PSEE ini dalam 3 bahagian. Bahagian tersebut, disebut juga sebagai Seksyen yang mana boleh dibahagikan kepada:
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seskyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Untuk Peperiksaan pada 22 Disember 2020 ini, pihak SPA menetapkan 2 bahagian sahaja iaitu :
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Jadual Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 Terkini
Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:
- Pegawai Penyelidik Gred Q41
- Jabatan Perikanan Malaysia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 22 Disember 2020
- Masa Peperiksaan: 2:00 Petang – 3:00 Petang
Sebagai gambaran awal calon tentang bentuk soalan peperiksaan, kami akan kongsikan beberapa contoh soalan untuk seksyen daya menyelesaikan masalah dan seksyen kefahaman bahasa inggeris.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41
Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41 untuk peperiksaan online SPA.
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
- A) 470
- B) 581
- C) 766
- D) 786
Cara Penyelesaian:
38% + 15% = 53%
100% – 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581
2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
- A) 112.50 liter
- B) 160 liter
- C) 161.25 liter
- D) 170 liter
Cara Penyelesaian:
1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L
Maka,
112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L
3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
- A) RM1008
- B) RM1280
- C) RM1568
- D) RM1640
Cara Penyelesaian:
288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280
4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
- A) 1600
- B) 1861
- C) 1849
- D) 1936
Cara Penyelesaian:
√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44
5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
- A) RM1,356
- B) RM2,712
- C) RM4,294
- D) RM7,006
Cara Penyelesaian:
24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650
Maka,
7006 – 5650 = 1356
6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?
- A) 2
- B) 4
- C) 6
- D) 8
Cara Penyelesaian:
9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888
Maka,
9780 – 4886 – 4888 = 6
7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?
- A) 3136cm²
- B) 4704cm²
- C) 21,952cm³
- D) 21,956cm³
Cara Penyelesaian:
L = 6 X S²
= 6 X 28 X 28
= 4704
8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?
- A) 685
- B) 895
- C) 1.520
- D) 1,580
Cara Penyelesaian:
1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3
Maka,
1580 – 895.3 = 684.7 = 685
9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
- A) 5
- B) 15
- C) 46
- D) 47
Cara Penyelesaian:
75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung
10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?
- A) RM1,010
- B) RM1,120
- C) RM2,240
- D) RM2,280
Cara Penyelesaian:
8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280
Dapatkan Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41
Kami tahu keperluan anda, kami tahu ramai calon nak lulus peperiksaan online SPA ini.
Sebab itulah, kami dengan susah payahnya menyediakan rujukan peperiksaan online yang lengkap dengan Contoh Soalan dan Jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan peperiksaan ini.
Dibawah ini merupakan pakej lengkap 3 Seksyen Peperiksaan SPA yang diolah khas untuk PERSEDIAAN AWAL calon sebelum menduduki peperiksaan nanti.
Terus dapatkan rujukan ini melalui link download sekarang dibawah!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online SPAnanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41 ini.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)