Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19. Adakah anda calon Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Pembantu Perikanan G19 pada 16 Julai 2020 ini? Tahniah kami ucapkan!

Pengambilan jawatan ini adalah pengisian kekosongan jawatan Pembantu Perikanan G19 yang akan ditempatkan di Jabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung dan Sarawak).
Penjadualan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19
Untuk peperiksaan kali ini, pihak SPA akan menjalankan exam pada bulan Julai ini. Penjadualan peperiksaan online SPA akan berlangsung pada ketetapan berikut:
- Pembantu Perikanan Gred G19
- Jabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung dan Sarawak)
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 16 Julai 2020
- Masa Peperiksaan : 10:00 Pagi – 11:00 Pagi
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19
Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak Examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah iaitu Seksyen A dalam peperiksaan SPA Pembantu Perikanan G19 nanti.
Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19:
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
- A) 470
- B) 581
- C) 766
- D) 786
Cara Penyelesaian:
38% + 15% = 53%
100% – 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581
2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
- A) 112.50 liter
- B) 160 liter
- C) 161.25 liter
- D) 170 liter
Cara Penyelesaian:
1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L
Maka,
112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L
3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
- A) RM1008
- B) RM1280
- C) RM1568
- D) RM1640
Cara Penyelesaian:
288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280
4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
- A) 1600
- B) 1861
- C) 1849
- D) 1936
Cara Penyelesaian:
√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44
5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
- A) RM1,356
- B) RM2,712
- C) RM4,294
- D) RM7,006
Cara Penyelesaian:
24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650
Maka,
7006 – 5650 = 1356
6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?
- A) 2
- B) 4
- C) 6
- D) 8
Cara Penyelesaian:
9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888
Maka,
9780 – 4886 – 4888 = 6
7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?
- A) 3136cm²
- B) 4704cm²
- C) 21,952cm³
- D) 21,956cm³
Cara Penyelesaian:
L = 6 X S²
= 6 X 28 X 28
= 4704
8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?
- A) 685
- B) 895
- C) 1.520
- D) 1,580
Cara Penyelesaian:
1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3
Maka,
1580 – 895.3 = 684.7 = 685
9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
- A) 5
- B) 15
- C) 46
- D) 47
Cara Penyelesaian:
75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung
10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?
- A) RM1,010
- B) RM1,120
- C) RM2,240
- D) RM2,280
Cara Penyelesaian:
8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280
Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!
3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Dapatkan Rujukan Peperiksaan SPA Pembantu Perikanan G19
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA Pembantu Perikanan G19, anda boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Terus tekan butang Download dibawah untuk dapatkan rujukan contoh soalan ini..
P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online Pembantu Perikanan G19yang diadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) nanti. Gunakan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19 ini untuk persiapan anda sebelum exam.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)