Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir PTPO N19
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir PTPO N19. Adakah anda calon Peperiksaan Online Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) Gred N19 pada bulan 07 Ogos 2020 ini?
Anda pastinya sedang mencari bahan-bahan rujukan, nota dan contoh soalan peperiksaan untuk ulangkaji dan mengetahui bentuk soalan dan cara menjawabnya.

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk membantu calon-calon STUDY soalan tersebut.
Format Peperiksaan Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N19
Untuk peperiksaan kali ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mewajibkan calon untuk menjawab 2 bahagian atau seksyen iaitu:
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Format Peperiksaan Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N19
Berikut adalah penerangan setiap seksyen peperiksaan ini:-
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N19
Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah:
1 ) Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap satu sisinya ialah 28cm?
- A ) 3136cm²
- B ) 4704cm²
- C ) 21,952cm²
- D ) 21,956cm²
2 ) Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
- A ) RM1008
- B ) RM1280
- C ) RM1568
- D ) RM1640
3 ) 45 minit 35 saat + 55 minit 45 saat + 15 minit = ?
- A ) 1 jam 16 minit 00 saat
- B ) 1 jam 20 minit 00 saat
- C ) 1 jam 55 minit 20 saat
- D ) 1 jam 56 minit 20 saat
4 ) Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
- A ) RM1,356
- B ) RM2,712
- C ) RM4,294
- D ) RM7,006
5 ) Segulung tali berukuran 35m panjang akan digunakan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
- A ) 5
- B ) 15
- C ) 46
- D ) 47
6 ) Amin masuk ke dalam lift di tingkat Q, lif itu naik sebanyak 9 tingkat, kemudian turun ke bawah sebanyak 7 tingkat dan naik semula 5 tingkat dan tiba di tingkat 12. Apakah tingkat Q?
- A ) 5
- B ) 8
- C ) 9
- D ) 10
7 ) {550, 400, 250, 100, -50, X}. Apakah nilai X?
- A ) -5
- B ) -100
- C ) -150
- D ) -200
8 ) Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan sama banyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti tidak dapat diagihkan?
- A ) 2
- B ) 4
- C ) 6
- D ) 8
9 ) Amin mula melayari internet pada jam 1945. Dia melayari internet selama 2 jam 15 minit dan berehat sebentar selama 1/3 jam sebelum memulakan pemantauan di pasar malam. Bilakah dia akan mula melakukan pemantauan tersebut?
- A ) 2115
- B ) 2120
- C ) 2220
- D ) 2235
10 ) Sebalang biskut dibahagikan mengikut nisbah 8:5:3. Didapati bahagian yang paling sedikit berjumlah 24 keping. Berapakah jumlah bilangan biskut di dalam balang tersebut?
- A ) 84
- B ) 104
- C ) 128
- D ) 384
Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!
3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N19
Untuk makluman, soalan-soalan ini adalah soalan sebenar peperiksaan online PSEE yang lepas. Skema jawapan tiada, dan anda perlu buat penyelesaian jawapan sendiri untuk setiap soalan-soalan daya menyelesaikan masalah ini.
Berita baiknya, pihak kami mahu membantu anda LULUS peperiksaan online setiap kali peperiksaan dijalankan. Sebab itulah, kami sediakan Rujukan Khas Peperiksaan Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N19 untuk membantu calon mengulangkaji dengan sebaik-baiknya.
Dalam rujukan khas ini, disertakan Nota Matematik, Rumus-Rumus Matematik, Contoh Soalan Matematik dan Cara Penyelesaiannya beserta Jawapan.
Untuk mendapatkan rujukan dan contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, link akses untuk muat turun ebook rujukan ini terus diberikan ke email yang anda daftarkan. Tiada pengeposan dilakukan kerana ianya dalam bentuk format PDF! Beli sekarang, anda akan dapat sekarang juga!
Untuk dapat eBook Rujukan Khas Pembantu Tadbir PTPO N19, anda boleh terus hubungi kami melalui whatsapp.
Whatsapp sekarang – http://wasap.my/60143513110/sayanakbuatpembelianebookPTPON19
Semoga dengan perkongsian Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir PTPO N19 ini membantu anda menjawab soalan nanti dengan jayanya.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)