Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29. Anda calon peperiksaan online Penolong Pegawai Undang-Undang L29? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29ini akan ditempatkan di Jabatan Insolvensi Malaysia. Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Peperiksaan online untuk Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – KLIK SINI

Untuk peperiksaan online bulan Januari 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Jawatan: Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  • Kem/Jabatan: Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 21 Januari 2020

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Baca Juga  Rujukan Peperiksaan Pembantu Awam H11

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Walaubagaimanapun, bukan semua jawatan menduduki peperiksaan ketiga-tiga bahagian ini. Misalnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD M41), calon perlu menjawab ketiga-tiga bahagian seksyen ini.

Terdapat peperiksaan yang hanya Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris sahaja.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29 untuk peperiksaan online ini.

1. 154kg kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM 0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

  • A) RM 15.40
  • B) RM 16.40
  • C) RM 31.90
  • D) RM 53.90

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 15 baris dalam jumlah 25 buah kerusi bagi setiap baris. 75 buah kerusi dari dewan G diambil dan dimasukkan ke dalam dewan H yang telah mempunyai 250 buah kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi didalam ketiga-tiga dewan tersebut ialah 940. Berapakah bilangan kerusi yang masih ada di dalam dewan G?

  • A) 165
  • B) 240
  • C) 315
  • D) 490

3. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

  • A) 289
  • B) 290
  • C) 275
  • D) 287

4. Sebekas kacang tanah berjumlah 1,200 biji akan dimasukkan ke dalam 10 buah mangkuk dan 5 biji cawan. Setiap cawan berisi sebanyak 45 biji kacang dan setiap mangkuk diisi sebanyak 85 biji kacang. Berapakah baki kacang yang tinggal di dalam bekasnya?

  • A) 125
  • B) 135
  • C) 145
  • D) 155
Baca Juga  Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

  • A. 191.03
  • B. 190.00
  • C. 192.00
  • D. 191.14

6. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

  • A) Keuntungan sebanyak RM60
  • B) Keuntungan sebanyak RM30
  • C) Kerugian sebanyak RM60
  • D) Kerugian sebanyak RM30

7. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

  • A) 454
  • B) 228
  • C) 452
  • D) 226

8. Zack membayar harga pembelian sebuah televisyen berjumlah RM 3199.50 setelah mendapat diskaun sebanyak 25%. Berapakah harga asal televisyen tersebut?

  • A) RM 3,999
  • B) RM 4,000
  • C) RM 4,266
  • D) RM 4,922

9. Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dan menggunakan 1/20 sebagai modal perniagaan jualan burger. Setelah sebulan berniaga beliau memperolehi keuntungan sebanyak 3 kali harga modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehinya?

  • A) RM 2,500
  • B) RM 1,250
  • C) RM 5,000
  • D) RM 3,750

10. Berapakah bilangan duit syiling 20 sen boleh ditukar bagi nilai 45% daripada RM550?

  • A) 247
  • B) 248
  • C) 1237
  • D) 1238

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Penolong Pegawai Undang-Undang L29ini?

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

  • Formula Ringkas Matematik
  • Nota Matematik
  • Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
  • Cara Penyelesaian & Jawapan

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

  • Nota Tatabahasa Inggeris
  • Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Contoh Soalan Esei dan Tatabahasa & Jawapan
Contoh Soalan Peperiksaan Perangkawan E41
download ebook percuma pdf

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?