Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA. Adakah anda calon peperiksaan online memasuki skim perkhidmatan awam (PSEE)? Jika ya, pasti anda tengah mencari bahan rujukan dan contoh soalan peperiksaan seksyen terbabit kan?

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Secara kebiasaannya, pihak SPA akan mewajibkan calon untuk menduduki peperiksaan online. Ini bertujuan untuk menilai tahap kecenderungan calon dalam menilai sesuatu masalah sebab itu seksyen A atau Seksyen B peperiksaan online dikenali sebagai Daya Menyelesaikan Masalah.

Soalan dalam bahagian ini adalah 20 soalan dalam bentuk aneka pilihan dan dijawab dalam tempoh 25 minit sahaja.

Setiap jawatan adalah berbeza cara penilaiannya. Ada jawatan yang perlu menjawab 3 bahagian iaitu Seksyen A – Pengetahuan Am, Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris. Tetapi, ada jawatan yang hanya 2 bahagian atau 1 bahagian sahaja.

Tujuan Peperiksaan Online PSEE SPA

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang penjawat awam dalam jawatan tersebut.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan PSEE SPA

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1) Ramli menjual 3 jenis sayur-sayuran iaitu 35% adalah sawi, 45% bayam dan selebihnya adalah 25kg kangkung. Berapakah jumlah keseluruhan sayur-sayuran tersebut?

A) 100kg

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA Percuma PDF

B) 115kg

C) 125kg

D) 150kg

2) Sejumlah 290 bungkus makanan ringan di dalam almari G dan 270 bungkus di dalam almari H. Berapakah bilangan bungkusan yang perlu ditambah di dalam almari G supaya bilangan bungkusan itu lebih 135 buah daripada bilangan di dalam almari H?

A) 75

B) 115

C) 155

D) 425

3) Ramli berlari selama 15 minit 35 saat. Kemudian dia melakukan senaman ringan selama 5 minit dan berlari semula selama 25 minit 45 saat. Berapakah keseluruhan masa yang diambil untuk aktiviti tersebut?

A) 46 minit 20 saat

B) 45 minit 20 saat

C) 41 minit 25 saat

D) 41 minit 21 saat

4) Sebalang gula-gula mengandungi 430 biji gula-gula pelbagai perisa. Jika sebiji gula-gula dipilih secara rawak kebarangkalian gula-gula berperisa limau terpilih adalah 0.35. Berapakah bilangan gula-gula selain berperisa limau di dalam 3 balang yang serupa?

A) 258

B) 452

C) 839

D) 1290

5) 2.25kg gula-gula akan diagihkan mengikut nisbah 2:3. Berat 30 biji gula-gula tersebut adalah 150g. Berapakah bilangan gula-gula bagi bahagian yang lebih besar?

A) 90

B) 180

C) 270

D) 360

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

soalan daya menyelesaikan masalah
soalan daya menyelesaikan masalah

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

soalan daya menyelesaikan masalah
soalan daya menyelesaikan masalah

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Online PSEE

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan.

Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat.

Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut adalah lebih baik.

Dapatkan Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah

Nak dapatkan rujukan lengkap peperiksaan online PSEE?

Anda boleh dapatkan pakej rujukan khas untuk peperiksaan online disini.

Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Matematik dan kefahaman Bahasa inggeris beserta jawapan termasuk formula Matematik.

Setiap seksyen ini, dilengkapi dengan Nota-Nota, Huraian Format Soalan, Contoh Soalan dan Skema Jawapan.

Panduan ini untuk membantu calon peperiksaan membuat ulangkaji berdasarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang terdahulu.

Dapatkan rujukan panduan peperiksaan ini melalui link dibawah:

Ebook ini sesuai untuk Peperiksaan Online Pegawai Penyelidik Q41 dan Pegawai Perikanan G41 pada 22 Disember 2020 nanti.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, anda akan terus dapat link akses untuk muat turun eBook ini melalui email. Tiada pengeposan akan dilakukan, ini buku digital dalam bentuk PDF. Beli sekarang, dapat sekarang!

Anda Calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N29 di JPA pada 14 hingga 22 April nanti?

Pakej ini lengkap dengan(PAKEJ PLATINUM);

  • Rujukan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (SESI 14-22 APRIL 2021) – Seksyen A + Seksyen B = 270 SOALAN
  • Haluan Kerjaya (NEW)
  • 13 Strategi Kerjaya (NEW)
  • Rujukan Pantas Resume
  • Template Resume
  • Penampilan Pakaian Temuduga (HOT)
  • LATIH TUBI Daya Menyelesaikan Masalah (INTENSIF #1)
  • LATIH TUBI Kefahaman Bahasa Inggeris (INTENSIF #1)
  • LATIH TUBI Daya Menyelesaikan Masalah (INTENSIF #2)
  • LATIH TUBI Kefahaman Bahasa Inggeris (INTENSIF #2)
  • LATIH TUBI Daya Menyelesaikan Masalah (INTENSIF #3)
  • LATIH TUBI Kefahaman Bahasa Inggeris(INTENSIF #3)
  • BONUS EXTRA #1 Rahsia Bijak Temuduga (FULL PACKAGE)
  • BONUS EXTRA #2 Rahsia Resume Kerja (FULL PACKAGE)
Baca Juga  Soalan Matematik SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Terus dapatkan Pakej Lengkap eBook Exam PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, anda akan terus dapat link akses untuk muat turun eBook ini melalui email. Tiada pengeposan akan dilakukan, ini buku digital dalam bentuk PDF. Beli sekarang, dapat sekarang!

PEMBELIAN MELALUI TELEGRAM INI AKAN DIBERIKAN EXTRA BONUS TAUU >> http://bit.ly/NakBonusEbookPPPPS29

Semoga artikel Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA ini membantu anda membuat persediaan awal peperiksaan spa nanti.

All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?