Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41. Anda calon Peperiksaan Online Akauntan WA41 di Jabatan Akauntan Negara? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Akauntan WA41 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi PAC seterusnya ke sesi temuduga SPA nanti.

Deskripsi Tugas dan Jadual Gaji Akauntan WA41

Berikut adalah deskripsi tugas seoarang Akauntan WA41 yang akan ditempatkan di Jabatan Akauntan Negara nanti.

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji seorang Akauntan WA41.

GAJI MINIMUM               : RM 2,820.00

GAJI MAKSIMUM           : RM 9,585.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 225.00

Format Peperiksaan Akauntan WA41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Akauntan Gred WA41
  • Jabatan Akauntan Negara
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 17 Disember 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan pelbagai soalan pengetahuan am yang berkisar tentang dasar perakaunan, kenegaraan Malaysia, undang-undang kewangan, ekoknomi dan isu lain berkaitan akauntan.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41 untuk peperiksaan online ini.

1. Barangan berikut tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST)

i. Beras

ii. Ayam Segar

iii. Gula Perang

iv. Bawang Besar

  • A) i dan ii
  • B) iii dan iv
  • C) i,ii, dan iv
  • D) ii, iii dan iv

2. Apakah nama sistem yang dicipta oleh Luca Pacioli untuk menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik?

  • A) Simpan Kira
  • B) Perakaunan Kos
  • C) Sistem Catatan Bergu
  • D) Sisitem Perakaunan Entiti Berasingan

3. Sebuah syarikat telah menerima bayaran deposit daripada pelanggan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian pejabat dimulakan. Bayaran deposit berkenaan adalah merupakan?

  • A) Aset Tetap
  • B) Hasil Terakru
  • C) Liabiliti Semasa
  • D) Belanja Dahulu

4. Belanjawan Negara mengandungi 2 komponen utama iaitu?

  • A) Hasil negara dan perbelanjaan negara
  • B) Hasil negara dan perbelanjaan mengurus
  • C) Perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan tanggungan
  • D) Perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus

5. Kenyataan manakah yang betul mengenai perakuan akruan?

  • A) Hasil diiktiraf hanya apabila tunai diterima
  • B) Perbelanjaan diiktiraf hanya apabila bayaran tunai dilakukan
  • C) Aset tidak dipermodalkan dan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada masa pembayaran
  • D) Urusniaga diiktiraf apabila ianya berlaku dan bukannya apabila tunai diterima atau dibayar
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian

6. Siapakah Ketua Perkhidmatan bagi Skim Akauntan?

  • A) Akauntan Negara
  • B) Menteri Kewangan
  • C) Ketua Setiausaha Negara
  • D) Ketua Setiausaha Perbendaharaan

7. Manakah merupakan catatan bergu untuk melupuskan hutang lapuk?

  • A) Debit Akaun Jualan, Kredit Penghutang
  • B) Debit Penghutang, Kredit Akaun Untung Rugi
  • C) Debit Akaun Untung Rugi, Kredit Akaun Penghutang
  • D) Debit Akaun Untung Rugi, Kredit Peruntukan Hutang Lapuk

8. Manakah urusniaga yang menambahkan asset dan liability?

  • A) Beli stok secara tunai
  • B) Bayar pemiutangan dengan cek
  • C) Beli kenderaan secara hutang
  • D) Terima tunai daripada penghutang

9. Kumpulan manakah yang diklasifikasikan sebagai asset semasa?

  • A) Modal, Perabot, Premis
  • B) Bank, Tunai, Penghutang
  • C) Pemiutang, Tunai, Peminjam
  • D) Kenderaan, Penghutang, Stok

10. Titik pulangan modal merujuk kepada..

  • A) Cara firma mendapatkan keuntungan perniagaan
  • B) Kaedah pihak pengurusan untuk mengelakkan kerugian
  • C) Kombinasi kos dan hasil yang boleh ditingkatkan atau dikurangkan
  • D) Tahap pengeluaran apabila jumlah kos adalah sama dengan jumlah hasil

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan PSEE SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Akauntan WA41

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Rujukan Khas Peperiksaan PSEE Akauntan WA41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam Pakej Rujukan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris Akauntan WA41 ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

PERHATIAN :

Untuk pembelian eBook Rujukan Khas Peperiksaan Online Akauntan WA41. Terus hubungi saya melalui Whatsapp atau join channel telegram dibawah:

Whatsapp sini >>> https://bit.ly/SayaNakEbookAkauntanWA41

Join Telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEsJAloXjjNHTCDMjw

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Akauntan WA41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?