Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Adakah anda calon Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada bulan Ogos ini? Kami ucapkan tahniah kepada semua calon yang terpanggil pada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) kali ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Sebagai makluman awal anda, peperiksaan online ini hanyalah peringkat pertama untuk laluan kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Anda akan melalui 3 peringkat tapisan sebelum dilantik dalam Kerajaan.

Lulus Peperiksaan  >>> Lulus PAC >>> Lulus Temuduga >>> Lulus KADET PTD M41 >>> Lantikan Jawatan Tetap PTD M41

**PAC = Profession Assessment Centre

Gagal peringkat peperiksaan bermakna anda gagal dipanggil PAC dan Temuduga PTD M41 ini. Anda perlu buat sesuatu untuk lulus exam kali ini !

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Untuk peperiksaan online kali ini, pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian seksyen iaitu:

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Berikut adalah penerangan setiap seksyen peperiksaan ini:-

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji dengan pelbagai soalan pengetahuan tentang kenegaraan, isu semasa perlembagaan, undang-undang, pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Anda perlu banyak membaca tentang semua topik termasuk isu semasa untuk Seksyen Pengetahuan Am ini.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Syariah LS19

Jadual Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk semakan penjadualan peperiksaan SPA, anda boleh menyemak melalui laman portal SPA8i, melayari Fan Page SPA di Facebook dan menyemak email panggilan menduduki peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang terkini, pihak SPA akan mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini:-

  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 27 Ogos 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 12:25 tengah hari

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am sebagai gambaran awal bentuk soalan peperiksaan yang akan dberikan.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Berikut  adalah 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk rujukan dan panduan anda.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua  Menteri  Sabah
  • D. Ketua  Menteri  Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi 

3. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan

II. Mahkamah Rayuan

III. Mahkamah Tinggi Malaya

IV. Mahkamah Tinggi Borneo

  • A. I dan II
  • B. I, II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II, III dan IV

4 . Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

5. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

6. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A. Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B. Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C. Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D. Dipilih oleh Majlis Raja-raja

7. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

  • A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  • B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  • C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  • D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

8. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali

  • A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
  • B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
  • C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
  • D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia

9. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

  • A. Peguam Negara
  • B. Perdana Menteri
  • C. Yang di-Pertuan Agong
  • D. Yang di-Pertua Dewan Negara

10. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B. Senator
  • C. Dewan Negara
  • D. Dewan Rakyat

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk makluman, soalan-soalan ini adalah soalan sebenar peperiksaan online PSEE yang lepas. Skema jawapan tiada, dan anda perlu buat penyelesaian jawapan sendiri untuk setiap soalan-soalan daya menyelesaikan masalah ini.

Berita baiknya, pihak kami mahu membantu anda LULUS peperiksaan online setiap kali peperiksaan dijalankan. Sebab itulah, kami sediakan Rujukan Khas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk membantu calon mengulangkaji dengan sebaik-baiknya.

Dalam rujukan khas ini, disertakan Nota Matematik, Rumus-Rumus Matematik, Contoh Soalan Matematik dan Cara Penyelesaiannya beserta Jawapan.

Untuk mendapatkan rujukan dan contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, link akses untuk muat turun ebook rujukan ini terus diberikan ke email yang anda daftarkan. Tiada pengeposan dilakukan kerana ianya dalam bentuk format PDF! Beli sekarang, anda akan dapat sekarang juga!

Edaran Rujukan Khas akan dilancarkan 23 Ogos 2020. Pastikan anda join chanel telegram dibawah untuk tidak terlepas edaran ini.

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pendaftaran KP19

Join [+] https://t.me/PegawaiTadbirDiplomatikM41

Atau terus whatsapp kami untuk pertanyaan berkaitan rujukan khas M41 ini.

Whatsapp [+] http://www.wasap.my/60143513110/SayaNakRujukanKhasPTDM41

Semoga dengan perkongsian Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini membantu anda menjawab soalan nanti dengan jayanya.

Kongsikan Dengan Sahabat, Keluarga dan Sesiapa Saja yang Menduduki Peperiksaan Online Ini Agar Dapat Membuat Persediaan Awal Exam Nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?