Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41. Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 bulan ini? Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am. Bahagian ini adalah Seksyen A dalam peperiksaan online SPA Pegawai Teknologi Maklumat F41 sesi Julai 2020.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sekiranya anda terpanggil untuk Peperiksaan Online SPA PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41 bulan ini, pastinya anda tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk persediaan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda semua atas panggilan peperiksaan PSEE ini.

Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA

Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.

Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.

Format Peperiksaan SPA Terkini Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.

Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 3 bahagian peperiksaan iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Ingeris.

Namun, pada sesi Julai 2020 ini pihak SPA memberikan 3 bahagian sahaja iaitu :

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pertahanan Awam KP19

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini pula, calon akan diajukan soalan essei, pernyataan petikan dan soalan tatabahasa Bahasa inggeris sebanyak 20 soalan beraneka pilihan.

Setiap bahagian ini mempunyai soalan yang berbeza. Walaubagaimanapun, pada artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda Contoh-Contoh Soalan Pengetahuan Am untuk gambaran awal calon sebelum menjawab soalan peperiksaan online SPA nanti.

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.

1. Random Access Memory (RAM) merupakan sejenis cip semikonduktor yang digunakan dalam peralatan teknologi. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri RAM kecuali

  • A. RAM merupakan tempat storan sementara
  • B. Ukuran unit RAM adalah dalam bytes
  • C. Ingatan RAM masih kekal jika komputer dimatikan
  • D. Lokasi pengstoran dapat dicapai oleh RAM secara rawak dalam masa yang sama.

2. Di antara berikut, yang manakah tepat menerangkan tentang Central Processing Unit (CPU)

I. Menginput data dan program ke dalam sistem komputer

II. Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan

III. Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data

IV. Terdapat 2 komponen utama iaitu Unit Kawalan dan Unit Arithmetik

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. I, II dan III
  • D. I, II, III dan IV

3. Pilih padanan shortcut untuk sistem operasi Windows yang salah

  • A. Alt + F4 – untuk menutup atau menghentikan program yang sedang aktif
  • B. Ctrl + Alt + Delete – untuk membuka Task Manager
  • C. Shift + Delete – untuk memadam terus sesuatu file
  • D. Alt + Tab – untuk menampilkan Start Menu
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

4. Komunikasi tanpa wayar bergerak dalam garis lurus dapat dilakukan dengan menggunakan

  • A. Gelombang mikro
  • B. Kabel sepaksi
  • C. Kabel gentian optic
  • D. Wayar pasang jauh

5. Di antara berikut yang manakah menjadi keperluan untuk sesebuah komputer berada dalam rangkaian.

I. Sistem Pengoperasian (Operating System)

II. Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)

III. Perkakasan Komputer (Computing Hardware)

IV. Perisian Aplikasi (Application Software)

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. I, II dan III
  • D. I, III dan IV

6. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

  • A. Acrobat Reader
  • B. Visio
  • C. Word
  • D. Publisher

7. Tanda-tanda serangan trojan, virus atau cecacing pada computer menunjukkan tanda-tanda seperti berikut

I. Ingatan utama lebih dari jangkaan

II. Sistem mengalami perubahan

III. Fail dan program akan menghilang

IV. Fail menjadi rosak

  • A. I dan II
  • B. III dan IV
  • C. I, III dan IV
  • D. II, III dan IV

8. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

  • A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
  • B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
  • C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
  • D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

9. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

  • A. Hubungan Wireless
  • B. Persidangan Video
  • C. Internet
  • D. Intranet

10. Virus memainkan peranannya untuk memusnahkan fail-fail, sistem komputer dan menyebabkan ketidakstabilan sistem. Manakah berikut BUKAN langkah-langkah pencegahan virus komputer

  • A. Sentiasa membuat salinan (backup) fail-fail penting
  • B. Sentiasa memeriksa cakera keras
  • C. Sentiasa mendapat maklumat terkini dari media mengenai serangan virus terbaru
  • D. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian dengan yang terkini

Punca Kegagalan Ramai Calon Peperiksaan SPA

Antara puluhan ribu calon yang menduduki sesebuah peperiksaan online SPA, anda mungkin calon yang akan GAGAL! Jika..anda TIDAK MEMBUAT sebarang PERSEDIAAN AWAL!

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Ya, anda pasti akan terkejut melihat soalan yang dah lama anda tinggalkan tiba-tiba muncul semula dalam peperiksaan ini.

Masa merupakan kekangan utama dalam menjawab soalan peperiksaan SPA. Kebiasaannya, masa yang diberikan untuk Seksyen Pengetahuan Am adalah 40 minit, untuk menjawab soalan pengetahuan am berjumlah 50 soalan aneka pilihan.

Anda hanya ada masa 1.25 minit sahaja untuk selesaikan soalan matematik tersebut! Cukup tak masa itu?

Tanpa persediaan yang RAPI, anda akan gagal menjawab dengan tepat soalan tersebut. Anda perlu dapatkan sebanyak mungkin bahan untuk dijadikan Rujukan & Latih Tubi untuk Exam SPA ini.

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Rujukan Khas Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan kami edarkan dalam masa terdekat. Hebahan akan dibuat di website ini dan telegram dibawah.

JOIN CHANEL TELEGRAM INI – https://t.me/joinchat/AAAAAFXdTxLEW0eBRHIV-A

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?