Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam. Adakah anda calon peperiksaan online latihan separa perubatan Pembantu Kesihatan Awam bulan ini? Kami di ExamSPA8i.com mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Anda adalah antara puluhan ribu calon bertuah yang akan menduduki peperiksaan online ini nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

Peperiksaan online Pembantu Kesihatan Awam ini merupakan peringkat pertama dalam memasuki bidang kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas anda lulus peperiksaan online ini, anda akan dipanggil menghadiri sesi temuduga pula. Sekiranya anda berjaya, baru anda akan menjalani  Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam di Pusat Latihan yang akan dinyatakan nanti dalam surat tawaran.

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam (Sabah/Sarawak/Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 Pagi – 11:00 Pagi

Format Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam Terkini

Jika tahun sebelum ini, calon dikehendaki menjawab soalan Ujian Psikometrik dan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan. Kali ini, untuk format peperiksaan yang baru (tahun 2020), pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian baru iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Kafahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

Tahukah anda, Soalan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan. Anda perlulah membuat persediaan awal sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan Separa Perubatan yang mungkin menjejaskan skor anda jika anda tidak tahu sesuatu perkara itu.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19

Untuk makluman anda, peperiksaan ini  diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk persediaan, anda perlu mencari maklumat tentang struktur pentadbiran Malaysia, Kementerian-Kementerian, Suruhanjaya-Susruhanjaya, Jabatan-Jabatan Dibawah Kementerian dan Agensi Kerajaan.

Soalan Pengetahuan Am ini lebih umum. Banyak maklumat yang anda perlu ketahui untuk persediaan.  Jika menjurus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui seperti Objektif, Misi, Visi, Jabatan dibawahnya, Akta berkaitan dan Bidang Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian itu sendiri.

Berikut merupakan contoh soalan seksyen A Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam untuk rujukan dan gambaran awal anda bagaimana bentuk atau set soalan, topic dan tajuk yang mungkin ditanya dalam peperiksaan online spa nanti.

1. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah

  • A. 135 mmHG
  • B. 140 mmHG
  • C. 145 mmHG
  • D. 150 mmHG

2. Apakah kandungan asid dalam perut masuki semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

  • A. Gastrik
  • B. Sakit dibahagian perut
  • C. Sakit dibahagian kerongkong
  • D. Gastroesophageal Reflux Disease

3. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panic?

  • A. Serangan jantung
  • B. Kerosakan saraf
  • C. Pening
  • D. Buta

4. Berdasarkan pernyataan dibawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

  • A. Mengandungi zat contohnya asid amino
  • B. Protien kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan
  • C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk
  • D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua

5. Sawan demam berlaku akibat daripada

  • A. Perubahan cuaca yang mendadak
  • B. Apabila suhu badan mencecah 39 darjah selsius
  • C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
  • D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

  • A. Strok
  • B. Merokok
  • C. Kerap hamil
  • D. Jangkitan HIV

7. Berikut adalah symptom keracunan makanan KECUALI

  • A. Pening
  • B. Sakit kepala
  • C. Muntah-muntah
  • D. Berpeluh/demam

8. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

  • A. Makanan dimasak tidak sedap
  • B. Makanan dimasak oleh warga asing
  • C. Makanan tidak dimasak dengan baik
  • D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

9. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

  • A. Bila anda berasa penat
  • B. Bila anda sudah bosan
  • C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
  • D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

10. Agen infeksi bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah

  • A. Virus
  • B. Cacing
  • C. Fungus
  • D. Bakteria

11. Cara penyimpanan dalam peti sejuk yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan ialah

  • A. Menyimpan sayur dan buah di bahagian bertutup
  • B. Meletakkan makanan mentah di atas makanan telah dimasak
  • C. Menyimpan ayam dalam bahagian freezer untuk tempoh yang lama
  • D. Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan cili yang telah dikisar

12. Manakah antara berikut benar mengenai agen infeksi penyakit hepatitis A?

  • A. Infeksi disebabkan oleh bakteria
  • B. Jangkitannya menyebabkan infeksi kronik
  • C. Kemasukannya ke dalam badan pesakit berlaku melalui titisan udara
  • D. Melibatkan pembentukan antibody sebagai tindakbalas terhadap jangkitan

13. Virus ini disebarkan oleh gigitan nyamuk aedes dan boleh merencatkan perkembangan otak janin

  • A. Zika
  • B. Rabies
  • C. Influenza
  • D. Filariasis

14. Semasa kitaran haid, ovulasi berlaku di penghujung dasa ini

  • A. Ischemia
  • B. Menstrual
  • C. Secretory
  • D. Proliferative

15. Apabila suatu jirim dipanaskan, zarah-zarah dalam jirim tersebut akan mengalami pertambahan

  • A. Saiz jirim
  • B. Tenaga kinetic
  • C. Nilai takat didih
  • D. Daya tarikan antara atom

16. Penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut kepada haiwan seperti anjing dan kucing dikenali sebagai

  • A. Rabies
  • B. Rubella
  • C. Jaundice
  • D. Measies

17. Penyakit berjangkit bawaan tikus yang disebarkan secara tidak langsung ialah

  • A. Leptospirosis
  • B. Salmonellosis
  • C. Plague
  • D. Demam gigitan tikus

18. Kajian saintifik terhadap struktur, system organ dan tisu sesuatu organisma dikenali sebagai

  • A. Fisologi
  • B. Anatomi
  • C. Histologi
  • D. Homeostasis

19. Lapisan ini terdapat pada Epididermis yang membentuk melanin dan berfungsi melindungi kulit terhadap sinar matahari dikenali sebagai

  • A. Stratum Basale
  • B. Stratum Korneum
  • C. Stratum Spinoum
  • D. Stratum Granulosum

20. Berikut adalah medium yang diperukan untuk pertumbuhan bakteria, KECUALI

  • A. pH 6 hingga pH 7.5
  • B. Kandungan air tinggi
  • C. Kehadiran karbon dioksida
  • D. Makanan dengan kandungan protein tinggi
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 Terkini

Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Pengetahuan Am sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Rujukan utama ini komprehensif untuk persediaan peperiksaan Separa Perubatan. Ianya mencakupi;

  • 41 Nota Ringkas Pengetahuan Separa Perubatan
  • 67 Nota Ringkas Pengetahuan Am
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (157 Soalan & Jawapan)
  • Tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan
  • Pengetahuan Am kesihatan di Malaysia
  • Maklumat mengenai format TERKINI 2020
  • 200++ muka surat

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam  ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?