Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian. Adakah anda calon peperiksaan online latihan separa perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian bulan ini? Kami di ExamSPA8i.com mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Anda adalah antara puluhan ribu calon bertuah yang akan menduduki peperiksaan online ini nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian

Peperiksaan online Pembantu Pembedahan Pergigian ini merupakan peringkat pertama dalam memasuki bidang pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas anda lulus peperiksaan online ini, anda akan dipanggil menghadiri sesi temuduga pula. Sekiranya anda berjaya, baru anda akan menjalani  Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian di Pusat Latihan yang akan dinyatakan nanti dalam surat tawaran.

Jadual Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Untuk semakan penjadualan peperiksaan SPA, anda boleh menyemak melalui laman portal SPA8i, melayari Fan Page SPA di Facebook dan menyemak email panggilan menduduki peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang terkini, pihak SPA akan mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini:-

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian (Sabah/Sarawak/Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020 (Isnin)
  • Masa Peperiksaan: 11:30 Pagi – 12:30 Tengah Hari

Format Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian Terkini

Jika tahun sebelum ini, calon dikehendaki menjawab soalan Ujian Psikometrik dan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan. Kali ini, untuk format peperiksaan yang baru (tahun 2020), pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian baru iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Panduan Peperiksaan Online SPA 2020

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Kafahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian

Tahukah anda, Soalan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan. Anda perlulah membuat persediaan awal sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan Separa Perubatan yang mungkin menjejaskan skor anda jika anda tidak tahu sesuatu perkara itu.

Untuk makluman anda, peperiksaan ini  diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk persediaan, anda perlu mencari maklumat tentang struktur pentadbiran Malaysia, Kementerian-Kementerian, Suruhanjaya-Susruhanjaya, Jabatan-Jabatan Dibawah Kementerian dan Agensi Kerajaan.

Soalan Pengetahuan Am ini lebih umum. Banyak maklumat yang anda perlu ketahui untuk persediaan.  Jika menjurus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui seperti Objektif, Misi, Visi, Jabatan dibawahnya, Akta berkaitan dan Bidang Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian itu sendiri.

Berikut merupakan contoh soalan seksyen A Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian untuk rujukan dan gambaran awal anda bagaimana bentuk atau set soalan, topic dan tajuk yang mungkin ditanya dalam peperiksaan online spa nanti.

1. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah

  • A. 135 mmHG
  • B. 140 mmHG
  • C. 145 mmHG
  • D. 150 mmHG

2. Apakah kandungan asid dalam perut masuki semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

  • A. Gastrik
  • B. Sakit dibahagian perut
  • C. Sakit dibahagian kerongkong
  • D. Gastroesophageal Reflux Disease

3. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panic?

  • A. Serangan jantung
  • B. Kerosakan saraf
  • C. Pening
  • D. Buta
Baca Juga  Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Pembedahan Pergigian

4. Berdasarkan pernyataan dibawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

  • A. Mengandungi zat contohnya asid amino
  • B. Protien kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan
  • C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk
  • D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua

5. Sawan demam berlaku akibat daripada

  • A. Perubahan cuaca yang mendadak
  • B. Apabila suhu badan mencecah 39 darjah selsius
  • C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
  • D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

  • A. Strok
  • B. Merokok
  • C. Kerap hamil
  • D. Jangkitan HIV

7. Berikut adalah symptom keracunan makanan KECUALI

  • A. Pening
  • B. Sakit kepala
  • C. Muntah-muntah
  • D. Berpeluh/demam

8. Apakah fungsi gigi taring?

  • A. Mengoyak makanan
  • B. Merasa makanan
  • C. Melumatkan makanan
  • D. Meleraikan makanan

9. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri gigi kekal?

  • A. Jangka hayat yang lebih panjang
  • B. Mempunyai 20 batang gigi
  • C. Saiz gigi yang kecil
  • D. Gigi kurang kuat

10. Antara struktur gigi tersebut, yang manakah mempunyai lapisan lembut yang berwarna kekuningan?

  • A. Gusi
  • B. Enamel
  • C. Dentin
  • D. Saraf

Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir PTPO N19

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Pengetahuan Am sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Rujukan utama ini komprehensif untuk persediaan peperiksaan Separa Perubatan. Ianya mencakupi;

  • 49 Nota Ringkas Exam
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (157 Contoh Soalan & Jawapan)
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (30 Contoh Soalan & Jawapan)
  • Tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan
  • Pengetahuan Am kesihatan di Malaysia
  • Maklumat mengenai format TERKINI 2020
  • 150++ muka surat

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?