Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pembangunan Masyarakat S29

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pembangunan Masyarakat S29. Adakah anda calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya dipilih untuk menduduki peperiksaan SPA ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pembangunan Masyarakat S29

Untuk makluman, peperiksaan ini adalah tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terhadap puluhan ribu calon yang memohon jawatan tersebut. Anda harus buktikan kemampuan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang diberikan nanti sebelum dipanggil ke Sesi Temuduga.

Format Peperiksaan Online SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Lazimnya, pihak SPA membahagikan peperiksaan PSEE ini dalam 3 bahagian. Bahagian tersebut, disebut juga sebagai Seksyen yang mana boleh dibahagikan kepada:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seskyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Pada bulan Julai 2020 ini, pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian peperiksaan iaitu:

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Sebagai gambaran awal calon tentang bentuk soalan peperiksaan, kami akan kongsikan beberapa contoh soalan untuk seksyen a daya menyelesaikan masalah dan seksyen b kefahaman bahasa inggeris.

Jadual Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Terkini SPA

Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Jawatan: Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
  • Kem/Jabatan: Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua Menteri Sabah
  • D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

3. Pihak Berkuasa Tempatan terletak di bawah bidang kuasa

  • A. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • B. Jabatan Kerajaan Tempatan
  • C. Kerajaan Negeri
  • D. Kerajaan Persekutuan

4. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru memberi tumpuan kepada

  • A. Model ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif serta mampan
  • B. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira etnik dan penghapusan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
  • C. Pembinaan keutuhan dan daya saing negara
  • D. Pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosioekonomi antara masyarakat.
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41

6. Random Access Memory (RAM) merupakan sejenis cip semikonduktor yang digunakan dalam peralatan teknologi. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri RAM kecuali

  • A. RAM merupakan tempat storan sementara
  • B. Ukuran unit RAM adalah dalam bytes
  • C. Ingatan RAM masih kekal jika komputer dimatikan
  • D. Lokasi pengstoran dapat dicapai oleh RAM secara rawak dalam masa yang sama.

7. Pilih padanan shortcut untuk sistem operasi Windows yang salah

  • A. Alt + F4 – untuk menutup atau menghentikan program yang sedang aktif
  • B. Ctrl + Alt + Delete – untuk membuka Task Manager
  • C. Shift + Delete – untuk memadam terus sesuatu file
  • D. Alt + Tab – untuk menampilkan Start Menu

8. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

  • A. Acrobat Reader
  • B. Visio
  • C. Word
  • D. Publisher

9. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

  • A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
  • B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
  • C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
  • D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

10. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

  • A. Hubungan Wireless
  • B. Persidangan Video
  • C. Internet
  • D. Intranet

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Kami tahu keperluan anda, kami tahu ramai calon nak lulus peperiksaan online SPA ini.

Sebab itulah, kami dengan susah payahnya menyediakan rujukan peperiksaan online yang lengkap dengan Contoh Soalan dan Jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan peperiksaan ini.

Baca Juga  Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Kesihatan Awam

Dibawah ini merupakan pakej lengkap 3 Seksyen Peperiksaan SPA yang diolah khas untuk PERSEDIAAN AWAL calon sebelum menduduki peperiksaan nanti.

Terus dapatkan rujukan ini melalui link download sekarang dibawah!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online SPAnanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini.

Semoga berjaya!

2 thoughts on “Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pembangunan Masyarakat S29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?