Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29. Anda calon peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

Peperiksaan online PSEE ini merupakan peringkat pertama sebelum anda dilantik dalam jawatan tetap di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selepas anda lulus peperiksaan PSEE ini, anda akan dipanggil menduduki sesi Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan di mana-mana Balai Bomba berhampiran yang ditetapkan.

Pendek kata, perjalanan anda untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba KB41 ini baru step 1. Ada beberapa step lagi yang anda perlu lalui:

Lulus Peperiksaan Online PSEE >>> Lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap & Penempatan

Anda hanya diperingkat pertama, lakukan sesuatu untuk lulus peperiksaan ini. Jangan sia-siakan peluang yang pihak SPA berikan kepada anda. Mana tahu, rezeki anda nak masuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kan?

Penjadualan Peperiksaan Terkini Penguasa Bomba KB41/KB29

Berikut adalah penjadualan peperiksaan terkini yang telah diumumkan pihak SPA dalam bulan November ini.

  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi

Adakah anda dipanggil exam kali ini? Jika ya, teruskan membaca artikel dibawah.

Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Seperti yang anda sedia maklum dalam panggilan peperiksaan, format peperiksaan PSEE kali ini merupakan peperiksaan yang agak mencabar.

Terdapat 3 bahagian peperiksaan yang akan anda jawab iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Ketiga-tiga bahagian ini merupakan soalan yang berbeza, dan berikut adalah penerangan format peperiksaan semua seksyen peperiksaan spa tersebut.

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan pelbagai soalan pengetahuan am yang berkisar tentang urusan kebombaan, keselamatan, bidang sosial, kenegaraan Malaysia dan lain-lain perkembangan semasa luar dan dalam negara.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen A untuk Pengetahuan Am:-

1. Badan penyelaras utama di peringkat negeri yang menggerakkan kuasa eksekutif adalah

  • A. Menteri Besar
  • B. Ketua Menteri
  • C. Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • D. Setiausaha Kerajaan Negeri

2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B. Senator
  • C. Dewan Negara
  • D. Dewan Rakyat

3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.

  • A. Senator
  • B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • C. Ahli Majlis
  • D. Ahli Dewan Negara

5. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :

  • A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
  • B. Menjana sinergi multisektor
  • C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
  • D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

6. Darjah Kebesaran Persekutuan pangkat yang tertinggi dianugerahkan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing ialah

  • A. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
  • B. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
  • C. Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N)
  • D. Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

7. Berikut merupakan ciri-ciri konsep Demokrasi Berparlimen KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa mutlak.
  • B. Kebebasan rakyat untuk memilih perwakilan melalui pilihan raya.
  • C. Pembahagian kuasa kepada tiga komponen dalam pemerintahan kerajaan.
  • D. Membenarkan penubuhan parti-parti politik.

8. Seorang anak Malaysia yang pernah memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • A. Tan Sri Dato’ Razali Ismail
  • B. Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis
  • C. Dato Seri Anifah Aman
  • D. Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin

9. Konflik atau sengketa semasa, di wilayah Laut China Selatan adalah berkaitan isi

  • A. Zon Ekonomi Eksklusif
  • B. Kepulauan Spratly
  • C. Ancaman peluasan pengaruh negara China
  • D. Tuntutan Filipina terhadap Sabah

10. Antara berikut yang manakah pentadbiran dibawah Pihak Berkuasa Tempatan Khas?

  • A. Perbadanan Putrajaya
  • B. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • C. Majlis Perbandaran Sandakan
  • D. Majlis Bandaraya Seberang Perai

Untuk soalan-soalan yang berkaitan Kebombaan, kami mengumpulkan beberapa topik yang mungkin ditanya dalam Seksyen Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29 nanti. Antara soalan-soalan tersebut adalah..

  1. Misi dan Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
  2. Tujuan penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
  3. Matlamat-matlamat strategik masa kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
  4. Tugas-tugas perkhidmatan Bomba?
  5. Kuasa-kuasa perkhidmatan Bomba pada waktu kebakaran?
  6. Operasi kebombaan?
  7. Pengurusan Kebombaan?
  8. Keselamatan kebakaran?
  9. Kejuruteraan kebombaan?
  10. Akta Perkhidmatan Bomba 1988(Akta 341)?
  11. Asas mencegah kebakaran?

Semua nota-nota ini akan disatukan didalam eBook (Buku Digital) Exam Penguasa Bomba KB41/KB29 yang akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya tak lama lagi.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Namun, sebelum anda melompat kegirangan nak dapatkan eBook ini. Ini adalah sedikit gambaran awal mengenai rujukan soalan exam ini.

Ebook ini dilengkapi dengan bahan rujukan, nota, soalan dan skema jawapan, lebih kurang macam ringkasan dibawah ni lah:

  • Nota Pengetahuan Am KB41/KB29
  • Soalan-Soalan Pengetahuan Am
  • Nota Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Soalan-Soalan Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Nota Bahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Nota Tatabahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Skema Jawapan Pengetahuan Am, Skema Jawapan Matematik, Skema Jawapan Inggeris
  • Dan, dapat beberapa lagi EXTRA BONUS jika membuat pembelian Pakej PLATINUM..
  • EXTRA Seksyen Penyelesaian Masalah
  • EXTRA Seksyen Bahasa Inggeris
  • Rujukan Pantas Resume
  • Template Resume
  • Penampilan Temuduga
  • Rahsia Bijak Temuduga (FULL PACKAGE)
  • Rahsia Resume Kerja (FULL PACKAGE)
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Berbaloi kah tak berbaloi? Memang berbaloi sangat..

Dapatkan Rujukan dan Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 & Penolong Penguasa Bomba KB29

Kami bersusah payah nak bantu semua calon melepasi peperiksaan online SPA setiap kali ada exam SPA dijalankan. Niat kami, nak bantu seramai mana pun calon agar lebih mudah dan bersedia menghadapi peperiksaan online PSEE ini.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Edaran ini adalah TERHAD! Bermula pada 15 November, jam10 pagi hingga 18 November, jam11.59 malam SAHAJA!

P/S: Selepas pengesahan pembelian dilakukan, anda akan terus mendapat akses link untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dilakukan kerana buku ini adalah eBook (buku digital) dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, anda dapat sekarang juga!

Perhatian:

Ebook ini sesuai untuk exam Penguasa Bomba KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29 memandangkan exam ini dijalankan serentak dan hanya menjawab soalan peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41.

Kami ada tawaran hebat untuk anda di channel telegram dibawah ni..nak EXTRA EXTRA EXTRA BONUS SOALAN lagi tak? Jika nak, join telegram dibawah ni..

Join Telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

Atau, terus whatsapp kami melalui pautan dibawah..

Whatsapp saya >>> https://penguasabombakb41kb29.wasap.my/

Diharapkan dengan perkongsian Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29 ini membantu anda dalam mencari bahan-bahan rujukan persediaan peperiksaan nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?