Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41. Anda calon peperiksaan online Penolong Jurutera Gred JA29 atau Jurutera J41 bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Penolong Jurutera JA29 dan Jurutera J41.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Format Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – KLIK SINI

Untuk peperiksaan online bulan Febuari 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41
  • Jawatan: Penolong Jurutera(Mekanikal) Gred JA29
  • Kem/Jabatan: Kementerian Kerja Raya
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 05 Febuari 2020 (Rabu)

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 (SUK Pulau Pinang)

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Jurutera Elektrik JA29

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.

1. The water distruption happened because of

  • A) the shut down of the Water Treatment Plant.
  • B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
  • C) the large scale work at the plant.
  • D) the big number of consumer accounts.

2. The water distruption will affects residents

  • A) of the four districts mentioned above
  • B) living in 348 areas in Selangor
  • C) with consumer accounts in the four districts
  • D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant

3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

  • A) retardation
  • B) obstruction
  • C) suspension
  • D) disturbance

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

Baca Juga  50 Contoh Soalan Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik M41

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41 sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41?

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera
contoh soalan peperiksaan spa tahun 2020 terkini

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41 ini.

Semoga berjaya!

One thought on “Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 & Jurutera J41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?