Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41. Anda calon Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 di Jabatan Audit Negara bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Juruaudit Gred W41 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi April 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Maklumat Gaji dan Depkripsi Tugas Juruaudit Gred W41

Berikut adalah jadual gaji seorang Juruaudit W41:

Gaji Minimum: RM 2,094.00

Gaji Maksimum : RM 9,585.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00

Deskripsi Tugas Juruaudit Gred W41

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Format Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Untuk peperiksaan online Tahun 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Juruaudit Gred W41
  • Jabatan Audit Negara
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 30 April 2021
  • Masa Peperiksaan : 3:00 petang – 4:00 petang

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit Gred W41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit Gred W41 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

  • A) 3136cm²
  • B) 4704cm²
  • C) 21,952cm³
  • D) 21,956cm³

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

  • A) 685
  • B) 895
  • C) 1.520
  • D) 1,580
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A) 5
  • B) 15
  • C) 46
  • D) 47

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

  • A) RM1,010
  • B) RM1,120
  • C) RM2,240
  • D) RM2,280

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit Gred W41

Berikut adalah contoh soalan seksyen kefahaman Bahasa inggeris untuk rujukan dan gambaran bagaimana soalan sebenar peperiksaan SPA akan dikeluarkan. Ini adalah contoh soalan sebenar peperiksaan jawatan lain.

Soalan No. 1 hingga 3 berpandukan teks dibawah.

Read the notice and answer the questions.

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.

1. The water distruption happened because of

  • A) the shut down of the Water Treatment Plant.
  • B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
  • C) the large scale work at the plant.
  • D) the big number of consumer accounts.

2. The water distruption will affects residents

  • A) of the four districts mentioned above
  • B) living in 348 areas in Selangor
  • C) with consumer accounts in the four districts
  • D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant

3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

  • A) retardation
  • B) obstruction
  • C) suspension
  • D) disturbance

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

6. Choose the best answer.

She speaks so softly that we ____________ hear her.

  • A) cannot
  • B) shall not
  • C) did not
  • D) have no

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Baca Juga  Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Rujukan Khas Ebook Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Juruaudit Gred W41 ini?

Ini Rujukan EXAM 30 APRIL 2021 Anda!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

JOM JOIN TELEGRAM NI >> https://t.me/juruaudit41

Untuk dapatkan BONUS TAMBAHAN 100 KOLEKSI SOALAN-SOALAN sebenar peperiksaan SPA, sila hubungi saya melalui pautan dibawah.

Whatsapp sekarang [+] http://bit.ly/SayaNakEbookJuruauditW41

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Juruaudit Gred W41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?