Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41. Anda calon peperiksaan online Jurutera Gred J41? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Jawatan Jurutera J41 ini akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41

Peperiksaan online untuk Jurutera J41 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Format Peperiksaan Jurutera J41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – KLIK SINI

Untuk peperiksaan online bulan Januari 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Jawatan: Jurutera(Elektrik) Gred J41
  • Kem/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 30 Januari 2020

Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41

Peperiksaan Jurutera J41 kali ini mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian iaitu;

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Jurutera J41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Jurutera J41 untuk peperiksaan online ini.

1. 154kg kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM 0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

  • A) RM 15.40
  • B) RM 16.40
  • C) RM 31.90
  • D) RM 53.90

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 15 baris dalam jumlah 25 buah kerusi bagi setiap baris. 75 buah kerusi dari dewan G diambil dan dimasukkan ke dalam dewan H yang telah mempunyai 250 buah kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi didalam ketiga-tiga dewan tersebut ialah 940. Berapakah bilangan kerusi yang masih ada di dalam dewan G?

  • A) 165
  • B) 240
  • C) 315
  • D) 490
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

3. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

  • A) 289
  • B) 290
  • C) 275
  • D) 287

4. Sebekas kacang tanah berjumlah 1,200 biji akan dimasukkan ke dalam 10 buah mangkuk dan 5 biji cawan. Setiap cawan berisi sebanyak 45 biji kacang dan setiap mangkuk diisi sebanyak 85 biji kacang. Berapakah baki kacang yang tinggal di dalam bekasnya?

  • A) 125
  • B) 135
  • C) 145
  • D) 155

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

  • A. 191.03
  • B. 190.00
  • C. 192.00
  • D. 191.14

6. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

  • A) Keuntungan sebanyak RM60
  • B) Keuntungan sebanyak RM30
  • C) Kerugian sebanyak RM60
  • D) Kerugian sebanyak RM30

7. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

  • A) 454
  • B) 228
  • C) 452
  • D) 226

8. Zack membayar harga pembelian sebuah televisyen berjumlah RM 3199.50 setelah mendapat diskaun sebanyak 25%. Berapakah harga asal televisyen tersebut?

  • A) RM 3,999
  • B) RM 4,000
  • C) RM 4,266
  • D) RM 4,922

9. Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dan menggunakan 1/20 sebagai modal perniagaan jualan burger. Setelah sebulan berniaga beliau memperolehi keuntungan sebanyak 3 kali harga modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehinya?

  • A) RM 2,500
  • B) RM 1,250
  • C) RM 5,000
  • D) RM 3,750

10. Berapakah bilangan duit syiling 20 sen boleh ditukar bagi nilai 45% daripada RM550?

  • A) 247
  • B) 248
  • C) 1237
  • D) 1238

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (Essei) Jurutera J41

Pada kali ini, kami akan konsgikan kepada anda beberapa contoh soalan kefahaman bahasa inggeris bagi memberikan anda gambaran awal, bagaimana rupa bentuk soalan kefahaman bahasa inggeris yang pihak SPA berikan kepada anda nanti.

Title: Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic instability within the country. Due to increases in cost of living also not being reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a result of poverty and basic goods being simply unaffordable. The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  • Rising costs of fuel sources (affecting overall production and transportation costs);
  • Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing. As an example,even with the reduced fuel prices imposed by the government, the prices of goods remain at an all-time high;
  • Consumers insisting on purchasing the same type (or brand) of goods despite the higher price.
  • The lack of emphasis to produce food and goods in-country.
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Perangkawan E41

There are a few suggestions that can be considered in order to curb the effectsof a higher cost of living on society. This includes equipping members of society with good money management skills, enabling them to spend smart and save. Another aspect is to increase agricultural production and to utilise uninhabited land.

In addition, steps should be taken to make popular and reinvigorate the career of agriculture and farming as a good source of income. As a precaution, international trade agreements must be made to effectively cooperate between neighbouring countries to reduce import tax, helping to minimise the priceincrease of imported goods.

Therefore, it can be extrapolated from this that prices of basic goods and services will inevitably rise in accordance with international trading agreements, cost of living and other external, as well as internal, factors. However, the effects of it on society can be mitigated through thrifty and savvy managing of consumer spending habits. Besides the consumers, the responsible parties must also take part and do what is necessary to curb the price hike and help control the market situation to the extent possible.

1. Every time the price of goods and services increase, which party is affected the most?

  • A. Government
  • B. End consumer
  • C. Shop owners and resellers
  • D. Low-Income earner

2. What would be the best description of the word “famine”

  • A. Crime rate
  • B. Poverty
  • C. Scarcity of food
  • D. High cost living

3. Consumers could typically manage price increases if they:

  • A. Work overtime
  • B. Take 2-3 jobs
  • C. Adjust their lifestyle
  • D. Hunger strike

4. Below are among the reasons of a price hike

I. Increase of fuel cost

II. Brand obsession

III. Consumers’ bad spending habits

IV. Insufficient production of crops

  • A. I & II
  • B. II & III
  • C. I, II & III
  • D. All above
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

5. Below are suggestion mentioned in article to reduce effect of price hike, except

  • A. Money management
  • B. Increase import duty
  • C. Optimized the use of land
  • D. Produce more in house goods

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (Tatabahasa) Jurutera J41

1. The girl was running quickly ____________ the bus station.

  • A. against
  • B. towards
  • C. behind
  • D. forward

2. The plane arrived _________ Kuala Lumpur on time.

  • A. at
  • B. in
  • C. to
  • D. on

3. She loves her job ______________ Monday mornings.

  • A. in
  • B. on
  • C. by
  • D. at

4. Micheal ran _________________, even though she never used any running shoes.

  • A. unusal slow
  • B. unusual slowly
  • C. unusually slow
  • D. unusually slowly

5. The singer was ____________ dressed.

  • A. extreme elegant
  • B. extremely elegant
  • C. extreme elegantly
  • D. extremely elegantly

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Jurutera J41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris Jurutera J41 ?

Contoh Soalan Peperiksaan Perangkawan E41
contoh soalan peperiksaan spa tahun 2020 terkini

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

JOIN GROUP CHAT TELEGRAM SINI – https://t.me/joinchat/KLiWOhQA5HlZBeJXdA8E_w

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Jurutera J41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41 ini.

Semoga berjaya!

One thought on “Contoh Soalan Peperiksaan Jurutera J41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?