Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020. Dipanggil peperiksaan SPA untuk peperiksaan online latihan separa perubatan? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil peperiksaan ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan ujian psikometrik, pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan online Separa Perubatan. Jawatan Latihan Separa Perubatan ini akan melalui sesi temuduga selepas LULUS peperiksaan online ini!

Jadual Peperiksaan Terkini Latihan Separa Perubatan SPA

Untuk semakan penjadualan peperiksaan SPA, anda boleh menyemak melalui laman portal SPA8i, melayari Fan Page SPA di Facebook dan menyemak email panggilan menduduki peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang terkini, pihak SPA akan mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini:-

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Sabah/Sarawak/Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 02 Julai 2020
  • Masa: 10 pagi – 11.15 pagi
Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Format Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan peperiksaan online  ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini dan pengetahuan am.

Untuk ujian psikometrik format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Dalam seksyen pengetahuan am pula, calon akan diajukan soalan berkaitan perubatan dan pengetahuan umum. Ianya bertujuan untuk menguji pengetahuan anda dalam bidang perubatan dan isu semasa.

Manakala, seksyen kefahaman bahasa inggeris menguji pemahaman calon memahami esei bahasa inggeris dan tatabahasa bahasa inggeris.

Teknik Menjawab Peperiksaan Online Separa Perubatan

Dalam peperiksaan online ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  • Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  • Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
  • Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan SPA

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda contoh soalan psikometrik, pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris Separa Perubatan yang berkemungkinan akan ditanya;

Contoh Soalan Psikometrik Separa Perubatan

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

  • A. Ya
  • B. Tidak
  • C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju
  • C. Tidak Pasti

3. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja seharian

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

4. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

5. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja

  • A. Ya
  • B. Tidak

Contoh Soalan Matematik Psikometrik Separa Perubatan

1. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?

  • A. 141
  • B. 164
  • C. 154
  • D. 192

2. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.

  • A. 2340
  • B. 3730
  • C. 2700
  • D. 3624

3. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.

  • A. 200
  • B. 305
  • C. 450
  • D. 556

4. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.

  • A. RM 7550.00
  • B. RM 6500.00
  • C. RM 7200.00
  • D. RM 8104.00
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19

5. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.

  • A. 4 CM
  • B. 5 CM
  • C. 6 CM
  • D. 9 CM

Contoh Soalan Pengetahuan Am Separa Perubatan

1. Untuk mendapatkan kesan maksimum semasa bersenam anda perlu:

  • A) Bersenam secara berterusan
  • B) Mengelakkan persaingan dengan orang lain
  • C) Senaman dimulakan dengan regangan otot
  • D) Keupayaan senaman ditingkatkan secara berperingkat

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Separa Perubatan

Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020
Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020
Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020
Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Separa Perubatan

Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.

Tarikh Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini Yang Dijalankan SPA

-AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN-

Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik dibawah ini untuk persediaan;

download ebook percuma pdf

P/S: Selepas pembayaran dan pengesahan dibuat, link akses untuk download ebook ini akan terus dihantar ke email anda. Tiada istilah pengeposan lagi, ebook ini terus anda akan dapat melalui email. Beli sekarang, dapat sekarang!

Didalam Ebook ini, anda akan dapat:-

  1. 100++ Nota Ringkas
  2. Penerangan Format Terkini
  3. 150++ Contoh Soalan Peperiksaan Online
  4. Maklumat Perjawatan Separa Perubatan

Kami berharap artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020 ini membantu anda nanti!

Semoga berjaya!

4 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?