Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41. Adakah anda dipanggil menduduki Peperiksaan Online PSEE SPA Pegawai Pertanian G41 pada 14 April 2022 ini? Saya ucapkan Tahniah! Kamu semua adalah antara calon yang telah berjaya dalam tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjawat jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Pegawai Pertanian Gred G41 ini akan ditempatkan di Jabatan Pertanian Malaysia. Sebelum anda dilantik ke jawatan tetap Pegawai Pertanian G41, anda perlu melalui 2 saringan awal. Iaitu Peperiksaan Online PSEE kemudian baru lah anda dipanggil ke sesi temuduga.

Secara ringkasnya, laluan anda untuk jawatan Pegawai Pertanian G41 ini adalah:

Lulus Peperiksaan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap

Peperiksaan ini hanya peringkat pertama untuk anda. Anda perlu LULUS peperiksaan ini jika mahu dipanggil ke sesi temuduga.

Format Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Sejak 2019, pihak SPA mewajibkan semua jawatan untuk menduduki peperiksaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk menapis dan menilai sejauh mana kebolehan calon menyelesaikan ujian yang diberikan.

Untuk peperiksaan kali ini, calon diwajibkan menjawab 2 bahagian iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Penerangan Format Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai soalan-soalan berkaitan kementerian/jabatan/bahagian, kenegaraan, undang-undang berkaitan, perihal jawatan dan isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Pertanian G41

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Pertanian Gred G41 yang mungkin akan ditanya. Walaubagaimanapun, ianya hanya soalan random yang kami fikirkan sesuai untuk membantu anda menjawab soalan-soalan pengetahuan am nanti.

Berikut adalah soalan pengetahuan am:

1. Pihak Berkuasa Tempatan terletak di bawah bidang kuasa

  • A.  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • B.  Jabatan Kerajaan Tempatan
  • C.  Kerajaan Negeri
  • D.  Kerajaan Persekutuan

2. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A.  Ketua Hakim Negara
  • B.  Hakim-Hakim Besar
  • C.  Ketua Menteri Sabah
  • D.  Ketua Menteri Sarawak

3. Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A.  Mahkamah Persekutuan
  • B.  Mahkamah Rayuan
  • C.  Mahkamah Sesyen
  • D.  Mahkamah Tinggi
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Jurutera JA29 (Awam)

4. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A.  Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B.  Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C.  Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D.  Dipilih oleh Majlis Raja-raja

5. Apakah alat kebesaran Parlimen yang dibawa masuk setiap kali Dewan Negara atau Dewan Rakyat bersidang?

  • A.  Cogan Alam
  • B.  Keris Panjang Diraja
  • C.  Nobat
  • D.  Cokmar

6. Berikut adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali 

  • A.  Pengurusan Bekalan Air
  • B.  Kewangan dan Pertahanan
  • C.  Penerbitan dan Penapisan
  • D.  Kewarganegaraan

7. Perisai di dalam Jata Negara melambangkan berikut

  • A.  Keberanian menentang musuh
  • B.  Kesanggupan pertahankan negara
  • C.  Muafakat dan perpaduan
  • D.  Kerjasama sesama kaum

8. Yang manakah BUKAN kelayakan untuk menjadi seorang pengundi di Malaysia

  • A.  Warganegara Malaysia
  • B.  Tinggal di luar negara
  • C.  Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
  • D.  Sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun

9. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi menerusi kaedah   berikut KECUALI

  • A.  Penguatkuasaan undang-undang
  • B.  Penggabungan wilayah
  • C.  Penganugerahan taraf
  • D.  Pendaftaran

10. Bank yang tidak tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia adalah

  • A.  Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • B.  Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • C.  Malayan Banking
  • D.  Public Bank Berhad

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Pertanian G41

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak EXAMSPA dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah iaitu Soalan Matematik dalam peperiksaan SPA nanti.

Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah/Matematik:

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% – 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L  

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936

Cara Penyelesaian:

√1600 = 40

√1861 = 43.13

√1849 = 43

√1936 = 44

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

  • A) 3136cm²
  • B) 4704cm²
  • C) 21,952cm³
  • D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

  • A) 685
  • B) 895
  • C) 1.520
  • D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A) 5
  • B) 15
  • C) 46
  • D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

  • A) RM1,010
  • B) RM1,120
  • C) RM2,240
  • D) RM2,280
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Ebook Rujukan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Pegawai Pertanian G41 ini?

  • EBOOK RUJUKAN PEPERIKSAAN EXTRA SEKSYEN
  • Ebook Haluan Kerjaya
  • Ebook 13 Strategi Kerjaya
  • Ebook Penampilan Temuduga
  • Ebook Rujukan Pantas Resume
  • Ebook Template Resume

Terus dapatkan dibawah….

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pegawai Pertanian G41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?