Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41. Adakah anda calon peperiksaan online PSEE jawatan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda!

Peperiksaan online PSEE untuk Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri temuduga nanti.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Untuk peperiksaan online bulan September 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 25 September 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:15 pagi

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Berikut adalah penerangan setiap seksyen peperiksaan ini:-

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji dengan pelbagai soalan pengetahuan tentang kenegaraan, isu semasa perlembagaan, undang-undang, pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Anda perlu banyak membaca tentang semua topik termasuk isu semasa untuk Seksyen Pengetahuan Am ini.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Berikut  adalah 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 untuk rujukan dan panduan anda.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua  Menteri  Sabah
  • D. Ketua  Menteri  Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi 
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Penggawa NP29 SPN Kelantan

3. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan

II. Mahkamah Rayuan

III. Mahkamah Tinggi Malaya

IV. Mahkamah Tinggi Borneo

  • A. I dan II
  • B. I, II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II, III dan IV

4 . Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

5. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

6. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A. Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B. Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C. Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D. Dipilih oleh Majlis Raja-raja

7. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

  • A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  • B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  • C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  • D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

8. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali

  • A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
  • B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
  • C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
  • D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia

9. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

  • A. Peguam Negara
  • B. Perdana Menteri
  • C. Yang di-Pertuan Agong
  • D. Yang di-Pertua Dewan Negara

10. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B. Senator
  • C. Dewan Negara
  • D. Dewan Rakyat

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online ini.

1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

  • A) 500
  • B) 550
  • C) 600
  • D) 650

2. Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43

  • A) 23
  • B) 38
  • C) 40
  • D) 9
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

3. Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

  • A) 2
  • B) 6
  • C) 8
  • D) 12

4. Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majkan tersebut?

  • A) 1,797
  • B) 1,198
  • C) 2,396
  • D) 3,396

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

  • A. 191.03
  • B. 190.00
  • C. 192.00
  • D. 191.14

6. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

  • A) Keuntungan sebanyak RM60
  • B) Keuntungan sebanyak RM30
  • C) Kerugian sebanyak RM60
  • D) Kerugian sebanyak RM30

7. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

  • A) 454
  • B) 228
  • C) 452
  • D) 226

8. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?

  • A) 72 956 Orang
  • B) 88 125 Orang
  • C) 117 500 Orang
  • D) 150 750 Orang

9. 154 KG kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

  • A) RM15.40
  • B) RM16.40
  • C) RM31.90
  • D) RM53.90

10. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

  • A) 289
  • B) 290
  • C) 275
  • D) 287

Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Panduan Dan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 ini? Untuk mendapatkan rujukan dan contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, link akses untuk muat turun ebook rujukan ini terus diberikan ke email yang anda daftarkan. Tiada pengeposan dilakukan kerana ianya dalam bentuk format PDF! Beli sekarang, anda akan dapat sekarang juga!

Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 akan diedarkan pada 21 September 2020. Join telegram untuk tidak terlepas hebahan.

Join telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAEuSSh9KM6I8_f2DrQ

Setiap pembelian eBook dengan kami akan diberikan EXTRA BONUS 100 SOALAN SEBENAR DAYA MENYELESAIKAN MASALAH jawatan-jawatan yang lain. Sila whatsapp terlebih dahulu sebelum buat pembelian!

Whatsapp sekarang – http://www.wasap.my/60143513110/SayaNakRujukanKhasPegawaiTadbirJohorN41

Semoga dengan perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 ini membantu anda menjawab soalan nanti dengan jayanya.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?