Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya dipilih untuk menduduki peperiksaan SPA ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk makluman, peperiksaan ini adalah tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terhadap puluhan ribu calon yang memohon jawatan tersebut. Anda harus buktikan kemampuan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang diberikan nanti sebelum dipanggil ke sesi seterusnya samada menduduki Profession Assessment Center (PAC), Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera ataupun terus ke Sesi Temuduga.

Format Peperiksaan Online SPA Pegawai Teknologi Maklumat F41 Tahun Ini

Lazimnya, pihak SPA membahagikan peperiksaan PSEE ini dalam 3 bahagian. Bahagian tersebut, disebut juga sebagai Seksyen yang mana boleh dibahagikan kepada:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seskyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Format Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Pada Julai 2020 ini, pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian peperiksaan iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk membantu calon menjawab soalan-soalan seksyen ini, kami di ExamSPA8i akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.

Penjadualan Peperiksaan Terkini SPA

Berikut adalah jadual terkini peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) yang akan dijalankan pihak SPA.

  • Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 08 Julai 2020 (Rabu)
  • Masa Peperiksaan : 10:00 Pagi – 11:40 Pagi

Pautan Alternatif: http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_teknologi_maklumat

Sila layari laman web: http://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Teknologi Maklumat F41

Dibawah ini adalah 3 contoh soalan pengetahuan am Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 untuk peperiksaan online SPA.

1. Random Access Memory (RAM) merupakan sejenis cip semikonduktor yang digunakan dalam peralatan teknologi. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri RAM kecuali

  • A. RAM merupakan tempat storan sementara
  • B. Ukuran unit RAM adalah dalam bytes
  • C. Ingatan RAM masih kekal jika komputer dimatikan
  • D. Lokasi pengstoran dapat dicapai oleh RAM secara rawak dalam masa yang sama.

2. Pilih padanan shortcut untuk sistem operasi Windows yang salah

  • A. Alt + F4 – untuk menutup atau menghentikan program yang sedang aktif
  • B. Ctrl + Alt + Delete – untuk membuka Task Manager
  • C. Shift + Delete – untuk memadam terus sesuatu file
  • D. Alt + Tab – untuk menampilkan Start Menu
Baca Juga  Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

3. Komunikasi tanpa wayar bergerak dalam garis lurus dapat dilakukan dengan menggunakan

  • A. Gelombang mikro
  • B. Kabel sepaksi
  • C. Kabel gentian optic
  • D. Wayar pasang jauh

4. Komunikasi tanpa wayar bergerak dalam garis lurus dapat dilakukan dengan menggunakan

  • A. Gelombang mikro
  • B. Kabel sepaksi
  • C. Kabel gentian optic
  • D. Wayar pasang jauh

5. Di antara berikut yang manakah menjadi keperluan untuk sesebuah komputer berada dalam rangkaian.

I. Sistem Pengoperasian (Operating System)

II. Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)

III. Perkakasan Komputer (Computing Hardware)

IV. Perisian Aplikasi (Application Software)

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. I, II dan III
  • D. I, III dan IV

6. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

  • A. Acrobat Reader
  • B. Visio
  • C. Word
  • D. Publisher

7. Tanda-tanda serangan trojan, virus atau cecacing pada computer menunjukkan tanda-tanda seperti berikut

I. Ingatan utama lebih dari jangkaan

II. Sistem mengalami perubahan

III. Fail dan program akan menghilang

IV. Fail menjadi rosak

  • A. I dan II
  • B. III dan IV
  • C. I, III dan IV
  • D. II, III dan IV

8. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

  • A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
  • B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
  • C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
  • D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

9. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

  • A. Hubungan Wireless
  • B. Persidangan Video
  • C. Internet
  • D. Intranet

10. Virus memainkan peranannya untuk memusnahkan fail-fail, sistem komputer dan menyebabkan ketidakstabilan sistem. Manakah berikut BUKAN langkah-langkah pencegahan virus komputer

  • A. Sentiasa membuat salinan (backup) fail-fail penting
  • B. Sentiasa memeriksa cakera keras
  • C. Sentiasa mendapat maklumat terkini dari media mengenai serangan virus terbaru
  • D. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian dengan yang terkini

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Teknologi Maklumat F41

Dibawah ini adalah 5 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online SPA.

1. 154kg kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM 0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

  • A) RM 15.40
  • B) RM 16.40
  • C) RM 31.90
  • D) RM 53.90

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 15 baris dalam jumlah 25 buah kerusi bagi setiap baris. 75 buah kerusi dari dewan G diambil dan dimasukkan ke dalam dewan H yang telah mempunyai 250 buah kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi didalam ketiga-tiga dewan tersebut ialah 940. Berapakah bilangan kerusi yang masih ada di dalam dewan G?

  • A) 165
  • B) 240
  • C) 315
  • D) 490

3. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

  • A) 289
  • B) 290
  • C) 275
  • D) 287
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Undang-Undang L29

4. Sebekas kacang tanah berjumlah 1,200 biji akan dimasukkan ke dalam 10 buah mangkuk dan 5 biji cawan. Setiap cawan berisi sebanyak 45 biji kacang dan setiap mangkuk diisi sebanyak 85 biji kacang. Berapakah baki kacang yang tinggal di dalam bekasnya?

  • A) 125
  • B) 135
  • C) 145
  • D) 155

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

  • A. 191.03
  • B. 190.00
  • C. 192.00
  • D. 191.14

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (Essei) Pegawai Teknologi Maklumat F41

Pada kali ini, kami akan konsgikan kepada anda beberapa contoh soalan kefahaman bahasa inggeris bagi memberikan anda gambaran awal, bagaimana rupa bentuk soalan kefahaman bahasa inggeris yang pihak SPA berikan kepada anda nanti.

Title: Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic instability within the country. Due to increases in cost of living also not being reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a result of poverty and basic goods being simply unaffordable. The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  • Rising costs of fuel sources (affecting overall production and transportation costs);
  • Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing. As an example,even with the reduced fuel prices imposed by the government, the prices of goods remain at an all-time high;
  • Consumers insisting on purchasing the same type (or brand) of goods despite the higher price.
  • The lack of emphasis to produce food and goods in-country.

There are a few suggestions that can be considered in order to curb the effectsof a higher cost of living on society. This includes equipping members of society with good money management skills, enabling them to spend smart and save. Another aspect is to increase agricultural production and to utilise uninhabited land.

In addition, steps should be taken to make popular and reinvigorate the career of agriculture and farming as a good source of income. As a precaution, international trade agreements must be made to effectively cooperate between neighbouring countries to reduce import tax, helping to minimise the priceincrease of imported goods.

Therefore, it can be extrapolated from this that prices of basic goods and services will inevitably rise in accordance with international trading agreements, cost of living and other external, as well as internal, factors. However, the effects of it on society can be mitigated through thrifty and savvy managing of consumer spending habits. Besides the consumers, the responsible parties must also take part and do what is necessary to curb the price hike and help control the market situation to the extent possible.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 ( Elektrik )

1. Every time the price of goods and services increase, which party is affected the most?

  • A. Government
  • B. End consumer
  • C. Shop owners and resellers
  • D. Low-Income earner

2. What would be the best description of the word “famine”

  • A. Crime rate
  • B. Poverty
  • C. Scarcity of food
  • D. High cost living

3. Consumers could typically manage price increases if they:

  • A. Work overtime
  • B. Take 2-3 jobs
  • C. Adjust their lifestyle
  • D. Hunger strike

4. Below are among the reasons of a price hike

I. Increase of fuel cost

II. Brand obsession

III. Consumers’ bad spending habits

IV. Insufficient production of crops

  • A. I & II
  • B. II & III
  • C. I, II & III
  • D. All above

5. Below are suggestion mentioned in article to reduce effect of price hike, except

  • A. Money management
  • B. Increase import duty
  • C. Optimized the use of land
  • D. Produce more in house goods

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (Tatabahasa) Pegawai Teknologi Maklumat F41

1. The girl was running quickly ____________ the bus station.

  • A. against
  • B. towards
  • C. behind
  • D. forward

2. The plane arrived _________ Kuala Lumpur on time.

  • A. at
  • B. in
  • C. to
  • D. on

3. She loves her job ______________ Monday mornings.

  • A. in
  • B. on
  • C. by
  • D. at

4. Micheal ran _________________, even though she never used any running shoes.

  • A. unusal slow
  • B. unusual slowly
  • C. unusually slow
  • D. unusually slowly

5. The singer was ____________ dressed.

  • A. extreme elegant
  • B. extremely elegant
  • C. extreme elegantly
  • D. extremely elegantly

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Kami tahu keperluan anda, kami tahu ramai calon nak lulus peperiksaan online SPA ini.

Sebab itulah, kami dengan susah payahnya menyediakan rujukan peperiksaan online yang lengkap dengan Contoh Soalan dan Jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan peperiksaan ini.

Dibawah ini merupakan pakej lengkap 3 Seksyen Peperiksaan SPA yang diolah khas untuk PERSEDIAAN AWAL calon sebelum menduduki peperiksaan nanti.

Terus dapatkan rujukan ini melalui link download sekarang dibawah!

Dapatkan semua 152 mukasurat rujukan Teknologi Mklumat F41 dibawah ni.

  • 45 Nota ringkas
  • 50 Contoh Soalan Seksyen A
  • 30 Contoh Soalan Seksyen B
  • 30 Contoh Soalan Seksyen C
  • 19 Formula (ms 81)
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Macam biasa, buat persediaan awal ! Kami nak berikan anda RUJUKAN KHAS exam kali ini..terus follow telegram dibawah ni untuk tidak terlepas sebarang hebahan.

Join channel Telegram ini – https://t.me/joinchat/AAAAAFXdTxLEW0eBRHIV-A

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online SPAnanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?