Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19. Anda calon Peperiksaan Online Pembantu Pustakawan S19 di Perpustakaan Negara Malaysia? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Pustakawan S19 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi temuduga SPA nanti.

Maklumat Gaji Pembantu Pustakawan S19

Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji Pembantu Pustakawan S19.

GAJI MINIMUM               : RM 1,352.00

GAJI MAKSIMUM           : RM 4,003.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Deskripsi Tugas Pembantu Pustakawan S19

Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.

Format Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19

Untuk makluman, peperiksaan kali ini dijalankan secraa online dan mempunyai format peperiksaan yang berbeza dengan ujian psikometrik.

Untuk peperiksaan pada 05 Mac 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Pembantu Pustakawan Gred S19
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 5 Mac 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian sahaja iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek pengetahuan am tentang kepustakawanan, undang-undang, kenegaraan dan isu semasa yang berkaitan.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pustakawan S19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pustakawan S19 untuk peperiksaan online ini.

1. Badan penyelaras utama di peringkat negeri yang menggerakkan kuasa eksekutif adalah

  • A. Menteri Besar
  • B. Ketua Menteri
  • C. Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • D. Setiausaha Kerajaan Negeri

2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B. Senator
  • C. Dewan Negara
  • D. Dewan Rakyat

3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan
Baca Juga  Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Perikanan G19

4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.

  • A. Senator
  • B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • C. Ahli Majlis
  • D. Ahli Dewan Negara

5. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :

  • A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
  • B. Menjana sinergi multisektor
  • C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
  • D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

6. Darjah Kebesaran Persekutuan pangkat yang tertinggi dianugerahkan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing ialah

  • A. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
  • B. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
  • C. Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N)
  • D. Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M)

7. Berikut merupakan ciri-ciri konsep Demokrasi Berparlimen KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa mutlak.
  • B. Kebebasan rakyat untuk memilih perwakilan melalui pilihan raya.
  • C. Pembahagian kuasa kepada tiga komponen dalam pemerintahan kerajaan.
  • D. Membenarkan penubuhan parti-parti politik.

8. Seorang anak Malaysia yang pernah memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • A. Tan Sri Dato’ Razali Ismail
  • B. Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis
  • C. Dato Seri Anifah Aman
  • D. Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin

9. Konsflik atau sengketa semasa, di wilayah Laut China Selatan adalah berkaitan isi

  • A. Zon Ekonomi Eksklusif
  • B. Kepulauan Spratly
  • C. Ancaman peluasan pengaruh negara China
  • D. Tuntutan Filipina terhadap Sabah

10. Antara berikut yang manakah pentadbiran dibawah Pihak Berkuasa Tempatan Khas?

  • A. Perbadanan Putrajaya
  • B. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • C. Majlis Perbandaran Sandakan
  • D. Majlis Bandaraya Seberang Perai

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Pustakawan S19

Demi membantu calon membuat persediaan menduduki peperiksaan ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris spa.

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris.

Soalan No. 1 hingga 5 berpandukan teks dibawah.

Read and answer.

                On April 14, 1945, the Chief cashier of the main branch of Berlin’s Reichsbank, George Netzeband, was entrusted with 164 jute sacks containing 730 bars of gold. He was to take the treasure to an abandoned potash mine near the town of Merkers in Thuringia, central Germany, where the Nazis had hoarded much of the booty.

It was assumed that the treasures would be safer in Merkers than Berlin, which was being subjected to heavy aerial bombardment. But this proved to be a serious miscalculation; six days earlier, the city, the potash mine and the treasure hidden there had fallen into the hans=ds of advancing American forces.

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Teknologi Maklumat F41

It was essential to the Nazi government that the Berlin’s hoard should not be allowed to fall into enemy hands. Netzeband instead headed south towards the Apls with a lorry containing the gold. But as the government front collapsed, a safe hiding place became increasingly elusive. Then, suddenly, a man became involved, who was to become the key figure in the whole affair. It was Colonel Franz Pfeiffer, commander of the Alpine division. He had been tipped off about the gold by friends in Berlin. When Netzeband arrived in the mountains, Pfeiffer seized the valuable cargo. The gold ingots were too bulky and heavy to be carried further through the mountains so Pfeiffer left them; concealed in place. It is believed that the treasures are still hidden in the Alps.- Amazing tales from times gone (RD) by Frank J. Muller

1. Choose the true fact about George Netzeband, He______

  • A) took the bars of gold to an abandoned potash mine in Merkers
  • B) was the chief cashier at the main branch of Berlin’s Reichsbank
  • C) tipped off about the gold to his friend, Colonel Franz Pfeiffer
  • D) left the gold bars at the a safe hidden place in the mountains

2. Why did Netzeband headed south towards the Alps with the gold bars?

  • A) run from American forces
  • B) Alps divison is the safest way to Berlin’s Merkers
  • C) to avoid the gold bar to have been stolen by American forces
  • D) to hidden the treasures in the mountains

3. From the passage we know that

  • A) Berlin was the safest place for the Nazis to hide their treasures
  • B) 164 jute sacks containing 730 bars of gold had fallen to American forces
  • C) Netzeband and Pfeiffer had planned to steal the gold bars
  • D) The Nazis kept all their valuable stolen goods at the abandoned mine

4. Choose the correct meaning of the word booty in paragraph 1.

  • A) Two rounded prominences on the torso that are posterior to the hips
  • B) Large strong box, typically made of wood, used for storage or transport
  • C) Valuable stolen goods, especially those seized in war
  • D) Precious stone consisting of clear and colourless crystalline
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29

5. The word essential can best be replaced with

  • A) trivial
  • B) crucial
  • C) needed
  • D) voluntary

6. Choose the best answer.

Samad arrived ____________than Hassan but Karim arrived________.

  • A) after, later
  • B) later, last
  • C) last, after
  • D) last, later

7. Choose the best answer.

He told us that he was going____________.

  • A) about
  • B) off
  • C) away
  • D) upon

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA?

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Pembantu Pustakawan S19 ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?