Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19. Anda calon peperiksaan online Pembantu Syariah LS19 bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.
Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Bomba Gred KB19 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Syariah LS19 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.
Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.
Format Peperiksaan Pembantu Syariah LS19
Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.
Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.
Semakan peperiksaan – KLIK SINI
Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:
- Pembantu Syariah Gred LS19
- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta di Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan :13 Februari 2020
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19
Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Syariah LS19
Dibawah ini adalah 5 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Syariah LS19 untuk peperiksaan online ini.
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
- A) 470
- B) 581
- C) 766
- D) 786
2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
- A) 112.50 liter
- B) 160 liter
- C) 161.25 liter
- D) 170 liter
3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
- A) RM1008
- B) RM1280
- C) RM1568
- D) RM1640
4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
- A) 1600
- B) 1861
- C) 1849
- D) 1936
5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
- A) RM1,356
- B) RM2,712
- C) RM4,294
- D) RM7,006
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Syariah LS19
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
NOTICE OF WATER DISTRUPTION
We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.
1. The water distruption happened because of
- A) the shut down of the Water Treatment Plant.
- B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
- C) the large scale work at the plant.
- D) the big number of consumer accounts.
2. The water distruption will affects residents
- A) of the four districts mentioned above
- B) living in 348 areas in Selangor
- C) with consumer accounts in the four districts
- D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant
3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.
- A) retardation
- B) obstruction
- C) suspension
- D) disturbance
4. Choose the best answer.
The driver stopped the car _______________.
- A) diligently
- B) arrogantly
- C) abruptly
- D) adversely
5. Choose the correct spelling.
- A) distruction
- B) destraction
- C) destruction
- D) dastrection
4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA
1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan
Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Masa Menjawab Tak Cukup
Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.
3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana
Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.
4. Perlu Faham Setiap Seksyen
Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.
Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Pembantu Syariah LS19?
Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Syariah Gred LS19
Sekiranya peperiksaan kali ini bukan peperiksaan PSEE seperti diatas, tetapi Ujian Psikometrik, anda boleh dapatkan 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah LS19 beserta soalan dan jawapan.
Terus muat turun soalan-soalan psikometrik ini dan gunakan untuk persediaan Ujian Psikometrik 03 Jun 2020 (Rabu) nanti.

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Syariah LS19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
3 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19”