Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29. Adakah anda calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S29 bulan ini? Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa Contoh Soalan Peperiksaan SPA Terkini untuk memudahkan anda membuat latih-tubi ulangkaji.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

Sekiranya anda terpanggil untuk Peperiksaan Online SPA PSEE Penolong Pegawai Penerangan S29 bulan ini, pastinya anda tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk persediaan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda semua atas panggilan peperiksaan PSEE ini.

Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA

Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.

Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.

Format Peperiksaan SPA Terkini Penolong Pegawai Penerangan S29

Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.

Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 3 bahagian peperiksaan iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Ingeris.

Namun, pada sesi Julai 2020 ini pihak SPA memberikan 2 bahagian sahaja iaitu :

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29
  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Penjadualan Peperiksaan SPA Terkini

  • Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 08 Julai 2020
  • Masa Peperiksaan : 02:00 Petang – 03:00 Petang

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penerangan S29

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.

1. Sebuah bekas mengandungi kad-kad yang bernombor 0 hingga 50. Jika satu kad dipilih secara rawak apakah kebarangkalian untuk mendapat kad yang mempuntai digit 0?

  • A) 1/10
  • B) 1/51
  • C) 3/25
  • D) 6/51

2. Karung biru 1.5 kg lebih berat daripada karung merah. Karung hijau 300g lebih berat daripada karung karung kuning. Karung kuning pula ½ daripada berat karung biru. Karung manakah yang paling berat?

  • A) Merah
  • B) Kuning
  • C) Biru
  • D) Hijau

3. Ungkapkan 0.0003998 x 0.1 dalam bentuk piawai.

  • A) 3.998 x 10⁵
  • B) 3.998 x 10⁴
  • C) 3.998 x 10⁻⁴
  • D) 3.998 x 10⁻⁵

4. Ali membeli 25kg timun berharga RM87.50 dan 1kg tomato berharga RM1 lebih mahal daripada harga 1 kg timun. Berapakah jumlah harga bagi 35kg timun dan 45kg tomato?

  • A) RM202.50
  • B) RM280.00
  • C) RM325.00
  • D) RM356.50

5. {400, 441, P, 529, Q, 625}. Oleh itu, P + Q =?

  • A) 1,028
  • B) 1,029
  • C) 1,059
  • D) 1,060

6. 3/5 daripada 112.5 meter tali digunakan untuk mengikat 20 buah karung. Selebihnya digunakan untuk mengikat 15 buah kotak dan bakinya hanya tinggal 2.5 meter. Berapakah jumlah ukuran tali yang digunakan untuk mengikat sebuah karung dan sebuah kotak?

  • A) 2.83 m
  • B) 5.3 m
  • C) 6.2 m
  • D) 70.3 m

7. Jumlah berat bekas P dan Q ialah 338kg. Berapakah berat bekas P jika beratnya 5kg lebih ringan berbanding bekas Q?

  • A) 164.0kg
  • B) 166.5kg
  • C) 171.5kg
  • D) 176.5kg
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Kawalan Trafik Udara A41

8. Ali mempunyai tabung yang berisi 125 keping syiling 50 sen, 225 keping syiling 20 sen, 350 keping syiling 10 sen dan bilangan syiling 5 sen adalah sebanyak 3 kali bilangan syiling 50 sen. Berapakah jumlah nilai wang Ali di dalam tabung tersebut?

  • A) RM161.25
  • B) RM330.00
  • C) RM517.50
  • D) RM825.00

9. Sebuah bekas mengandungi 4 jenis buah iaitu timun, tomato, terung dan limau yang kesemuanya berjumlah 1,360 biji. Buah timun adalah sebanyak 340 bijibersamaan 2 kali jumlah bilangan buah tomato. Berapakah bilangan buah limau jika bilangannya adalah 1.5 kali jumlah bilangan buah terung?

  • A) 170
  • B) 510
  • C) 765
  • D) 850

10. Ali menjual jambu dengan harga RM5.00 bagi setiap 6 biji.Berapakah bilangan jambu yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM612.50 iaitu 35% daripada jumlah hasil jualannya?

  • A) 350
  • B) 2,100
  • C) 2,450
  • D) 2,500

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Penerangan S29

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.

1. The water distruption happened because of

  • A) the shut down of the Water Treatment Plant.
  • B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
  • C) the large scale work at the plant.
  • D) the big number of consumer accounts.

2. The water distruption will affects residents

  • A) of the four districts mentioned above
  • B) living in 348 areas in Selangor
  • C) with consumer accounts in the four districts
  • D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant

3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

  • A) retardation
  • B) obstruction
  • C) suspension
  • D) disturbance
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

Punca Kegagalan Ramai Calon Peperiksaan SPA

Antara puluhan ribu calon yang menduduki sesebuah peperiksaan online SPA, anda mungkin calon yang akan GAGAL! Jika..anda TIDAK MEMBUAT sebarang PERSEDIAAN AWAL!

Ya, anda pasti akan terkejut melihat soalan yang dah lama anda tinggalkan tiba-tiba muncul semula dalam peperiksaan ini.

Masa merupakan kekangan utama dalam menjawab soalan peperiksaan SPA. Kebiasaannya, masa yang diberikan untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah adalah 25 minit, untuk menjawab soalan matematik berjumlah 20 soalan aneka pilihan.

Anda hanya ada masa 1.25 minit sahaja untuk selesaikan soalan matematik tersebut! Cukup tak masa itu?

Tanpa persediaan yang RAPI, anda akan gagal menjawab dengan tepat soalan tersebut. Anda perlu dapatkan sebanyak mungkin bahan untuk dijadikan Rujukan & Latih Tubi untuk Exam SPA ini.

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Untuk mendapatkan info, rujukan, nota dan EXTRA BONUS untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan S41 ini, terus join channel telegram dibawah.

Join channel telegram ini – https://t.me/joinchat/AAAAAE_E1H17P4UKRwJsRA

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?