Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 | Adakah anda calon peperiksaan online PSEE jawatan Penolong Pegawai Perangkaan E29? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh-contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 untuk kemudahan anda buat persediaan menghadapi peperiksaan SPA nanti.

Peperiksaan online PSEE untuk Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri temuduga nanti. Penempatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 adalah di Jabatan Perangkaan Malaysia.
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29
Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.
Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.
Semakan peperiksaan – KLIK SINI
Untuk peperiksaan online tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:
- Jawatan: Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
- Kem/Jabatan: Jabatan Perangkaan Malaysia
- Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 15 Januari 2020
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29
Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 3 bahagian iaitu;
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Walaubagaimanapun, seksyen peperiksaan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa pihak SPA. Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ini boleh jadi seksyen pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah sahaja. Ataupun, hanya daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.
Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Perangkaan E29
1. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah
- A. Mahkamah Persekutuan
- B. Mahkamah Rayuan
- C. Mahkamah Sesyen
- D. Mahkamah Tinggi
2. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?
- A. Ketua Hakim Negara
- B. Hakim-Hakim Besar
- C. Ketua Menteri Sabah
- D. Ketua Menteri Sarawak
3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.
- A. Mahkamah Sesyen
- B. Mahkamah Tinggi
- C. Mahkamah Persekutuan
- D. Mahkamah Rayuan
4. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali
- A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
- B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
- C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
- D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia
5. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
- A. Yang di-Pertuan Agong
- B. Senator
- C. Dewan Negara
- D. Dewan Rakyat
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Perangkaan E29
Dibawah ini adalah 5 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online ini.
1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?
- A) 500
- B) 550
- C) 600
- D) 650
2. Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43
- A) 23
- B) 38
- C) 40
- D) 9
3. Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?
- A) 2
- B) 6
- C) 8
- D) 12
4. Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majkan tersebut?
- A) 1,797
- B) 1,198
- C) 2,396
- D) 3,396
5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?
- A. 191.03
- B. 190.00
- C. 192.00
- D. 191.14
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Perangkaan E29




Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!
3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Dapatkan Panduan Dan Rujukan Peperiksaan Online SPA Penolong Pegawai Perangkaan E29
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa inggeris Penolong Pegawai Perangkaan E29 ini?

P/S: Selepas pembayaran dan pengesahan dibuat, link akses untuk download ebook ini akan terus dihantar ke email anda. Tiada istilah pengeposan lagi, ebook ini terus anda akan dapat melalui email. Beli sekarang, dapat sekarang!
Seksyen A – Pengetahuan Am
- Nota Tentang Perlembagaan, Undang-Undang Negara
- Contoh Soalan Pengetahuan Am
- Jawapan
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Formula Ringkas Matematik
- Nota Matematik
- Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
- Cara Penyelesaian & Jawapan
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
- Nota Tatabahasa Inggeris
- Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
- Contoh Soalan Esei dan Tatabahasa
- Jawapan
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Perangkaan E29 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ini.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
4 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29”