Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29. Adakah andacalon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Syariah LS29 bulan ini?Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am dan Kefahaman Bahasa Inggeris . Bahagian ini adalah Seksyen A dalam peperiksaan online SPA Penolong Pegawai Syariah LS29 pada 08 Disember 2021 nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29

Sekiranya anda terpanggil untuk Peperiksaan Online SPA PSEE Penolong Pegawai Syariah LS29 bulan ini, pastinya anda tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk persediaan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda semua atas panggilan peperiksaan PSEE ini.

Penjadualan Peperiksaan Terkini Penolong Pegawai Syariah LS29

Berikut adalah penjadualan peperiksaan PSEE terkini Penolong Pegawai Syariah LS29 untuk tahun 2021 ini.

  • Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
  • Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 08 Disember 2021
  • Masa Peperiksaan : 2:00 petang – 3:00 petang

Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA

Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.

Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29

Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.

Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 3 bahagian peperiksaan iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Ingeris.

Namun, pada sesi DISEMBER 2021 ini pihak SPA memberikan 2 bahagian sahaja iaitu :

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penyelidik Q41

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum hal-hal yang berkaitan dengan bidang jawatan, pentadbiran kerajaan, lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan menjawab soalan-soalan bahasa inggeris. Anda akan diberikan pernyataan/essei dan menjawab mengikut pemahaman anda. Selain itu, anda akan diajukan soalan-soalan tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Syariah LS29

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29 untuk gambaran awal anda.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua Menteri Sabah
  • D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

3. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan

II. Mahkamah Rayuan

III. Mahkamah Tinggi Malaya

IV. Mahkamah Tinggi Borneo

  • A. I dan II
  • B. I, II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II, III dan IV

4. Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

5. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

6. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A. Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B. Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C. Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D. Dipilih oleh Majlis Raja-raja

7. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

  • A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  • B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  • C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  • D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Baca Juga  Penolong Jurutera JA29 – Contoh Soalan dan Jawapan Peperiksaan

8. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali

  • A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
  • B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
  • C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
  • D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia

9. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

  • A. Peguam Negara
  • B. Perdana Menteri
  • C. Yang di-Pertuan Agong
  • D. Yang di-Pertua Dewan Negara

10. Apakah yang akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.

  • A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
  • B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
  • C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
  • D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Syariah LS29

Dibawah ini merupakan 5 Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Syariah LS29 untuk gambaran awal anda.

Soalan No. 1 hingga 2 berpandukan teks dibawah.

Read the phone conversation and answer the questions.

  • Paul: Hello, this is Paul. Can I speak to Gwen?
  • Tara: Hello Paul, this is Tara. Gwen is out for lunch. Do you want to leave a message?
  • Paul: Hmmm, let’s see…Will she be back by 2 pm?
  • Tara: No, she won’t be back until 4. She said she will do some shopping after lunch.
  • Paul: I see. Can you tell her to call me later?
  • Tara: Sure, I will let her know that you call.

1. From the dialog we know that

  • A) Gwen is out to do some shopping
  • B) Paul has left a message to Gwen
  • C) Tara and Gwen are living together
  • D) Paul is expecting to see Gwen at 4 pm

2. The statements are true except

  • A) Gwen is a woman
  • B) Tara and Gwen are friends
  • C) Paul will wait for Gwen’s call
  • D) Gwen is a shopaholic

3. Choose the best answer.

Where are Joey and Jenny? Didn’t you invite __________ ?

  • A) us
  • B) them
  • C) they
  • D) their

4. Choose the best answer.

It  rained ___________ we stayed home.

  • A) as
  • B) if
  • C) for
  • D) so
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

5. Choose the best answer.

My neighbour adopted a ____________ Australian Shepherd.

  • A) bid beautiful white
  • B) beautiful big white
  • C) white big beautiful
  • D) beautiful white big

Punca Kegagalan Ramai Calon Peperiksaan SPA

Antara puluhan ribu calon yang menduduki sesebuah peperiksaan online SPA, anda mungkin calon yang akan GAGAL! Jika..anda TIDAK MEMBUAT sebarang PERSEDIAAN AWAL!

Ya, anda pasti akan terkejut melihat soalan yang dah lama anda tinggalkan tiba-tiba muncul semula dalam peperiksaan ini.

Masa merupakan kekangan utama dalam menjawab soalan peperiksaan SPA. Kebiasaannya, masa yang diberikan untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris adalah 25 minit, untuk menjawab soalan matematik berjumlah 20 soalan aneka pilihan.

Anda hanya ada masa 1.25 minit sahaja untuk selesaikan soalan matematik tersebut! Cukup tak masa itu?

Tanpa persediaan yang RAPI, anda akan gagal menjawab dengan tepat soalan tersebut. Anda perlu dapatkan sebanyak mungkin bahan untuk dijadikan Rujukan & Latih Tubi untuk Exam SPA ini.

Dapatkan Rujukan Ebook Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29 ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?