Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor) N29 . Tahniah, kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Antara ribuan calon yang memohon, anda adalah antara calon yang bertuah. Ini kerana anda berjaya dalam tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor) Gred N29 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk makluman anda, untuk panggilan peperiksaan online yang terkini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Oktober 2019 dan 31 Oktober 2019

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Pihak SPA telah menetapkan format peperiksaan kali ini dalam 2 bahagian iaitu:

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon perlu menjawab secara atas talian dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Walaupun anda berada di luar negara.

Asalkan calon log in ketika peperiksaan tersebut. Saya percaya anda boleh jawab terus jer.

Sebelum menduduki peperiksaan pastikan anda mempunyai :

  • Sambungan internet yang pantas
  • Laptop atau desktop
  • Paling penting adalah persediaan menjawab soalan penolong pegawai tadbir n29 nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen a iaitu daya menyelesaikan masalah calon dikehendaki menjawab 20 soalan dalam bentuk kemahiran logik, kemahiran mengintrepretasi data dan konsep matematik dan akaun.

Calon perlu menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit sahaja. Ini bermakna calon perlu menjawab satu soalan dalam masa 1.25 minit saja.

Sebelum anda menduduki peperiksaan ini anda boleh melihat dan cuba menjawab contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah untuk penolong pegawai tadbir N29 dibawah ini.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen b ini pula iaitu kefahaman bahasa inggeris, calon dikehendaki menjawab dalam bahasa inggeris. Tujuannya adalah untuk menilai tahap penguasaan bahasa inggeris calon.

Baca Juga  Jawatan Kosong SPA Kerajaan Negeri Kedah

Dalam seksyen b ini, calon perlu menjawab 20 aneka pilihan dalam masa 20 minit sahaja. Bermakna, calon perlu menjawab satu soalan dalam masa 1 minit.

Dibawah ini merupakan contoh petikan berdasarkan esei dan soalan tatabahasa bahasa inggeris.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)

Anda bertuah kerana terdapat rujukan nota dan contoh soalan yang anda boleh dapatkan yang boleh digunakan sebagai ulangkaji dan panduan dalam membuat persediaan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Dalam rujukan ini, anda akan memperolehi Nota dan Contoh untuk Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah dan Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris.

Anda boleh dapatkan melalui link dibawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Perangkawan E41
download ebook percuma pdf

Saya doakan semoga berjaya dalam peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 25 Oktober dan 31 Oktober 2019 nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?