Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Gred B29

Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Gred B29. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Pereka Gred B29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda yang telah melepasi tapisan awal pihak SPA, anda adalah calon yang menepati kelulusan dan pengkhususan akademik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Gred B29

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris. Kami pasti anda mahu membuat persediaan awal menduduki peperiksaan online Pereka B29 ini nanti.

Format Peperiksaan Online Pereka Gred B29

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pihak SPA hanya berikan Ujian Psikometrik kepada jawatan gred 19. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2020 ini nampaknya pihak SPA mengubah sedikit format soalan dengan peperiksaan Pengetahuan  Am, Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Untuk peperiksaan Pereka Gred B29 kali ni, calon akan menjawab 2 bahagian/seksyen iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dibawah ini adalah sedikit penerangan berkaitan seksyen-seksyen yang akan anda jawab nanti. Perlu faham, beza Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik. Baca penerangan dibawah untuk maklumat lanjut.

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum hal-hal berkaitan dengan bidang jawatan, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

  • Masa: 25 minit
  • Soalan: 30 (Aneka pilihan)

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

  • Masa: 20 minit
  • Soalan: 20 (Aneka pilihan)

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka B29

Bagaimana anda nak buat persediaan awal peperiksaan online jika anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini?

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Seperti yang diterangkan diatas, setiap bahagian mempunyai bentuk soalan yang berlainan. Kami akan kongsikan dengan anda contoh soalan pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris untuk memudahkan anda semasa exam nanti.

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak Examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka B29 iaitu Seksyen A dalam peperiksaan SPA nanti.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua Menteri Sabah
  • D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

3. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan

II. Mahkamah Rayuan

III. Mahkamah Tinggi Malaya

IV. Mahkamah Tinggi Borneo

  • A. I dan II
  • B. I, II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II, III dan IV

4. Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

5. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

6. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A. Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B. Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C. Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D. Dipilih oleh Majlis Raja-raja

7. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

  • A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  • B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  • C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  • D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29

8. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali

  • A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
  • B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
  • C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
  • D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia

9. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

  • A. Peguam Negara
  • B. Perdana Menteri
  • C. Yang di-Pertuan Agong
  • D. Yang di-Pertua Dewan Negara

10. Apakah yang akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.

  • A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
  • B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
  • C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
  • D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pereka B29

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris.

Soalan No. 1 hingga 3 berpandukan teks dibawah.

Read the notice and answer the questions.

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.

1. The water distruption happened because of

  • A) the shut down of the Water Treatment Plant.
  • B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
  • C) the large scale work at the plant.
  • D) the big number of consumer accounts.

2. The water distruption will affects residents

  • A) of the four districts mentioned above
  • B) living in 348 areas in Selangor
  • C) with consumer accounts in the four districts
  • D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

  • A) retardation
  • B) obstruction
  • C) suspension
  • D) disturbance

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Beserta Skema Jawapan Pereka B29

Anda bertuah kerana berada di website examspa8i.com ini, kami mahu membantu anda untuk LULUS dalam peperiksaan online Pereka B29 dengan jayanya!

Pihak Tim Infokerjaya telah menyediakan Rujukan, Nota dan Contoh Soalan Beserta Skema Jawapan untuk membantu calon-calon peperiksaan SPA membuat latih tubi sebagai langkah awal calon membuat persediaan menghadapi exam Pereka B29 nanti.

Untuk dapatkan rujukan & contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

Selepas pengesahan pembayaran, link akses untuk download ebook ini akan diemailkan kepada anda. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana ebook ini adalah Buku Digital (PDF). Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Peperiksaan Online Pereka Gred B29 Terkini

  • Pereka Gred B29
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 2 Disember 2021
  • Masa Peperiksaan : 2:00 petang – 3:00 petang

Kami berharap, dengan perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Gred B29 ini membantu calon dalam exam spa online nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?