Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian. Calon yangdipanggil menduduki peperiksaan online spa Pembantu Pembedahan Pergigian perlu manfaatkan peluang keemasan ini untuk LULUS dalam peperiksaan online PSEE SPA yang akan diadakan tak lama lagi!

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Sekiranya anda terpanggil untuk Peperiksaan Online SPA Pembantu Pembedahan Pergigian bulan ini, pastinya anda tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk persediaan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda semua atas panggilan peperiksaan PSEE ini.

Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA

Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.

Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.

Format Peperiksaan SPA Terkini Pembantu Pembedahan Pergigian

Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.

Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 3 bahagian peperiksaan iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Ingeris.

Namun, pada sesi MAC 2020 ini pihak SPA memberikan 2 bahagian utama iaitu :

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Jadual Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Untuk semakan penjadualan peperiksaan SPA, anda boleh menyemak melalui laman portal SPA8i, melayari Fan Page SPA di Facebook dan menyemak email panggilan menduduki peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang terkini, pihak SPA akan mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini:-

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian (Sabah/Sarawak/Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020 (Isnin)
  • Masa Peperiksaan: 11:30 Pagi – 12:30 Tengah Hari

Nota: Bilangan kekosongan jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah 100 lantikan

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Baca Juga  Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian  untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua Menteri Sabah
  • D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

3. Pihak Berkuasa Tempatan terletak di bawah bidang kuasa

  • A. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • B. Jabatan Kerajaan Tempatan
  • C. Kerajaan Negeri
  • D. Kerajaan Persekutuan

4. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru memberi tumpuan kepada

  • A. Model ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif serta mampan
  • B. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira etnik dan penghapusan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
  • C. Pembinaan keutuhan dan daya saing negara
  • D. Pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosioekonomi antara masyarakat.

6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

  • A. India
  • B. Filipina
  • C. Singapura
  • D. Bangladesh

7. Salah satu aspek yang ditekankan oleh inisiatif Pembaharuan Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah

  • A. Menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran
  • B. Membina infrastruktur bertaraf dunia
  • C. Menyatupadukan semua rakyat
  • D. Mengukuhkan sektor awam

8. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

  • A. Acrobat Reader
  • B. Visio
  • C. Word
  • D. Publisher

9. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

  • A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
  • B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
  • C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
  • D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

10. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

  • A. Hubungan Wireless
  • B. Persidangan Video
  • C. Internet
  • D. Intranet

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Pembedahan Pergigian

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris

Title : Road Safety

The total number of deaths and injuries due to road accidents increases year after year despite numerous campaigns held in order to curb the situation. Effects arising from road accidents include loss of life which results in loss of human resource to a certain extent. It also causes damage to property. The rise in the number of road accidents reflects on the safety of one of Malaysia’s main medium of transportation. This reflects the country’s image which in turn affects our tourism industry, an important source of our country’s gross income.

Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Human factors has always been the center of blame and fault when it comes to road accidents. Carelessness resulting from various factors including pressure, driving under the influence of drugs and alcohol, and also the act of doing something else like talking on a mobile phone or text messaging is often the cause. Another human factor which leads to accidents is the tendency to speed on the road. Whether it’s to get to a destination on time or to boast a car’s power and size, speeding is simply an act portraying the disregard of human life.

Another factor is the road condition themselves. Although access to expressways and interstate highways are present, traffic builds up easily, causing major congestions, especially during festive seasons. The overall quality of road systems in some parts of this country is still considered poor. As for the vehicles themselves, some are not properly inspected and regularly maintain. What’s worse, many car owners make excessive modifications not according to road safety rules and specifications. Furthermore the lack of road safety and traffic enforcement has always been another factor to blame.

Road safety should be improved by shaping the human factor at various levels, including road safety education at schools, driving school and learning centers, and also through the media campaigns. New laws and road safety regulations should be drafted and enforced. In addition, road transportation management should be researched and revised wherever necessary. Upgrading of the current road systems and utilities should also be considered.

This includes and overhead bridge for pedestrians, maintenance and calibration of traffic lights and also the repair and maintenance of damaged roads and improvement of old roads. To achieve this, the contractors involved in road construction, maintenance and repair must be monitored and accounted for. Vehicles must undergo regular inspection, whether it’s a commercial truck, lorry or a private owner’s car. Such practices must be encouraged, especially before long travelling periods during the festive season for example. Commercial vehicles should go through periodic maintenance and servicing. To complement all that, enforcement of road safety and traffic regulations is a must.

As a conclusion, the awareness and cooperation of all parties is required in order to curb the problem of road accidents. This will help reduce road fatalities, unnecessary damage to property and helps portray Malaysians as civilized people responsible on the road.

Baca Juga  Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

1 All answers below are the effects that rises from road accident EXCEPT

  • A. loss of life
  • B. loss of human resources
  • C. property damage
  • D. increase awareness

2. The rise in the number of road accidents affects our _____industry.

  • A. tourism
  • B. business
  • C. agriculture
  • D. sport

3. Which following statement are true?

  • A. road systems in some parts of this country is still considered poor.
  • B. road systems in some parts of this country is still considered average.
  • C. road systems in some parts of this country is still considered same
  • D. road systems in some parts of this country is considered the best.

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

Punca Kegagalan Ramai Calon Peperiksaan SPA

Antara puluhan ribu calon yang menduduki sesebuah peperiksaan online SPA, anda mungkin calon yang akan GAGAL! Jika..anda TIDAK MEMBUAT sebarang PERSEDIAAN AWAL!

Ya, anda pasti akan terkejut melihat soalan yang dah lama anda tinggalkan tiba-tiba muncul semula dalam peperiksaan ini.

Masa merupakan kekangan utama dalam menjawab soalan peperiksaan SPA. Kebiasaannya, masa yang diberikan untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris adalah 25 minit, untuk menjawab soalan matematik berjumlah 20 soalan aneka pilihan.

Anda hanya ada masa 1.25 minit sahaja untuk selesaikan soalan matematik tersebut! Cukup tak masa itu?

Tanpa persediaan yang RAPI, anda akan gagal menjawab dengan tepat soalan tersebut. Anda perlu dapatkan sebanyak mungkin bahan untuk dijadikan Rujukan & Latih Tubi untuk Exam SPA ini.

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Rujukan utama ini komprehensif untuk persediaan peperiksaan Separa Perubatan. Ianya mencakupi;

  • 49 Nota Ringkas Exam
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (157 Contoh Soalan & Jawapan)
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (30 Contoh Soalan & Jawapan)
  • Tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan
  • Pengetahuan Am kesihatan di Malaysia
  • Maklumat mengenai format TERKINI 2020
  • 150++ muka surat

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?