Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF

Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF. Adakah anda calon Peperiksaan Online PSEE Penguasa Bomba Gred KB41 pada bulan ini? Kami ucapkan tahniah, kerana anda berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjalani peperiksaan online. Jawatan Penguasa Bomba KB41 ini akan ditempatkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF

Untuk makluman anda, peperiksaan spa ini merupakan peringkat pertama tapisa SPA sebelum anda dipanggil menjalani Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan. Bukan mudah nak masuk perkhidmatan awam pada masa sekarang ni, peperiksaan dan ujian akan dilalui sebelum ditemuduga. Ini adalah bertujuan untuk menapis calon yang benar-benar layak dan menepati kriteria yang ditetapkan SPA dan Kementerian berkenaan.

Laluan kerjaya anda dalam Penguasa Bomba KB41, secara ringkasnya seperti dibawah:

Lulus Peperiksaan >>> Lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap & Penempatan

Anda baru sahaja, melangkah kaki kanan untuk menjawat jawatan penguatkuasa ini. Jawatan yang mempunyai pakaian uniform dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul.

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba KB41

Berikut adalah merupakan senarai tugas yang akan dipikul sebagai seorang Penguasa Bomba KB41 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Aspek Operasi

Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.

Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Penguatkuasaan

Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran

Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Aspek Latihan

Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan

Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

Syarat Lantikan Penguasa Bomba KB41

Kami yakin, anda yang nak cari maklumat dan rujukan tentang soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 ini telah menepati kehendak syarat lantikan yang ditetapkan pihak SPA.

Berikut adalah syarat lantikan Penguasa Bomba Gred KB41:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:         

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau
  4. ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73); atau
  5. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51); atau            
  6. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29); atau            
  7. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,612.07). dan  
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. dan       
  8. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa.             

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan                             

Syarat Lantikan Bekas Anggota Tentera

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruterbang dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(d) dan 1(e)         

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:             

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan       

had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan 2020

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41

Dalam peperiksaan yang akan dijalankan tak lama lagi, format peperiksaan adalah 3 seksyen iaitu seksyen pengetahuan am, seksyen daya menyelesaikan masalah(matematik) dan kefahaman bahasa inggeris.

Untuk artikel ini, kami kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan berkaitan soalan pengetahuan am Penguasa Bomba KB41.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini calon akan diuji secara umum hal-hal yang berkaitan dengan urusan berkaitan urusan kebombaan, keselamatan, bidang sosial, kenegaraan Malaysia dan lain lain perkembangan semasa.

Masa: 25 minit

Soalan: 20 (aneka soalan)

1. Badan penyelaras utama di peringkat negeri yang menggerakkan kuasa eksekutif adalah

  • A. Menteri Besar
  • B. Ketua Menteri
  • C. Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • D. Setiausaha Kerajaan Negeri

2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B. Senator
  • C. Dewan Negara
  • D. Dewan Rakyat

3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.

  • A. Senator
  • B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • C. Ahli Majlis
  • D. Ahli Dewan Negara

5. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :

  • A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
  • B. Menjana sinergi multisektor
  • C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
  • D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

6. Darjah Kebesaran Persekutuan pangkat yang tertinggi dianugerahkan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing ialah

  • A. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
  • B. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
  • C. Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N)
  • D. Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M)

7. Berikut merupakan ciri-ciri konsep Demokrasi Berparlimen KECUALI

  • A. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa mutlak.
  • B. Kebebasan rakyat untuk memilih perwakilan melalui pilihan raya.
  • C. Pembahagian kuasa kepada tiga komponen dalam pemerintahan kerajaan.
  • D. Membenarkan penubuhan parti-parti politik.

8. Seorang anak Malaysia yang pernah memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • A. Tan Sri Dato’ Razali Ismail
  • B. Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis
  • C. Dato Seri Anifah Aman
  • D. Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin

9. Konsflik atau sengketa semasa, di wilayah Laut China Selatan adalah berkaitan isi

  • A. Zon Ekonomi Eksklusif
  • B. Kepulauan Spratly
  • C. Ancaman peluasan pengaruh negara China
  • D. Tuntutan Filipina terhadap Sabah
Baca Juga  Nota Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29 Percuma PDF

10. Antara berikut yang manakah pentadbiran dibawah Pihak Berkuasa Tempatan Khas?

  • A. Perbadanan Putrajaya
  • B. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • C. Majlis Perbandaran Sandakan
  • D. Majlis Bandaraya Seberang Perai

Untuk soalan-soalan yang berkaitan Kebombaan, kami mengumpulkan beberapa topik yang mungkin ditanya dalam Seksyen Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29 nanti. Antara topik-topik tersebut adalah:

1. Misi dan Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

2. Tujuan penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3. Matlamat-matlamat strategik masa kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

4. Tugas-tugas perkhidmatan Bomba

5. Kuasa-kuasa perkhidmatan Bomba pada waktu kebakaran

6. Operasi kebombaan

7. Pengurusan Kebombaan

8. Keselamatan kebakaran

9. Kejuruteraan kebombaan

10. Akta Perkhidmatan Bomba 1988(Akta 341)

11. Asas mencegah kebakaran

12. Hal Ehwal Kebombaan

13. Penyiasatan kebakaran

14. Peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam membendung penularan COVID-19

15. Hal-hal semasa dalam dan luar negara

Dapatkan Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41

Kami telah ‘compile’ kan didalam sebuah eBook Rujukan Khas Exam Penguasa Bomba KB41 & Penolong Penguasa Bomba KB29 semua nota, rujukan dan soalan-soalan berkaitan exam ini.

Apa yang anda perlu buat adalah dapatkan eBook (buku digital dalam bentuk PDF) ini kerana bahan untuk pembelajaran anda semuanya disini. Buat LATIH TUBI dengan menggunakan bahan-bahan dan contoh soalan yang kami berikan.

Nak tahu lebih lanjut tentang rujukan khas ini (TERKINI 2020), terus join telegram dibawah atau terus whatsapp kami untuk mendapatkannya nanti.

Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF

Edaran ini adalah TERHAD! Bermula pada 15 November, jam10 pagi hingga 18 November, jam11.59 malam SAHAJA!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan. Kami akan terus emailkan AKSES LINK untuk download eBook ini. TIADA PENGEPOSAN akan dibuat, memandangkan eBook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Beli sekarang, dapat sekarang!

Join telegram >> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

Atau

Whatsapp >> https://penguasabombakb41kb29.wasap.my

Semoga dengan perkongsian Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF ini membantu anda menemui jalan terbaik untuk buat persediaan exam nanti.

Kami doakan kejayaan anda. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?