Panduan Peperiksaan Online SPA 2020
Panduan Peperiksaan Online SPA 2020. Adakah anda akan menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) SPA dalam masa terdekat? Anda merupakan calon yang bertuah kerana berjaya terpanggil peperiksaan online SPA ini.

Untuk makluman anda, peperiksaan online PSEE ini terdiri daripada peperiksaan online dan ujian psikometrik. Ianya merupakan 2 peperiksaan berbeza yang akan kami terangkan dibawah ini.
Format Peperiksaan Online PSEE SPA
Ada calon yang keliru dengan peperiksaan online SPA ini. Adakah peperiksaan online ini sama dengan ujian psikometrik? TIDAK!!
Lazimnya, pihak SPA membahagikan peperiksaan PSEE ini dalam 3 bahagian. Bahagian tersebut, disebut juga sebagai Seksyen yang mana boleh dibahagikan kepada:
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seskyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Format Ujian Psikometrik SPA
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap dalam Ujian Psikometrik ini. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.
Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Panduan Peperiksaan Online SPA 2020
Sebagai rujukan dan panduan anda menduduki peperiksaan online yang diadakan pihak SPA, berikut adalah beberapa soalan-soalan lazim untuk menjawab kerunsingan anda.
1. Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan ?
- Pengecualian peperiksaan hanya diberikan kepada calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Calon-calon Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) perlu menduduki peperiksaan.
2. Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan ?
- Calon hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di pautan http://www.spa.gov.my.. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).
3. Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan ?
- Peperiksaan hanya akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada kementerian/jabatan.
4. Bolehkah calon menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan ?
- Tidak boleh kerana urusan peperiksaan diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
5. Bagaimanakah calon dipanggil untuk menduduki peperiksaan ?
- Calon akan dimaklumkan melalui SMS, emel dan paparan Portal SPA sahaja.
6. Adakah calon perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk peperiksaan online ?
- Tidak. Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan internet.
7. Di manakah saya boleh mendapatkan panduan peperiksaan secara online ?
Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online boleh mendapatkan panduan mengenai peperiksaan melalui tiga cara iaitu:
- i) Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan
- ii) Pautan melalui Portal SPA
- iii) Video ‘Panduan Peperiksaan Online SPA’ melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=mnOR9agm1Hg&feature=youtu.be
Rujukan Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik
Hampir setiap bulan, pihak SPA mengadakan panggilan temuduga dan penjadualan peperiksaan online. Bagi calon yang pertama kali menduduki peperiksaan ini mungkin anda risau bagaimana cara untuk buat persediaan, kerana langsung tiada gambaran bentuk soalan yang akan dijawab nanti.
Pihak kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan dan Rujukan Ujian Psikometrik dengan contoh soalan peperiksaan seperti soalan sebenar peperiksaan diadakan pihak SPA.
Dibawah ini adalah 2 Ebook Rujukan Seksyen dan Ebook Ujian Psikometrik untuk membantu anda membuat persediaan sebelum peperiksaan nanti.
Dapatkan Rujukan Peperiksaan Seksyen A B C SPA

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik SPA

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Semoga dengan perkongsian Panduan Peperiksaan Online SPA 2020 ini membantu calon membuat persediaan untuk LULUS peperiksaan dan ujian psikometrik SPA nanti.
Semoga berjaya!
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Makmal C19
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruteknik Komputer FT19
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Inventori Diagnostik Personaliti JPA
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kurator Gred S41
Saya dah beli tapi belum dapat ebook ni macam mana ya?
Dah dapat ke? kalau belum sila semak email atau spam, akses link sudah diemailkan..thanks