Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1. Anda calon Peperiksaan Online Laskar Kelas II Maritim Gred T1 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bulan Oktober ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim Gred T1 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.

Maklumat Perjawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Untuk pengisian jawatan kali ini, pihak SPA telah iklankan kekosongan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 pada bulan September 2020 lepas. Berikut adalah maklumat perjawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1
  • Jawatan: Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Kementerian/Jabatan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jumlah Kekosongan: 185
  • Simpanan: 20

Format Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 23 Oktober 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1
  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 AADK

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim Gred T1 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A) 470

B) 581

C) 766

D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% – 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter

B) 160 liter

C) 161.25 liter

D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L  

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008

B) RM1280

C) RM1568

D) RM1640

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

A) 1600

B) 1861

C) 1849

D) 1936

Cara Penyelesaian:

√1600 = 40

√1861 = 43.13

√1849 = 43

√1936 = 44

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

Baca Juga  Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Perikanan G19

A) RM1,356

B) RM2,712

C) RM4,294

D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2

B) 4

C) 6

D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²

B) 4704cm²

C) 21,952cm³

D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685

B) 895

C) 1.520

D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5

B) 15

C) 46

D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010

B) RM1,120

C) RM2,240

D) RM2,280

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan eBook Rujukan Peperiksaan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan daya menyelesaikan masalah Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini? Dapatkan rujukan ni dulu ye..

Dibawah ni merupakan eBook Extra Seksyen untuk persediaan awal anda nanti.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Join Telegram ni >> https://t.me/joinchat/AAAAAFbJYsb_0mmu5XaGMw

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Laskar Kelas II Maritim T1 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?