Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19. Adakah anda berjaya dipanggil menduduki Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19? Pastinya, anda sedang dalam usaha mencari bahan-bahan rujukan, latih tubi dan nota-nota untuk dijadikan persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan ini.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Untuk pengetahuan anda, hanya calon yang berjaya melepasi Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19 ini yang akan dipanggil menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan. Sesi temuduga pula akan diadakan selepas sesi pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecerdasan ini. Anda perlu melepasi Peperiksaan Online dan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan ini terlbih dahulu sebelum menjalani temuduga SPA.

Format Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Untuk peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 kali ini, bukan Ujian Psikometrik tetapi Peperiksaan Online PSEE yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Jadual Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 Terkini

Untuk peperiksaan online Tahun 2020 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Jawatan: Pegawai Imigresen Gred KP19
  • Kem/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 10 Julai 2020 (Jumaat)
  • Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Gred B19

Sebagai gambaran awal calon tentang bentuk soalan peperiksaan, kami akan kongsikan beberapa contoh soalan untuk seksyen A daya menyelesaikan masalah.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online SPA.

1. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

  • A. 2 Jam 15 Minit
  • B. 2 Jam 25 Minit
  • C. 2 Jam 35 Minit
  • D. 2 Jam 45 Minit

JAWAPAN: A

2. Firdaus mempunyai tiga beradik. Umur Firdaus adalah separuh daripada umur abangnya. Umur adik Firdaus pula adalah 8 tahun kurang daripada umur Firdaus. Jika purata umur mereka bertiga adalah 16 tahun, berapakah umur abang Firdaus.

  • A. 28 tahun
  • B. 30 tahun
  • C. 32 tahun
  • D. 34 tahun

JAWAPAN: A

3. Sebuah kiub berisipadu 216 cm3 dicairkan menjadi tiga kiub baru bersisi 3 cm , x cm dan 5 cm. Bahagian kiub baru x adalah

  • A. 3.0 cm
  • B. 3.4 cm
  • C. 4.0 cm
  • D. 4.5 cm

JAWAPAN: C

4.Di dalam sebuah kelas yang mempunyai 49 orang pelajar, 3/7 daripada pelajar adalah lelaki. Didapati 25% daripada pelajar perempuan dalam kelas tersebut memakai kaca mata kerana rabun jauh. Hitungkan bilangan pelajar perempuan yang memakai kaca mata.

  • A. 9 orang
  • B. 8 orang
  • C. 7 orang
  • D. 5 orang

JAWAPAN: C

5. 30 kotak minuman dimasukkan ke dalam 9 kotak besar. Jumlah berat minuman dalam kotak besar ialah 21 kg. Jika berat sebuah kotak besar ialah 1000g, berapakah berat sekotak minuman dalam gram?

  • A. 600 g
  • B. 550 g
  • C. 400 g
  • D. 350 g
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Sains C29

JAWAPAN: C

6. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.

  • A. 3 Jam 45 Minit
  • B. 3 Jam 27 Minit
  • C. 3 Jam 20 Minit
  • D. 3 Jam 14 Minit

JAWAPAN: B

7. Luas sebuah segitiga sama sisi adalah 389.7 cm2. Jika tinggi segitiga sama sisi adalah 25.98 cm, cari perimeter segitiga sama sisi tersebut.

  • A.60 cm
  • B.75 cm
  • C.90 cm
  • D.120 cm

JAWAPAN: C

8. Satu garis lurus terhasil apabila menghubungkan 3 titik P, Q dan R. Titik Q adalah titik tengah bagi garisan tersebut. Koordinat titik P, Q dan R masing-masing adalah (-8, p), (5,4) dan (q,-7). Apakah nilai bagi p dan q?

  • A.p = 13 ; q = 11
  • B.p = -15 ; q = -18
  • C.p = 15 ; q = 18
  • D.p = -13 ; q = -11

JAWAPAN: C

9. Seutas tali dengan panjang 15 meter dililit lengkap 25 kali kepada sebuah silinder. Tentutan jejari bagi silinder tersebut. (π = 22/7)

  • A.7.545 cm
  • B.8.09 cm
  • C.9.545 cm
  • D.19.09 cm

JAWAPAN: C

10. Nyatakan 0.00007635 dalam bentuk piawai.

A.7.635 x 10-3
B.7.635 x 103
C.7.635 x 105
D.7.635 x 10-5

JAWAPAN: D

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Kami tahu keperluan anda, kami tahu ramai calon nak lulus peperiksaan online SPA ini.

Sebab itulah, kami dengan susah payahnya menyediakan rujukan peperiksaan online yang lengkap dengan Contoh Soalan dan Jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan peperiksaan ini.

Dibawah ini merupakan pakej lengkap 2 Seksyen Peperiksaan SPA beserta Nota dan Formula Matematik yang diolah khas untuk PERSEDIAAN AWAL calon sebelum menduduki peperiksaan nanti.

Untuk persediaan Exam KP19, terus buat tempahan dibawah!

soalan peperiksaan pegawai imigresen kp19 2020

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

JOIN CHANNEL TELEGRAM DAN GROUP WHATSAPP INI UNTUK TIDAK TERLEPAS EDARAN RUJUKAN KHAS !

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29

Join Telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAEU7lrr992g3BMSeXQ

Join Whatsapp – https://chat.whatsapp.com/CX2xVHccBOvGS6ObBqfmDZ

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online SPA nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?