Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19. Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan SPA akan kami kongsikan didalam artikel ini. Nota dan cara penyelesaian soalan peperiksaan PSEE juga akan kami edarkan kepada semua calon peperiksaan untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19

Adakah anda calon Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Pembantu Makmal C19 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar(Semenanjung)? Kami ucapkan tahniah kepada semua calon yang terpanggil pada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) kali ini.

Format Peperiksaan Pembantu Makmal C19

Untuk peperiksaan online kali ini, pihak SPA mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian seksyen iaitu:

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Berikut adalah penerangan setiap seksyen peperiksaan ini:-

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Jadual Peperiksaan Pembantu Makmal C19

Untuk semakan penjadualan peperiksaan SPA, anda boleh menyemak melalui laman portal SPA8i, melayari Fan Page SPA di Facebook dan menyemak email panggilan menduduki peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang terkini, pihak SPA akan mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini:-

  • Pembantu Makmal Gred C19
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Semenanjung)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 03 Disember 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah sebagai gambaran awal bentuk soalan peperiksaan yang akan dberikan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19

Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah:

1 ) Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap satu sisinya ialah 28cm?

  • A ) 3136cm²
  • B ) 4704cm²
  • C ) 21,952cm²
  • D ) 21,956cm²

2 ) Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A ) RM1008
  • B ) RM1280
  • C ) RM1568
  • D ) RM1640

3 ) 45 minit 35 saat + 55 minit 45 saat + 15 minit = ?

  • A ) 1 jam 16 minit 00 saat
  •  B ) 1 jam 20 minit 00 saat
  • C ) 1 jam 55 minit 20 saat
  • D ) 1 jam 56 minit 20 saat

4 ) Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A ) RM1,356
  • B ) RM2,712
  • C ) RM4,294
  • D ) RM7,006

5 ) Segulung tali berukuran 35m panjang akan digunakan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A ) 5
  • B ) 15
  • C ) 46
  • D ) 47

6 ) Amin masuk ke dalam lift di tingkat Q, lif itu naik sebanyak 9 tingkat, kemudian turun ke bawah sebanyak 7 tingkat dan naik semula 5 tingkat dan tiba di tingkat 12. Apakah tingkat Q?

  • A ) 5
  • B ) 8
  • C ) 9
  • D ) 10

7 ) {550, 400, 250, 100, -50, X}. Apakah nilai X?

  • A ) -5
  • B ) -100
  • C ) -150
  • D ) -200

8 ) Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan sama banyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti tidak dapat diagihkan?

  • A ) 2
  • B ) 4
  • C ) 6
  • D ) 8
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

9 ) Amin mula melayari internet pada jam 1945. Dia melayari internet selama 2 jam 15 minit dan berehat sebentar selama 1/3 jam sebelum memulakan pemantauan di pasar malam. Bilakah dia akan mula melakukan pemantauan tersebut?

  • A ) 2115
  • B ) 2120
  • C ) 2220
  • D ) 2235

10 ) Sebalang biskut dibahagikan mengikut nisbah 8:5:3. Didapati bahagian yang paling sedikit berjumlah 24 keping. Berapakah jumlah bilangan biskut di dalam balang tersebut?

  • A ) 84
  • B ) 104
  • C ) 128
  • D ) 384

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19

Untuk makluman, soalan-soalan ini adalah soalan sebenar peperiksaan online PSEE yang lepas. Skema jawapan tiada, dan anda perlu buat penyelesaian jawapan sendiri untuk setiap soalan-soalan daya menyelesaikan masalah ini.

Berita baiknya, pihak kami mahu membantu anda LULUS peperiksaan online setiap kali peperiksaan dijalankan. Sebab itulah, kami sediakan Rujukan Khas Pembantu Makmal C19 untuk membantu calon mengulangkaji dengan sebaik-baiknya.

Dalam rujukan khas ini, disertakan Nota Matematik, Rumus-Rumus Matematik, Contoh Soalan Matematik dan Cara Penyelesaiannya beserta Jawapan.

Untuk mendapatkan rujukan dan contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, link akses untuk muat turun ebook rujukan ini terus diberikan ke email yang anda daftarkan. Tiada pengeposan dilakukan kerana ianya dalam bentuk format PDF! Beli sekarang, anda akan dapat sekarang juga!

Semoga dengan perkongsian Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19 ini membantu anda menjawab soalan nanti dengan jayanya.

Kongsikan Dengan Sahabat, Keluarga dan Sesiapa Saja yang Menduduki Peperiksaan Online Ini Agar Dapat Membuat Persediaan Awal Exam Nanti!

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?