Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19 SUK Pulau Pinang

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19 SUK Pulau Pinang. Adakah anda calon peperiksaan online PSEE jawatan Pembantu Tadbir N19 SUK (Pulau Pinang) ? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Peperiksaan online PSEE untuk Pembantu Tadbir N19 ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri temuduga nanti.

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 SUK Pulau Pinang

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19 SUK (Pulau Pinang)

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Untuk peperiksaan kali ini, pihak SPA mewajibkan calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19

Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan peperiksaan psee untuk pembantu tadbir (perkeranian/operasi) N19 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk panduan dan rujukan anda.

1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

  • A) 500
  • B) 550
  • C) 600
  • D) 650

2. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?

  • 72 956 Orang
  • 88 125 Orang
  • 117 500 Orang
  • 150 750 Orang

3. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

  • A) 454
  • B) 228
  • C) 452
  • D) 226
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

4. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

  • Keuntungan sebanyak RM60
  • Keuntungan sebanyak RM30
  • Kerugian sebanyak RM60
  • Kerugian sebanyak RM30

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?

  • A. 191.03
  • B. 190.00
  • C. 192.00
  • D. 191.14

6. Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majkan tersebut?

  • A) 1,797
  • B) 1,198
  • C) 2,396
  • D) 3,396

7. Satu nombor adalah 1 lebih daripada suatu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?

  • A) 10, 9
  • B) 10, 11
  • C) 9, 8
  • D) 7, 6

8. Harga sekeping Pizza Ria ialah RM15.35, manakala dua keeping Pizza Zeo pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Amru membeli 8 keping Pizza dari Pizza Zeo berbanding Pizza Ria?

  • A) 3.75%
  • B) 4.60%
  • C) 96.25%
  • D) 122.80%

9. Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43

  • 23
  • 38
  • 40
  • 9

10. Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

  • 2
  • 6
  • 8
  • 12

Ini hanyalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah pembantu tadbir n19. Soalan sebenar adalah SULIT pihak SPA.

Apa yang anda perlu buat adalah membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan online psee pembantu tadbir n19 ini. Kami akan kongsikan rujukan pantas untuk anda membuat persediaan peperiksaan ini.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir(Kewangan) W19

Rujukan yang kami maksudkan adalah:

pembantu tadbir ptpo n19

Semoga dengan perkongsian Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19 SUK (Pulau Pinang) ini membantu calon peperiksaan nanti. Buat latih tubi contoh-contoh soalan peperiksaan ini untuk persediaan awal.

Terima kasih kerana membaca Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir N19 SUK (Pulau Pinang). Kami doakan kejayaan calon-calon yang telah mendapatkan rujukan ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?