Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 | Adakah anda calon yang terpanggil untuk menduduki peperiksaan online Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 bulan ini? Jika ya, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Anda merupakan calon yang bertuah kerana berjaya dipanggil untuk tapisan awal pihak SPA untuk Pembantu Tadbir Undang-Undang L19, sebelum anda dipanggil ke sesi temuduga. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan online Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 untuk membantu calon menjawab soalan peperiksaan online SPA nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Perlu diingat, anda gagal peperiksaan online ini bermakna anda tidak akan berpeluang dipanggil ke sesi seterusnya.

Format Terkini Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Untuk makluman, tahun sebelum ini calon dikehendaki menjawab soalan psikometrik. Tetapi, tahun 2020 ini calon akan menjawab peperiksaan online PSEE pula.

Untuk semakan panggilan peperiksaan, Pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – KLIK SINI

Untuk peperiksaan sesi 2020 ini, pihak SPA wajibkan calon menjawab 2 bahagian peperiksaan online SPA. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu:

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19
  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Hidupan Liar G19

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk membantu calon-calon memahami bentuk soalan seksyen ini.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan online SPA.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936
Baca Juga  Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

  • A) 3136cm²
  • B) 4704cm²
  • C) 21,952cm³
  • D) 21,956cm³

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

  • A) 685
  • B) 895
  • C) 1.520
  • D) 1,580

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A) 5
  • B) 15
  • C) 46
  • D) 47

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

  • A) RM1,010
  • B) RM1,120
  • C) RM2,240
  • D) RM2,280

Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

Baca Juga  Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA Pembantu Tadbir Undang-Undang L19, anda boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Untuk dapatkan rujukan dan contoh soalan ni, terus ke link dibawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online Pembantu Tadbir Undang-Undang L19  yang diadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) nanti.

Terima kasih kerana membaca artikel Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ini dan semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?