Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41. Anda calon peperiksaan online Penguasa Bomba KB41 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

Peperiksaan online PSEE ini merupakan peringkat pertama sebelum anda dilantik dalam jawatan tetap di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selepas anda lulus peperiksaan PSEE ini, anda akan dipanggil menduduki sesi Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan di mana-mana Balai Bomba berhampiran yang ditetapkan.

Pendek kata, perjalanan anda untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba KB41 ini baru step 1. Ada beberapa step lagi yang anda perlu lalui:

Lulus Peperiksaan Online PSEE >>> Lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap & Penempatan

Anda hanya diperingkat pertama, lakukan sesuatu untuk lulus peperiksaan ini. Jangan sia-siakan peluang yang pihak SPA berikan kepada anda. Mana tahu, rezeki anda nak masuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kan?

Penjadualan Peperiksaan Terkini Penguasa Bomba KB41/KB29

Berikut adalah penjadualan peperiksaan terkini yang telah diumumkan pihak SPA dalam bulan November ini.

  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi

Adakah anda dipanggil exam kali ini? Jika ya, teruskan membaca artikel dibawah.

Format Peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41

Seperti yang anda sedia maklum dalam panggilan peperiksaan, format peperiksaan PSEE kali ini merupakan peperiksaan yang agak mencabar.

Terdapat 3 bahagian peperiksaan yang akan anda jawab iaitu:

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Ketiga-tiga bahagian ini merupakan soalan yang berbeza, dan berikut adalah penerangan format peperiksaan semua seksyen peperiksaan spa tersebut.

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan pelbagai soalan pengetahuan am yang berkisar tentang urusan kebombaan, keselamatan, bidang sosial, kenegaraan Malaysia dan lain-lain perkembangan semasa luar dan dalam negara.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah untuk Penguasa Bomba dan Penolong Penguasa Bomba Gred KB/KB29:-

1. 126 buah buku terpakai akan dijual di pasar malam. 5/7 bilangan buku tersebut dijual dengan harga RM3.50 sebuah dan selebihnya pula dijual dengan harga RM5.50 sebuah. Berapakah jumlah hasil jualan jika semua buku tersebut berjaya dijual?

  • A) RM315
  • B) RM493
  • C) RM513
  • D) RM549

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 25 baris dalam jumlah 7 buah kerusi bagi setiap baris. 2/5 bilangan kerusi tersebut dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam dewan G. Berapakah bilangan kerusi di dalam dewan G kini apabila jumlah keseluruhan kerusi bagi kedua-dua dewan ialah 215?

  • A) 40
  • B) 90
  • C) 110
  • D) 180

3. Rizal membuat simpanan wang sebanyak RM250 setiap sebulan selama 1 tahun 6 bulan. Jumlah wang simpanan Rani pula adalah 5% lebih besar daripada jumlah wang simpanan Rizal. Berapakah jumlah wang simpanan mereka terkumpul selama tempoh tersebut?

  • A) RM4,550
  • B) RM4,725
  • C) RM9,225
  • D) RM9,245

4. Rizal mempunyai wang simpanan sebanyak RM15,000 dan dia menggunakan 1/5 sebagai modal perniagaan gerai makanan. Beliau memperolehi hasil perniagaan sebanyak 3 kali wang modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungannya?

  • A) RM3,000
  • B) RM4,000
  • C) RM6,000
  • D) RM9,000
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perawatan Kesihatan U11

5. Berapakah bilangan duit syiling 50 sen boleh ditukar bagi nilai 75% daripada RM660?

  • A) 495
  • B) 990
  • C) 1320
  • D) 2475

6. Rizal memulakan perjalanan pada jam 8.30am untuk memandu sejauh 395km. Beliau memandu dengan purata kelajuan 90km/j. Beliau berhenti rehat selama 20 minit di separuh perjalanan. Bilakah beliau akan tiba ke destinasi yang dituju?

  • A) 1.13pm
  • B) 1.03pm
  • C) 12.53pm
  • D) 12.33pm

7. Sebuah kotak mengandungi 25kg buah mangga. Kebarangkalian terdapat buah yang rosak ialah 0.085. Berapakah jumlah buah mangga yang elok boleh diperolehi daripada 12 kotak yang serupa?

  • A) 274.5kg
  • B) 255kg
  • C) 240kg
  • D) 215.5kg

8. Nilai min bagi satu set data yang terdiri daripada 15 nombor ialah 23. Apabila dua nombor P dan Q dikeluarkan dari set data tersebut, nilai min data berubah menjadi 24. Apakah nilai purata P dan Q?

  • A) 14
  • B) 16.5
  • C) 23.5
  • D) 33

9. Dua perlima daripada setengah botol minyak masak ialah 350ml. Berapakah jumlah sebotol minyak masak tersebut?

  • A) 1.75 liter
  • B) 2.45 liter
  • C) 3.5 liter
  • D) 17 liter

10. Sebuah baldi menadah air daripada paip yang bocor secara berterusan pada kadar 500ml bagi setiap 5 minit dalam tempoh 3 jam. Berapakah jumlah air yang terkumpul di dalam baldi tersebut?

  • A) 750 mililiter
  • B) 18 liter
  • C) 7500 mililiter
  • D) 180 liter

Cukup tak contoh soalan matematik ini? Kami nak berikan anda lebih banyak contoh soalan dan rumus matematik untuk seksyen B daya menyelesaikan masalah.

Nota-nota dan rumus matematik berkaitan akan disatukan didalam eBook (Buku Digital) Exam Penguasa Bomba KB41/KB29 yang akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya tak lama lagi.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Namun, sebelum anda melompat kegirangan nak dapatkan eBook ini. Ini adalah sedikit gambaran awal mengenai rujukan soalan exam ini.

Ebook ini dilengkapi dengan bahan rujukan, nota, soalan dan skema jawapan, lebih kurang macam ringkasan dibawah ni lah:

  • Nota Pengetahuan Am KB41/KB29
  • Soalan-Soalan Pengetahuan Am
  • Nota Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Soalan-Soalan Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Nota Bahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Nota Tatabahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Skema Jawapan Pengetahuan Am, Skema Jawapan Matematik, Skema Jawapan Inggeris
  • Dan, dapat beberapa lagi EXTRA BONUS jika membuat pembelian Pakej PLATINUM..
  • EXTRA Seksyen Penyelesaian Masalah
  • EXTRA Seksyen Bahasa Inggeris
  • Rujukan Pantas Resume
  • Template Resume
  • Penampilan Temuduga
  • Rahsia Bijak Temuduga (FULL PACKAGE)
  • Rahsia Resume Kerja (FULL PACKAGE)
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir(Kewangan) W19

Berbaloi kah tak berbaloi? Memang berbaloi sangat..

Dapatkan Rujukan dan Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 & Penolong Penguasa Bomba KB29

Kami bersusah payah nak bantu semua calon melepasi peperiksaan online SPA setiap kali ada exam SPA dijalankan. Niat kami, nak bantu seramai mana pun calon agar lebih mudah dan bersedia menghadapi peperiksaan online PSEE ini.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Edaran ini adalah TERHAD! Bermula pada 15 November, jam10 pagi hingga 18 November, jam11.59 malam SAHAJA!

P/S: Selepas pengesahan pembelian dilakukan, anda akan terus mendapat akses link untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dilakukan kerana buku ini adalah eBook (buku digital) dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, anda dapat sekarang juga!

Perhatian:

Ebook ini sesuai untuk exam Penguasa Bomba KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29 memandangkan exam ini dijalankan serentak dan hanya menjawab soalan peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41.

Kami ada tawaran hebat untuk anda di channel telegram dibawah ni..nak EXTRA EXTRA EXTRA BONUS SOALAN lagi tak? Jika nak, join telegram dibawah ni..

Join Telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

Atau, terus whatsapp kami melalui pautan dibawah..

Whatsapp saya >>> https://penguasabombakb41kb29.wasap.my/

Diharapkan dengan perkongsian Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 ini membantu anda dalam mencari bahan-bahan rujukan persediaan peperiksaan nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?