Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29. Anda calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan ? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi temuduga SPA nanti.

Maklumat Gaji Penolong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Berikut merupakan maklumat dan jadual gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

GAJI MINIMUM               : RM 1,493.00

GAJI MAKSIMUM           : RM 5,696.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Kementerian Dalam Negeri

Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Untuk makluman, peperiksaan kali ini dijalankan secraa online dan mempunyai format peperiksaan yang berbeza dengan ujian psikometrik.

Untuk peperiksaan pada 03 OGOS 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 3 Ogos 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 3 Ogos 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pendaftaran KP19

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian sahaja iaitu;

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 untuk peperiksaan online ini.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A) 470

B) 581

C) 766

D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% – 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

A) 112.50 liter

B) 160 liter

C) 161.25 liter

D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L  

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

A) RM1008

B) RM1280

C) RM1568

D) RM1640

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penerangan S41

A) 1600

B) 1861

C) 1849

D) 1936

Cara Penyelesaian:

√1600 = 40

√1861 = 43.13

√1849 = 43

√1936 = 44

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

A) RM1,356

B) RM2,712

C) RM4,294

D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

A) 2

B) 4

C) 6

D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

A) 3136cm²

B) 4704cm²

C) 21,952cm³

D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

A) 685

B) 895

C) 1.520

D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

A) 5

B) 15

C) 46

D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

A) RM1,010

B) RM1,120

C) RM2,240

D) RM2,280

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA?

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Teknologi Maklumat F41

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini?

Terus dapatkan rujukan dibawah…

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami berikan anda BONUS 100 Koleksi Soalan Sebenar Exam Lepas sebagai BONUS PEMBELIAN dengan kami.

TERHAD! Wasap sekarang untuk dapatkan BONUS ini !

Wasap kami dapatkan bonus >> https://bit.ly/ExamPenPegawaiPenguatkuasaKP29

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?