Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29. Anda calon peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya melepasi tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Peperiksaan online PSEE ini merupakan peringkat pertama sebelum anda dilantik dalam jawatan tetap di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selepas anda lulus peperiksaan PSEE ini, anda akan dipanggil menduduki sesi Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan di mana-mana Balai Bomba berhampiran yang ditetapkan.

Pendek kata, perjalanan anda untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba KB41 ini baru step 1. Ada beberapa step lagi yang anda perlu lalui:

Lulus Peperiksaan Online PSEE >>> Lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap & Penempatan

Anda hanya diperingkat pertama, lakukan sesuatu untuk lulus peperiksaan ini. Jangan sia-siakan peluang yang pihak SPA berikan kepada anda. Mana tahu, rezeki anda nak masuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kan?

Penjadualan Peperiksaan Terkini Penolong Penguasa Bomba KB41/KB29

Berikut adalah penjadualan peperiksaan terkini yang telah diumumkan pihak SPA dalam bulan November ini.

  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 19 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:40 pagi

Adakah anda dipanggil exam kali ini? Jika ya, teruskan membaca artikel dibawah.

Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Seperti yang anda sedia maklum dalam panggilan peperiksaan, format peperiksaan PSEE kali ini merupakan peperiksaan yang agak mencabar.

Terdapat 3 bahagian peperiksaan yang akan anda jawab iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Ketiga-tiga bahagian ini merupakan soalan yang berbeza, dan berikut adalah penerangan format peperiksaan semua seksyen peperiksaan spa tersebut.

Baca Juga  Nota Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 Percuma PDF

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan pelbagai soalan pengetahuan am yang berkisar tentang urusan kebombaan, keselamatan, bidang sosial, kenegaraan Malaysia dan lain-lain perkembangan semasa luar dan dalam negara.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diberikan soalan-soalan berbentuk essei atau pernyataan dan menjawab mengikut kefahaman anda. Soalan lain adalah berbentuk tatabahasa bahasa inggeris.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah untuk Penguasa Bomba dan Penolong Penguasa Bomba Gred KB/KB29:-

1. Berat keseluruhan buah mangga yang dijual oleh Rizal ialah 60kg. 600g mangga berharga RM3.50. Berapakah hasil jualan 4/5 jumlah mangga tersebut?

  • A) RM80
  • B) RM160
  • C) RM280
  • D) RM560

2. 945 biji guli pelbagai warna tersimpan di dalam sebuah balang. Jika dipilih secara rawak kebarangkalian memilih sebiji guli kuning ialah 3/7. Berapakah bilangan guli kuning di dalam balang tersebut?

  • A) 135
  • B) 270
  • C) 275
  • D) 405

3. Sebuah kelab badminton yang mempunyai 32 orang ahli menyumbang sebanyak RM145 seorang untuk program makan malam. Berapakah jumlah wang untuk penyediaan makanan jika 25% hasil sumbangan tersebut digunakan untuk semua perbelanjaan lain yang berkaitan?

  • A) RM940
  • B) RM1,160
  • C) RM3,016
  • D) RM3,480

4. {400, 361, 324, N, 256, M} Apakah nilai paling tepat bagi N + M?

  • A) 512
  • B) 514
  • C) 531
  • D) 545

5. Berat bagi sebakul mangga ialah 38kg, manakala berat bagi sebakul tembikai ialah 114kg. Berapakah nisbah berat mangga kepada tembikai?

  • A) 3:7
  • B) 2:5
  • C) 1:3
  • D) 1:5
Baca Juga  Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pengawal Keselamatan KP11

6. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E=2A?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

7. Harga basikal Rizal ialah 15% lebih mahal daripada harga basikal Rani. Berapakah jumlah harga basikal mereka berdua jika harga basikal Rani ialah RM630?

  • A) RM724.50
  • B) RM1,165.50
  • C) RM1,260.00
  • D) RM1,354.50

8. Rizal membayar harga satu hidangan makanan sebanyak RM18.75 setelah mendapat diskaun sebanyak 25%. Berapakah harga asal makanan tersebut?

  • A) RM23.45
  • B) RM25.00
  • C) RM26.25
  • D) RM35.00

9. Rizal berjalan menuju kea rah timur sejauh 55 langkah. Kemudian berjalan ke arah utara sejauh 100 langkah. Setiap satu langkahnya berukuran purata 55cm. Berapakah jumlah jarak perjalanan Rizal itu?

  • A) 85.25m
  • B) 180.52m
  • C) 281.82m
  • D) 310m

10. 10 biji mangga dipotong kecil dan bijinya dibuang. Purata sebiji mangga mempunyai jisim 380g dan purata jisim bijinya ialah 35% daripada jisim sebiji mangga. Berapakah jisim keseluruhan potongan mangga tersebut?

  • A) 1.197kg
  • B) 1.330kg
  • C) 2.470kg
  • D) 3.800kg

Cukup tak contoh soalan matematik ini? Kami nak berikan anda lebih banyak contoh soalan dan rumus matematik untuk seksyen B daya menyelesaikan masalah.

Nota-nota dan rumus matematik berkaitan akan disatukan didalam eBook (Buku Digital) Exam Penguasa Bomba KB41/KB29 yang akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya tak lama lagi.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Namun, sebelum anda melompat kegirangan nak dapatkan eBook ini. Ini adalah sedikit gambaran awal mengenai rujukan soalan exam ini.

Ebook ini dilengkapi dengan bahan rujukan, nota, soalan dan skema jawapan, lebih kurang macam ringkasan dibawah ni lah:

  • Nota Pengetahuan Am KB41/KB29
  • Soalan-Soalan Pengetahuan Am
  • Nota Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Soalan-Soalan Matematik (Daya Menyelesaikan Masalah)
  • Nota Bahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Nota Tatabahasa Inggeris (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Skema Jawapan Pengetahuan Am, Skema Jawapan Matematik, Skema Jawapan Inggeris
  • Dan, dapat beberapa lagi EXTRA BONUS jika membuat pembelian Pakej PLATINUM..
  • EXTRA Seksyen Penyelesaian Masalah
  • EXTRA Seksyen Bahasa Inggeris
  • Rujukan Pantas Resume
  • Template Resume
  • Penampilan Temuduga
  • Rahsia Bijak Temuduga (FULL PACKAGE)
  • Rahsia Resume Kerja (FULL PACKAGE)
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)

Berbaloi kah tak berbaloi? Memang berbaloi sangat..

Dapatkan Rujukan dan Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 & Penolong Penguasa Bomba KB29

Kami bersusah payah nak bantu semua calon melepasi peperiksaan online SPA setiap kali ada exam SPA dijalankan. Niat kami, nak bantu seramai mana pun calon agar lebih mudah dan bersedia menghadapi peperiksaan online PSEE ini.

Anda perlukan eBook Penguasa Bomba KB41/KB29 dibawah ni..

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29

Edaran ini adalah TERHAD! Bermula pada 15 November, jam10 pagi hingga 18 November, jam11.59 malam SAHAJA!

P/S: Selepas pengesahan pembelian dilakukan, anda akan terus mendapat akses link untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dilakukan kerana buku ini adalah eBook (buku digital) dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, anda dapat sekarang juga!

Perhatian:

Ebook ini sesuai untuk exam Penguasa Bomba KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29 memandangkan exam ini dijalankan serentak dan hanya menjawab soalan peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41.

Kami ada tawaran hebat untuk anda di channel telegram dibawah ni..nak EXTRA EXTRA EXTRA BONUS SOALAN lagi tak? Jika nak, join telegram dibawah ni..

Join Telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

Atau, terus whatsapp kami melalui pautan dibawah..

Whatsapp saya >>> https://penguasabombakb41kb29.wasap.my/

Diharapkan dengan perkongsian Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Bomba KB29 ini membantu anda dalam mencari bahan-bahan rujukan persediaan peperiksaan nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?