Soalan Matematik SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Soalan Matematik SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Adakah anda dipanggil menduduki Peperiksaan Online PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA 13 Julai 2020 ini? Anda pastinya sedang mencari bahan-bahan rujukan dan contoh soalan peperiksaan online spa jawatan ini untuk STUDY kan?

Soalan Matematik SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda contoh-sontoh soalan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris bagi membantu calon-calon menjawab soalan peperiksaan ini nanti.

Calon Bertuah Lepasi Tapisan Awal Pihak SPA

Tahukah anda, anda sudah SELANGKAH dalam usaha untuk memasuki perkhidmatan awam. Pihak SPA memanggil anda kerana kriteria kelulusan akademik yang sesuai dengan jawatan. Selepas peperiksaan ini berakhir dan anda LULUS, barulah anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu Sesi Temuduga SPA.

Namun, terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda menghadiri Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (untuk jawatan penguatkuasa) dan menghadiri Profession Assessment Center (PAC) untuk jawatan Gred S dan M tertentu misalnya, Pegawai Perhubungan Perusahaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Setelah LULUS PAC, barulah dipanggil temuduga.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Untuk makulman, skema dan format peperiksaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak SPA. Terdapat jawatan yang dulu hanya Ujian Psikometrik, tetapi tahun ini diberikan peperiksaan online seksyen pula.

Lazimnya, untuk format peperiksaan online, pihak SPA berikan 3 bahagian peperiksaan iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Ingeris.

Namun, pada Julai 2020 ini pihak SPA memberikan 3 bahagian utama iaitu :

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Perikanan G19

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan soalan-soalan pengetahuan am tentang kenegaraan, isu semasa, perlembagaan, kementerian dan juga berkaitan dengan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Penjadualan Peperiksaan SPA Terkini

  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
  • Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020
  • Masa Peperiksaan : 02:00 Petang – 03:00 Petang

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah atau soalan berkonsepkan matematik:

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

Cara Penyelesaian:

38% + 15% = 53%

100% – 53% = 47%

1236 X 47% = 580.92 = 581

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

Cara Penyelesaian:

1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L  

750ml = 0.75L X 65 = 48.75L

250ml = 0.25L X 35 = 8.75L

Maka,

112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Sains C29

Cara Penyelesaian:

288/80 = 3.60/ roti

3.60 X 50 = 180 (50 roti)

180 + 50 = 230

RM230/50 = RM4.60/biskut

RM3.60 X 100 = RM360

RM4.60 X 200 = RM920

Maka,

RM360 + RM920 = RM1280

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936

Cara Penyelesaian:

√1600 = 40

√1861 = 43.13

√1849 = 43

√1936 = 44

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006

Cara Penyelesaian:

24 / 100 X 5650 = 1356

AMIN : 1356 + 5650 = 7006

AMRAN: 5650

Maka,

7006 – 5650 = 1356

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

Cara Penyelesaian:

9780/2 = 4890

4890/14 = 349

4890/8 = 611

349 X 14 = 4886

611 X 8 = 4888

Maka,

9780 – 4886 – 4888 = 6

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

  • A) 3136cm²
  • B) 4704cm²
  • C) 21,952cm³
  • D) 21,956cm³

Cara Penyelesaian:

L = 6 X S²

   = 6 X 28 X 28

   = 4704

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

  • A) 685
  • B) 895
  • C) 1.520
  • D) 1,580

Cara Penyelesaian:

1/6 X 1580 = 263.3

2/5 X 1580 = 632

T = 895.3

Baca Juga  Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Bomba KB19

Maka,

1580 – 895.3 = 684.7 = 685

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A) 5
  • B) 15
  • C) 46
  • D) 47

Cara Penyelesaian:

75 cm = 0.75 m

35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

  • A) RM1,010
  • B) RM1,120
  • C) RM2,240
  • D) RM2,280

Cara Penyelesaian:

8550 X 2/3 = 5700

8500 – 5700 = 2850

1/5 X 2850 = 570

4/5 X 2850 = 2280

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.

Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Join Telegram ni ye, kami nak bagi EXTRA BONUS! – https://t.me/joinchat/AAAAAFcr_Cvr4PuALM9RdA

Terima kasih kerana membaca Soalan Matematik SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?