Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA. Adakah anda dipanggil menduduki peperiksaan online PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Julai 2020 ini?

Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Anda adalah calon yang paling bertuah kerana berjaya dipanggil menduduki peperiksaan ini. Pihak SPA hanya akan memilih calon yang LULUS peperiksaan ini untuk sesi PAC (Profession Assesment Centre). Dan, hanya calon yang LULUS PAC akan dipanggil temuduga.

Secara ringkasnya, laluan kerjaya anda adalah:-

Peperiksaan Online PSEE –> PAC –> Temuduga –> Lantikan ke jawatan Tetap dan Penempatan

Anda bukan hanya satu-satunya calon yang menduduki peperiksaan ini, tetapi terdapat ribuan calon lain yang mengharapkan kejayaan untuk LULUS exam spa ini.

Penjadualan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Untuk panggilan exam spa Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA bulan Julai ini, berikut adalah jadual peperiksaan online yang akan diadakan nanti.

  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (INFRA)
  • Jawatan: Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
  • Kem/Jabatan: Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  • Kategori Peperiksaan: Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020 (ISNIN)
  • Masa Peperiksaan : 02:00 Petang – 03:40 Petang

Format Peperiksaan Online SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Lazimnya, pihak SPA membahagikan peperiksaan PSEE ini dalam 3 bahagian. Bahagian tersebut, disebut juga sebagai Seksyen yang mana boleh dibahagikan kepada:

Peperiksaan Online SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seskyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa. Pengetahuan am juga merangkumi soalan-soalan tentang misi, visi, objektif dan fungsi  Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Berikut merupakan contoh soalan Pegetahuan Am untuk peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.

1. Berikut adalah kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali

  • A. Kurang Upaya Pendengaran
  • B. Kurang Upaya Penglihatan
  • C. Kurang Upaya Pelbagai
  • D. Kurang Upaya Daya Ingatan

2. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berteraskan kepada 3 model iaitu :

I. Home Based

II. Centre Based

III. Home Made

IV. Centre-Home Based

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II dan IV

3. Orang Papa ialah seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam sehingga boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam. Apakah institusi yang terlibat secara langsung dalam perlindungan dan pemulihan orang papa?

  • A. Desa Bina Diri
  • B. Rumah Ehsan
  • C. Rumah Seri Kenangan
  • D. Rumah Tumpangan Sementara

4. Warga Emas merujuk kepada mereka yang berusia

  • A. 50 tahun dan ke atas
  • B. 55 tahun dan ke atas
  • C. 60 tahun dan ke atas
  • D. 70 tahun dan ke atas
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir PTPO N19

5. Moto bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah

  • A. Berjasa Berbakti
  • B. Berkhidmat Bersedia
  • C. Berkat Berjaya
  • D. Berkat Berjasa

6. Geran peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dibuat berasaskan kepada

  • A. Jumlah perbelanjaan tahun sebelumnya
  • B. Jumlah peruntukan yang dipohon tahun berkenaan
  • C. Bilangan projek yang akan dilaksanakan
  • D. Bilangan penduduk sesebuah negeri

7. Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan sumber pendapatan utama Kerajaan Persekutuan

  • A. Hasil Cukai
  • B. Hasil Bukan Cukai
  • C. Hasil daripada Wilayah Persekutuan
  • D. Hasil daripada Kerajaan Tempatan

8. Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang membincangkan masalah yang timbul antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipengerusikan oleh

  • A. Timbalan Perdana Menteri
  • B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • C. Ketua Setiausaha Negara
  • D. Perdana Menteri

9. Padanan kenyataan manakah TIDAK BENAR tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

  • A. Kerajaan Negeri – Bekalan air, Penyu dan Penangkapan ikan di sungai
  • B. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri – Kebajikan Masyarakat dan Ternakan Haiwan
  • C. Kerajaan Persekutuan – Kewangan, Pertahanan, Tanah dan Perhutanan
  • D. Kerajaan Negeri – Agama Islam, Pertanian dan Kerajaan tempatan

10. Tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ialah

I. Kebajikan Masyarakat

II. Perparitan dan Pengairan

III. Perdagangan dan Perusahaan

IV. Perancangan Kampung dan Bandar

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. III dan IV
  • D. I, II dan IV

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Berikut merupakan 10 contoh soalan daya menyelesaikan masalah yang berkonsepkan soalan matematik dan memerlukan proses pengiraan. Kemahiran matematik amat diperlukan dan kepantasan mengira juga factor penentu anda boleh habis menjawab kesemua soalan tersebut.

1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

  • A) 470
  • B) 581
  • C) 766
  • D) 786

2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?

  • A) 112.50 liter
  • B) 160 liter
  • C) 161.25 liter
  • D) 170 liter

3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?

  • A) RM1008
  • B) RM1280
  • C) RM1568
  • D) RM1640

4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?

  • A) 1600
  • B) 1861
  • C) 1849
  • D) 1936

5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?

  • A) RM1,356
  • B) RM2,712
  • C) RM4,294
  • D) RM7,006

6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?

  • A) 2
  • B) 4
  • C) 6
  • D) 8

7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?

  • A) 3136cm²
  • B) 4704cm²
  • C) 21,952cm³
  • D) 21,956cm³
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?

  • A) 685
  • B) 895
  • C) 1.520
  • D) 1,580

9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?

  • A) 5
  • B) 15
  • C) 46
  • D) 47

10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?

  • A) RM1,010
  • B) RM1,120
  • C) RM2,240
  • D) RM2,280

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Kami akan kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan kefahaman bahasa inggeris bagi memberikan anda gambaran awal, bagaimana rupa bentuk soalan kefahaman bahasa inggeris yang pihak SPA berikan kepada anda nanti.

Title: Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic instability within the country. Due to increases in cost of living also not being reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a result of poverty and basic goods being simply unaffordable. The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  1. Rising costs of fuel sources (affecting overall production and transportation costs);
  2. Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing. As an example,even with the reduced fuel prices imposed by the government, the prices of goods remain at an all-time high;
  3. Consumers insisting on purchasing the same type (or brand) of goods despite the higher price.
  4. The lack of emphasis to produce food and goods in-country.

There are a few suggestions that can be considered in order to curb the effectsof a higher cost of living on society. This includes equipping members of society with good money management skills, enabling them to spend smart and save. Another aspect is to increase agricultural production and to utilise uninhabited land.

In addition, steps should be taken to make popular and reinvigorate the career of agriculture and farming as a good source of income. As a precaution, international trade agreements must be made to effectively cooperate between neighbouring countries to reduce import tax, helping to minimise the priceincrease of imported goods.

Therefore, it can be extrapolated from this that prices of basic goods and services will inevitably rise in accordance with international trading agreements, cost of living and other external, as well as internal, factors. However, the effects of it on society can be mitigated through thrifty and savvy managing of consumer spending habits. Besides the consumers, the responsible parties must also take part and do what is necessary to curb the price hike and help control the market situation to the extent possible.

1. Every time the price of goods and services increase, which party is affected the most?

  • A. Government
  • B. End consumer
  • C. Shop owners and resellers
  • D. Low-Income earner
Baca Juga  Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Sains C29

2. What would be the best description of the word “famine”

  • A. Crime rate
  • B. Poverty
  • C. Scarcity of food
  • D. High cost living

3. Consumers could typically manage price increases if they:

  • A. Work overtime
  • B. Take 2-3 jobs
  • C. Adjust their lifestyle
  • D. Hunger strike

4. Below are among the reasons of a price hike

I. Increase of fuel cost

II. Brand obsession

III. Consumers’ bad spending habits

IV. Insufficient production of crops

  • A. I & II
  • B. II & III
  • C. I, II & III
  • D. All above

5. Below are suggestion mentioned in article to reduce effect of price hike, except

  • A. Money management
  • B. Increase import duty
  • C. Optimized the use of land
  • D. Produce more in house goods

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (Tatabahasa) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

1. The girl was running quickly ____________ the bus station.

  • A. against
  • B. towards
  • C. behind
  • D. forward

2. The plane arrived _________ Kuala Lumpur on time.

  • A. at
  • B. in
  • C. to
  • D. on

3. She loves her job ______________ Monday mornings.

  • A. in
  • B. on
  • C. by
  • D. at

4. Micheal ran _________________, even though she never used any running shoes.

  • A. unusal slow
  • B. unusual slowly
  • C. unusually slow
  • D. unusually slowly

5. The singer was ____________ dressed.

  • A. extreme elegant
  • B. extremely elegant
  • C. extreme elegantly
  • D. extremely elegantly

Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?

1. Tak Tahu Format

Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Tak Cukup MASA

Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi! 

3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana

Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!

4. Silap Persediaan

Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!

Sebab itu untuk persdiaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Peperiksaan sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29, anda boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Terus tekan butang Download dibawah untuk dapatkan rujukan contoh soalan ini..

JUALAN EBOOK INI AKAN DITUTUP JAM11.59 MALAM NI. CEPAT! MASIH SEMPAT NAK STUDY NI!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 yang diadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) nanti.

Gunakan Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA ini untuk persiapan anda sebelum exam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?