20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020

20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020. Adakah anda akan menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) untuk Ujian Psikometrik bulan ini? Jika ya, kami ucapkan tahniah kerana berjaya dipanggil Ujian Psikometrik SPA ini.

20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020

Anda adalah antara calon yang bertuah kerana layak dipanggil melalui tapisan awal pihak SPA dengan menduduki peperiksaan online ujian psikometrik ini. Bagi calon yang pertama kali menjawab soalan-soalan ujian psikometrik SPA ini, mungkin agak risau macam mana bentuk soalan dan cara menjawab soalan psikometrik tersebut.

Anda berada di laman web yang tepat! Kami faham keperluan calon yang menduduki ujian psikometrik ini. Mana tak nya, soalan beratus tetapi masa yang diperuntukkan sangatlah terhad.

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Seksyen ini merupakan Ujian Psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak 196 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat.

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib
  4. Penghantar Notis
  5. Pembantu Awam
  6. Pembantu Pegawai Latihan
  7. Pembantu Tadbir
  8. Pembantu Penilaian
  9. Pembantu Hal Ehwal Islam
  10. Jururawat
  11. Arkitek Lanskap
  12. Penolong Arkitek Landskap
  13. Pegawai Kebudayaan
  14. Setiausaha Pejabat
  15. Penolong Pegawai Pertanian
  16. Pegawai Geosains
  17. Penolong Pegawai Seni Bina
  18. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  19. Penolong Pegawai Veterinar
  20. Penolong Pemelihara Hutan
  21. Penolong Juruukur Bahan
  22. Penolong Pegawai Perubatan
  23. Pembantu Tadbir(Kewangan)
  24. Penolong Pegawai Tanah
  25. Pemeriksa Kilang dan Jentera
  26. Pegawai Pertanian G41
  27. Penolong Pegawai Pertanian G29
  28. Pegawai Undang-Undang L41
  29. Jawatan Lain-Lain Yang Ditentukan Pihak SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Sesi 2020

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawas Hutan G19

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • A) Sangat setuju
  • B) Setuju
  • C) Tidak pasti
  • D) Tidak setuju
  • E) Sangat tdak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • A) Sangat setuju
  • B) Setuju
  • C) Tidak pasti
  • D) Tidak setuju
  • E) Sangat tdak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • A) Sangat tidak setuju
  • B) Agak tidak setuju
  • C) Tidak setuju mahu pun setuju
  • D) Agak setuju
  • E) Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

  • A) Sangat tidak setuju
  • B) Agak tidak setuju
  • C) Tidak setuju mahu pun setuju
  • D) Agak setuju
  • E) Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

  • A) Sangat tidak setuju
  • B) Agak tidak setuju
  • C) Tidak setuju mahu pun setuju
  • D) Agak setuju
  • E) Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

  • A) Sangat setuju
  • B) Setuju
  • C) Tidak pasti
  • D) Tidak setuju
  • E) Sangat tdak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

  • A) Sangat tidak setuju
  • B) Agak tidak setuju
  • C) Tidak setuju mahu pun setuju
  • D) Agak setuju
  • E) Sangat setuju

Dapatkan Rujukan dan Contoh Soalan Psikometrik Terkini

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak Tim Infokerjaya keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan.

20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020

Ebook ini sesuai untuk Ujian Psikometrik bagi PEGAWAI PERTANIAN GRED G41, PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (24 JULAI 2020) & PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41(21 JULAI 2020 – 24 JULAI 2020)!

P/S: Selepas pembayaran dan pengesahan dibuat, link akses untuk download ebook ini akan terus dihantar ke email anda. Tiada istilah pengeposan lagi, ebook ini terus anda akan dapat melalui email. Beli sekarang, dapat sekarang!

Terima kasih kerana membaca artikel 20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020 ini. Semoga segala infomasi yang dikongsikan bermanfaat untuk calon Ujian Psikometrik bulan ini.

Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti. semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?