20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA [ Terkini ]

Adakah anda calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Ujian Psikometrik? Jika ya, kami ucapkan tahniah kerana berjaya dalam tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam peperiksaan online Psikometrik ini.

20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA [ Terkini ]

Anda adalah calon yang bertuah yang berpeluang untuk membuktikan kemampuan anda melepasi Ujian Psikometrik untuk jawatan ini. Sebelum anda menduduki ujian psikometrik ini, anda harus faham apakah itu Ujian Psikometrik, Format Ujian Psikometrik, Cara Jawab Ujian Psikometrik dan membuat Latihan menjawab Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik yang akan kami sediakan nanti dibawah ini.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Terkini Tahun 2020

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan dalam bentuk ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda seperti:

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul
  • Tidak Pasti
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak bersetuju
  • Sangat Tidak Bersetuju

Jawapan anda adalah sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib
  4. Penghantar Notis
  5. Pembantu Awam
  6. Pembantu Pegawai Latihan
  7. Pembantu Tadbir
  8. Pembantu Penilaian
  9. Pembantu Hal Ehwal Islam
  10. Jururawat
  11. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  12. Penolong Pegawai Seni Bina
  13. Penolong Pegawai Veterinar
  14. Setiausaha Pejabat
  15. Penolong Pemelihara Hutan
  16. Penolong Juruukur Bangunan
  17. Penolong Pegawai Pertanian
  18. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  19. Penolong Perkhidmatan Pendidikan
  20. Pegawai Latihan
  21. Pemandu Kenderaan
  22. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  23. Pegawai Ehwal Ekonomi
  24. Penolong Juruukur Bahan
  25. Juruaudio Visual
  26. Pembantu Kemahiran
  27. Pegawai Kebudayaan
  28. Pegawai Geosains
  29. Penolong Pegawai Perubatan
  30. Juru X-Ray
  31. Penolong Pegawai Tanah
  32. Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
  33. Jawatan Lain Gred 41 dan Gred 29 Ke Bawah

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan U41

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah
Baca Juga  Ujian Psikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jururawat Gred U41

Contoh Soalan Psikometrik Matematik

16. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?

  • A. 141
  • B. 164
  • C. 154
  • D. 192

17. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.

  • A. 2340
  • B. 3730
  • C. 2700
  • D. 3624

18. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.

  • A. 200
  • B. 305
  • C. 450
  • D. 556

19. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.

  • A. RM 7550.00
  • B. RM 6500.00
  • C. RM 7200.00
  • D. RM 8104.00

10. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.

  • A. 4 CM
  • B. 5 CM
  • C. 6 CM
  • D. 9 CM

Dapatkan Rujukan dan Contoh Soalan Psikometrik Untuk Peperiksaan Online SPA

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan Nota Dan Contoh Soalan Terkini Ujian Psikometrik. Dimuatkan juga Contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan.

Ebook ini sesuai untuk Ujian Psikometrik bagi PEGAWAI PSIKOLOGI S41(KLINIKAL), PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH H11 pada 13 OKTOBER 2020 DAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 (ANGGOTA), PEMANDU KENDERAAN H11 PADA 14 OKTOBER 2020 NANTI!

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kongsikan Juga Nota & Contoh Soalan Ini Dengan Rakan Anda Yang Lain Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Nanti. Terima kasih kerana anda membaca artikel 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA [ Terkini ] ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

One thought on “20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA [ Terkini ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?