Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41. Pengumuman tarikh peperiksaan online ujian psikometrik spa8 Pegawai Undang-Undang L41 telah pun ditetapkan pada 21 Julai – 24 Julai 2020. Tahniah kami ucapkan kepada anda yang berjaya melepasi tapisan awal pihak spa sebelum ini.

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan ujian psikometrik spa yang terkini bagi tahun 2020 untuk membantu calon bersedia atau mengulangkaji sebelum menduduki ujian psikometrik tersebut.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini merupakan tapisan kepada ribuan calon yang memohon jawatan memasuki sektor kerajaan. Tapisan ini akan menentukan samada anda layak untuk di temuduga ataupun tidak. Hanya calon yang lulus ujian psikometrik sahaja akan dipanggil temuduga spa.

Untuk peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 kali ini, pihak SPA mewajibkan calon melepasi ujian piskometrik terlebih dahulu berbeza dengan sebelum ini iaitu Peperiksaan Online PSEE yang melibatkan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris.

“Mungkin calon tidak begitu ramai ataupun mungkin ada peperiksaan lain selepas ujian psikometrik ini?” keputusannya, hanya pihak SPA yang tahu !

Kami akan terangkan terlebih dahulu apa itu ujian psikometrik dan juga contoh-contoh soalan psikometrik untuk anda fahami sebelum buat persediaan menduduki exam psikometrik ini.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun….

4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat.

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  • Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pembantu Pendaftaran
  • Pembantu Arkib
  • Pembantu Syariah
  • Penghantar Notis
  • Pembantu Awam
  • Pembantu Pegawai Latihan
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Penilaian
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Jururawat
  • Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29
  • Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
  • Pegawai Pertanian G41
  • Penolong Pegawai Pertanian G29
  • Pegawai Undang-Undang L41
  • Jawatan Lain Gred 29 dan Gred 41 yang ditentukan pihak SPA

Jadual Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41

Berikut adalah penjadualan Peperiksaan Online/Ujian Psikometrik terkini yang akan dijalankan pihak SPA:

  • Pegawai Undang-Undang Gred L41
  • Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 21 Julai 2020 – 24 Julai 2020

Terdapat 1 penjadualan ujian psikometrik atau peperiksaan spa yang akan dijalankan pada bulan ini. Mungkin anda yang SPA cari?

Buat persediaan awal, ketahui beberapa contoh soalan psikometrik spa untuk memudahkan anda LULUS exam ini nanti.

Baca Juga  200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini 2021

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41

Berikut adalah merupakan beberapa contoh soalan ujian psikometrik yang anda akan jawab dalam peperiksaan online spa.

Terdapat 199 soalan (SET 1) dan 406 soalan (SET 2) yang anda akan jawab dalam masa 1 jam setengah yang lebih kurang seperti soalan-soalan ujian psikometrik dibawah ini.

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Awam H11

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

Dapatkan Contoh Soalan Psikometrik Terkini Pegawai Undang-Undang L41

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan Lengkap Ini Dipakejkan Dengan Nota dan Contoh Soalan Terkini Ujian Psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan…

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, Ebook ini akan dihantar ke Email anda. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat, ini adalah ebook dalam format PDF yang boleh boleh dibuka mengunakan laptop/pc, smartphone atau tablet. Anda akan diberikan rujukan dan 200 soalan ujian psikometrik!!

Terus Whatsapp Admin jika nak EXTRA BONUS koleksi soalan sebenar ujian psikometrik yang lepas. (Hanya pembelian melalui website ini sahaja layak dapatkan BONUS ni ya!)

Whatsaap kami sekarang –  https://bit.ly/whatsaapsekarang

Kongsikan Juga Nota & Contoh Soalan Ini Dengan Rakan Anda Yang Lain Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Nanti. Semoga Bermanfaat Untuk Semua.

Semoga dengan perkongsian Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ini dapat membantu anda LULUS ujian psikometrik yang SPA adakan tak lama lagi. Salam sukses!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?