Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29. Adakah anda akan menduduki ujian psikometrik spa8 Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 bulan ini? Tahniah kami ucapkan kepada anda yang berjaya melepasi tapisan awal pihak spa sebelum ini.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan ujian psikometrik spa yang terkini bagi tahun 2020 untuk membantu calon bersedia atau mengulangkaji sebelum menduduki ujian psikometrik tersebut.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini merupakan tapisan kepada ribuan calon yang memohon jawatan memasuki sektor kerajaan. Tapisan ini akan menentukan samada anda layak untuk di temuduga ataupun tidak. Hanya calon yang lulus ujian psikometrik sahaja akan dipanggil temuduga spa.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Perikanan G19

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat.

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  • Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  • Pembantu Pendaftaran KP19
  • Pembantu Arkib
  • Pembantu Syariah LS19
  • Penghantar Notis N11
  • Pembantu Awam H11
  • Pembantu Pegawai Latihan E19
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Penilaian
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Jururawat
  • Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29
  • Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
  • Jawatan Lain Gred 29 dan Gred 41 yang ditentukan pihak SPA

Jadual Terkini Ujian Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Berikut adalah penjadualan Ujian Psikometrik terkini yang akan dijalankan pihak SPA:

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

1. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Mekanikal)

  • Kementerian Sumber Manusia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 19 Jun 2020

2. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Awam)

  • Kementerian Sumber Manusia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 19 Jun 2020

3. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Jentera / Mekanikal (Am))

  • Kementerian Sumber Manusia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 19 Jun 2020

Terdapat 3 penjadualan ujian psikometrik atau peperiksaan spa yang akan dijalankan serentak. Mungkin anda yang SPA cari?

Buat persediaan awal, ketahui beberapa contoh soalan psikometrik spa untuk memudahkan anda LULUS exam ini nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Berikut adalah merupakan beberapa contoh soalan ujian psikometrik yang anda akan jawab dalam peperiksaan online spa.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Terdapat hampir 200 soalan yang anda akan jawab dalam masa 1 jam setengah yang lebih kurang seperti soalan-soalan ujian psikometrik dibawah ini.

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik SPA Percuma PDF Terkini

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

Dapatkan Contoh Soalan Psikometrik Terkini Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan Lengkap Ini Dipakejkan Dengan Nota dan Contoh Soalan Terkini Ujian Psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan…

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

P/S: Selepas pengesahan pembayaran dilakukan, Ebook ini akan dihantar ke Email anda. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat, ini adalah ebook dalam format PDF yang boleh boleh dibuka mengunakan laptop/pc, smartphone atau tablet. Anda akan diberikan rujukan dan 200 soalan ujian psikometrik!!

Kongsikan Juga Nota & Contoh Soalan Ini Dengan Rakan Anda Yang Lain Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Nanti. Semoga Bermanfaat Untuk Semua.

Join Telegram Channel ini untuk dapatkan EXTRA BONUS – https://t.me/joinchat/AAAAAEyRYN1Q6s8B4xD5cA

Semoga dengan perkongsian Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 ini dapat membantu anda LULUS ujian psikometrik yang SPA adakan tak lama lagi. Salam sukses!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?