Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11. Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11 bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikometrik psikologi dan psikometrik matematik. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi ujian psikometrik Pengawal Keselamatan KP11.

Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 196 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting..

Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!

Format Soalan Ujian Psikometrik SPA

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
  3. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  • Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pembantu Pendaftaran
  • Pembantu Arkib
  • Penghantar Notis
  • Pembantu Awam
  • Pembantu Pegawai Latihan
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Penilaian
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Penolong Pegawai Seni Bina
  • Pembantu Operasi
  • Pemandu Kenderaan
  • Pegawai Pemulihan Perubatan
  • Pegawai Psikologi
  • Pemeriksa Kilang dan Jentera
  • Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
  • Pembantu Operasi
  • Operator Wayarless
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
  • Pegawai Sains
  • Pengawal Keselamatan
  • Jururawat
  • Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar dan desa
  • Jawatan lain yang ditentukan pihak SPA

Senarai jawatan yang memerlukan menjawab ujian psikometrik ditambah dari masa ke semasa oleh pihak SPA.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 25 contoh soalan psikometrik Pengawal Keselamatan KP11 yang berkemungkinan akan ditanya;

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

A) Sangat setuju

B) Setuju

C) Tidak pasti

D) Tidak setuju

E) Sangat tdak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A) Sangat setuju

B) Setuju

C) Tidak pasti

D) Tidak setuju

E) Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

A) Sangat tidak setuju

B) Agak tidak setuju

C) Tidak setuju mahu pun setuju

D) Agak setuju

E) Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

A) Sangat tidak setuju

B) Agak tidak setuju

C) Tidak setuju mahu pun setuju

D) Agak setuju

E) Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

A) Sangat tidak setuju

B) Agak tidak setuju

C) Tidak setuju mahu pun setuju

D) Agak setuju

E) Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

A) Sangat setuju

B) Setuju

C) Tidak pasti

D) Tidak setuju

E) Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

A) Sangat kerap

B) Kerap

C) Tidak pasti

D) Kadang-kadang

E) Tidak pernah

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

A) Sangat tidak setuju

B) Agak tidak setuju

C) Tidak setuju mahu pun setuju

D) Agak setuju

E) Sangat setuju

Contoh Soalan Matematik Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

1. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?

A. 141

B. 164

C. 154

D. 192

2. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.

A. 2340

B. 3730

C. 2700

D. 3624

3. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.

A. 200

B. 305

C. 450

D. 556

4. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.

A. RM 7550.00

B. RM 6500.00

C. RM 7200.00

D. RM 8104.00

5. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.

A. 4 CM

B. 5 CM

C. 6 CM

D. 9 CM

Nota: Sejak tahun 2019, ujian psikometrik tiada lagi bahagian Matematik. Walaubagaimanapun, dalam eBook Ujian Psikometrik yang kami berikan kepada anda disertakan bahagian matematik ini sebagai persediaan jika matematik ada nanti.

Dapatkan 200 Contoh Soalan Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga 200++ Contoh Soalan Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.

P/S: Selepas pembelian disahkan. Akses link untuk muat turun eBook akan di emailkan kepada anda. Tiada sebarang pengeposan dilakukan, eBook ini merupakan Buku Digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang dan dapat sekarang, walaupun exam anda hari esok!

Jadual Terkini Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

  • Pengawal Keselamatan Gred KP11
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 27 Januari 2021

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11 ini membantu anda memahami bentuk soalan dan buat latih tubi bagaimana soalan psikometrik dijawab.

Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?