Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Calon-calon yang telah memohon jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 boleh menyemak penjadualan peperiksaan PSEE untuk Ujian Psikometrik di laman portal SPA8i.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Bagi anda yang dipanggil peperiksaan online ini, pastinya sudah menerima email pemberitahuan tersebut.

Sekiranya belum menerima email, anda boleh membuat semakan penjadualan ujian psikometrik melalui link dibawah ni.

Semakan Online – Klik Sini

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Melalui platform media sosial Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), penjadualan peperiksaan psikometrik ini akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 (SUK Negeri Pulau Pinang)

Tarikh Peperiksaan :14 November 2019

Tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya dipanggil menduduki epsikometrik ini. Anda adalah insal terpilih untuk tapisan awal pihak SPA.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik adalah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk membuat tapisan kepada calon yang ingin memasuki skim perkhidmatan awam.

Ianya wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja SPA. Ujian ini merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online (PSEE) SPA.

Tiada format tetap yang diberikan untuk soalan ini dan jawapan yang digunakan dalam ujian psikometrik ini. Bentuk soalan adalah berubah-ubah dan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif sahaja.

Perkara yang dinilai adalah:

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • Dan aspek lain-lain lagi.

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29?

Untuk makluman calon, test ini berbeza dengan seksyen daya menyelesaikan masalah dan pengetahuan am peperiksaan PSEE. Tiada markah lulus bagi ujian ini !

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Ia ini bertujuan untuk menguji personaliti seseorang calon. Tiada jawapan betul atau salah !

Cuma, pertanyaan dalam psikometrik ini sangat “TRICKY” !

Soalan berbeza dengan maksud yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza. Ianya bagi memastikan penilaian terhadap calon mengambil ujian psikometrik adalah tepat dan menepati kriteria tapisan psikologi SPA.

Masa Tak Cukup Untuk Menjawab

Untuk Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini, calon akan di berikan sebanyak 192 SOALAN.

Calon perlu menjawab soalan-soalan ini dalam masa 1 jam 30 minit sahaja.

Sewaktu menjawab soalan nanti, anda perlu memikirkan banyak soalan. Sebab tu soalan berulangkali pun boleh dijawab dengan jawapan berlainan kerana kekangan masa.

Kekangan masa ini lah yang menyebabkan ramai calon kecundang. Ada yang tidak sempat menjawab soalan pun.

Tambahan pula, dalam ujian terkini terdapat soalan Matematik ringkas yang ditanyakan didalam ujian psikometrik ini.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Tiada yang spesifik untuk ujian ini. Soalan boleh menjadi pelbagai cara untuk menguji personaliti calon.

Untuk gambaran awal anda dan biasakan diri dengan soalan ujian psikometrik, dibawah ini adalah beberapa contoh persoalan dalam bahagian psikometrik:

1. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • A. Sangat kerap
  • B. Kerap
  • C. Tidak pasti.
  • D. Kadang-kadang
  • E. Tidak pernah

2. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • A. Sangat kerap
  • B. Kerap
  • C. Tidak pasti.
  • D. Kadang-kadang
  • E. Tidak pernah

3. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • A. Sangat kerap
  • B. Kerap
  • C. Tidak pasti.
  • D. Kadang-kadang
  • E. Tidak pernah

4. Saya mengunakan apa cara sekalipun dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • A. Sangat kerap
  • B. Kerap
  • C. Tidak pasti.
  • D. Kadang-kadang
  • E. Tidak pernah
Baca Juga  20 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA Sesi 2020

5. First Impresen mempengaruhi pendapat seseorang.

  • A. Sangat tidak setuju
  • B. Agak tidak setuju
  • C. Tidak setuju mahupun setuju
  • D. Agak setuju
  • E. Sangat setuju

6. Apabila berbicara dengan orang lain, saya akan memandang kearahnya.

  • A. Sangat kerap
  • B. Kerap
  • C. Tidak pasti.
  • D. Kadang-kadang
  • E. Tidak pernah

7. Anda perlu bersikap

  • A. Serius dan bercita-cita tinggi
  • B. Santai dan senang berbincang

8. Apabila bergaul dengan orang ramai

  • A. Anda memberi salam dahulu
  • B. Menunggu orang memberi salam dahulu

9. Dalam urutan nombor 3,4,6,9,….apakah nombor yang ke 7?

  • A. 12
  • B. 18
  • C. 23
  • D. 28

10. Dari nombor 1 hingga 30. Berapa bilangan digit 2?

  • A. 11
  • B. 12
  • C. 13
  • D. 14

Rujukan Peperiksaan PSEE – Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Tahukah anda, ujian psikometrik mempunyai soalan yang agak “Tricky”, psikometrik sinonim dengan psikologi calon. Ujian ini banyak menguji aspek yang dinyatakan diatas.

So, ini bermakna anda harus menonjolkan nilai positif yang ada pada diri anda dan sembunyikan nilai negatif!

Anda mahu tak kalau anda ada buku latih tubi menjawab exam psikometrik?

  • Tip menjawab soalan
  • Contoh soalan psikometrik
  • Contoh soalan matematik
  • Contoh soalan memerangkap

Ebook dibawah ini boleh membantu anda.

contoh soalan psikometrik 2020
download ebook percuma pdf

Kami berharap artikel Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29  membantu anda nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?