Pengalaman Sebenar Jawab Ujian Psikometrik SPA Lulus

Pengalaman Sebenar Jawab Ujian Psikometrik SPA Lulus. Adakah anda calon ujian psikometrik yang akan diadakan tak lama lagi? Terlebih dahulu, kami di ExamSAP8i mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya pada tapisan pertama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Selepas tapisan kelayakan akademik, ini merupakan ujian psikometrik sebelum calon dipanggil temuduga.

Ramai yang tanya admin, bagaimana cara atau tips untuk lulus ujian ini. Ada juga yang hubungi kami semata-mata nak tahu jawapan soalan psikometrik yang diajukan kepada mereka. Kami bukannya dari pihak SPA, jauh sekali kami mengetahui soalan sebenar ujian psikometrik tersebut.

Namun, kami ada pengalaman sebenar calon peperiksaan yang lulus ujian psikometrik ini untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada calon yang lain.

Pengalaman Calon Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

(NOTA: INI BUKAN TIPS, SAYA BUKAN WAKIL SPA. SAYA HANYA KONGSI APA YANG SAYA BUAT)

Ujian Psikometrik ➡️ Juruukur Bahan Gred J41 (JKR Malaysia)

Semalam saya baru sahaja melaporkan diri ke pejabat Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Sempat bersembang serba sedikit bersama Pengarah PPK1 & pegawai di sana. Ada juga protege Juruukur Bahan yang minta tips ujian psikometrik & temuduga SPA.

Saya jawab saya tidak tau. Tapi saya boleh kongsikan segala persediaan saya untuk kedua-duanya.

* * * * *

Cara Jawab Soalan Ujian Psikometrik

Ada 199 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit. Soalan yang menguji personaliti kita.

Saya tidak tau apa kriteria untuk LULUS. Tapi saya berpegang kepada 3 perkara ini:

  1. Saya tidak sesekali tekan butang jawapan SEDERHANA/TIDAK PASTI.

2. Konsisten. Soalan dibahagi kepada dua, dan diterbalikkan struktur ayat.

Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Contoh:

Soalan 7: Saya memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.

Soalan 149: Saya tidak memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.

A) SANGAT SETUJU

B) SETUJU

C) SEDERHANA

D) TIDAK SETUJU

E) SANGAT TIDAK SETUJU

Jika soalan no. 7 saya jawab SANGAT SETUJU, soalan no. 149 saya akan jawab SANGAT TIDAK SETUJU. Konsisten.

3. SPA takkan semak jawapan anda satu persatu & takkan minta penjelasan kenapa anda pilih jawapan tersebut. Jadi, tak perlu takut untuk buat pilihan jawapan.

Selesai. Saya LULUS.

* * * * *

Pengalaman Temuduga

Ts. Naqiuddin Jamil sentiasa pesan pada saya, ‘formality’. Itu yang SPA nak tengok.

1) Penampilan mesti sempurna 100% kemas. Kemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.

2) Fail tersusun kemas. Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:

– Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)

  1. Pencapaian
  2. Jawatan
  3. Penyertaan

– Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)

  1. Pencapaian
  2. Jawatan
  3. Penyertaan

– Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.

– Sijil letak yang penting & tidak berulang.

– Fail kalau boleh biar muat-muat untuk semua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang.

3) Adab/etika ketika temuduga

– Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali. Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”

– Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.

– Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.

– Duduk selepas diarahkan.

– Jawab setelah diminta.

Saya ada 2 lagi ‘extra points’ yang mungkin ramai calon tak buat.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Jururawat U41

1. Saya ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.

“Terima kasih atas soalan”

“Terima kasih atas soalan yang diberikan”

2. Saya buat satu salinan semua isi kandungan fail. Untuk panel kedua. Sebenarnya tak perlu pun, sebab mereka akan rujuk system myresume. Tapi saya sengaja nak tunjukkan persediaan rapi saya kepada panel. 😜

– Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.

4) Soalan temuduga

Antara soalan yang saya dapat daripada wakil SPA.

– “Saya tengok awak banyak jawatan di sekolah & universiti. Siapa yang lantik awak?”

– “Kenapa mereka pilih awak?”

– “Awak tak nak buka syarikat sendiri?” (Soalan maut, tak mungkin saya tak nak..)

– “Kenapa awak nak masuk sektor awam?”

– “Kenapa kami perlu pilih awak?”

Soalan daripada wakil JKR.

– “Kos keseluruhan RM/sqft untuk pembinaan sebuah sekolah?”

– “Pecahan kandungan dalam PDA?”

Selebihnya banyak saya ceritakan pengalaman kerja.

Penting untuk yakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari.

* * * * *

Selebihnya saya hanya dengar dan ikut semua tips daripada Youtube Channel SuperMatt Sharing. Sangat berguna.

https://youtube.com/channel/UCFPo9u8DHFNkgrmHTdULvwQ

* * * * *

Hasilnya daripada 7,281 calon yang memohon, 356 calon ditemuduga, saya antara 9 yang terpilih. Alhamdulillah rezeki daripada Allah.

Sekarang saya ditempatkan di Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

QS paling muda kot. Yang lain semua tahun 70an – 80an. Rasa adik-adik sangat.

Ya, sangat gembira dengan tempat kerja yang baru dan mohon doakan saya sentiasa bersemangat serta dapat berkhidmat dengan telus & cemerlang.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan

** Contoh resume saya ada letakkan di gambar terakhir buat rujukan anda semua. Agak penting, sebab panel ke 2 menyoal saya berpandukan resume.

Credit : FB Akmal Rozman

Semoga dengan perkongsian Pengalaman Sebenar Jawab Ujian Psikometrik SPA Lulus ini dapatlah membantu calon-calon dalam menjawab soalan-soalan Ujian Psikometrik nanti. Terus gunakan tip temuduga itu juga untuk sesi temuduga anda nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?