Rahsia Lulus Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Untuk Kerja Kerajaan

Rahsia Lulus Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Untuk Kerja Kerajaan. Adakah anda calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Ujian Psikometrik bulan ini? Jika ya, kami ucapkan tahniah kerana berjaya dalam tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam peperiksaan online Psikometrik ini.

Rahsia Lulus Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Untuk Kerja Kerajaan

Anda adalah calon yang bertuah yang berpeluang untuk membuktikan kemampuan anda melepasi Ujian Psikometrik untuk jawatan ini. Sebelum anda menduduki ujian psikometrik ini, anda harus faham apakah itu Ujian Psikometrik, Format Ujian Psikometrik, Cara Jawab Ujian Psikometrik dan membuat Latihan menjawab Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik yang akan kami sediakan nanti dibawah ini.

Objektif Utama Ujian Psikometrik SPA

Calon perlu faham, ujian psikometrik ini diberikan kepada pemohon jawatan tersebut adalah bertujuan untuk 2 objektif utama saja.

Pertama, permohonan untuk satu-satu jawatan adalah sangat banyak, ini adalah satu cara untuk mengurangkan calon!

Kedua, untuk memastikan calon yang diambil menjawat jawatan dalam Kerajaan adalah individu yang tepat!

Penerangan Format Ujian Psikometrik Terkini Tahun 2020

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan dalam bentuk ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda seperti:

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul
  • Tidak Pasti
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak bersetuju
  • Sangat Tidak Bersetuju

Jawapan anda adalah sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Visual N19 Jab Penerangan Malaysia

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  • Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pembantu Pendaftaran
  • Pembantu Arkib
  • Penghantar Notis
  • Pembantu Awam
  • Pembantu Pegawai Latihan
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Penilaian
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Penolong Pegawai Seni Bina
  • Penolong Pegawai Veterinar
  • Setiausaha Pejabat
  • Penolong Pemelihara Hutan
  • Penolong Juruukur Bangunan
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  • Penolong Perkhidmatan Pendidikan
  • Pegawai Latihan
  • Pemandu Kenderaan
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  • Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Penolong Juruukur Bahan
  • Juruaudio Visual
  • Pembantu Kemahiran
  • Pegawai Kebudayaan
  • Pegawai Geosains
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Juru X-Ray
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
  • Pegawai Penyelidik
  • Jurubahasa
  • Penolong Pegawai Meteorologi
  • Jawatan Lain Yang Ditentukan Pihak SPA Dari Masa Ke Semasa

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

Contoh Soalan Psikometrik Matematik SPA

11. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?

  • A. 141
  • B. 164
  • C. 154
  • D. 192

12. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.

  • A. 2340
  • B. 3730
  • C. 2700
  • D. 3624

13. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.

  • A. 200
  • B. 305
  • C. 450
  • D. 556

14. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.

  • A. RM 7550.00
  • B. RM 6500.00
  • C. RM 7200.00
  • D. RM 8104.00

15. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.

  • A. 4 CM
  • B. 5 CM
  • C. 6 CM
  • D. 9 CM
Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghulu Gred NP29

Rahsia Lulus Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Ada calon yang kata, ujian psikometrik ini adalah peperiksaan yang sangat mudah. Ini kata-kata mereka yang ‘Over Confident’! Terlalu yakin pun boleh menjadi penyebab kegagalan.

Sejak akhir-akhir ini, hampir 90 peratus calon Ujian Psikometrik SPA LULUS dalam peperiksaan online ini. Kami percaya, mereka adalah yang tahu membuat persediaan awal sebelum peperiksaan berlangsung.

Cuba anda lihat beberapa Keputusan Peperiksaan – Ujian Psikometrik yang telah diumumkan pihak SPA dibawah ini.

semakan keputusan ujian psikometrik pegawai geosains c41
100% LULUS – UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI GEOSAINS (KIMIA) GRED C41
semakan keputusan ujian psikometrik jururawat gred U41
100% LULUS – UJIAN PSIKOMETRIK JURURAWAT GRED U41

Dapatkan Rujukan dan Contoh Soalan Psikometrik Untuk Peperiksaan Online SPA

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan Nota Dan Contoh Soalan Terkini Ujian Psikometrik. Dimuatkan juga Contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan.

EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN PSIKOMETRIK SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2022 (DIKEMASKINI)

Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Ujian Psikometrik Terkini Melalui Portal SPA 2022

Pegawai Penyelidik Gred Q41
Kementerian Kesihatan Malaysia
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 4 Februari 2022

Penghantar Notis Gred N11
Jabatan Perdana Menteri serta di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Sabah)
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 28 Januari 2022

Jurubahasa Gred LA19
Mahkamah Persekutuan Malaysia (Sabah)
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 28 Januari 2022

Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 (Kejuruteraan Mekanikal)
Jabatan Meteorologi Malaysia
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 28 Januari 2022

Terima kasih kerana anda membaca artikel Rahsia Lulus Jawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Untuk Kerja Kerajaan ini. Semoga membantu calon buat persediaan awal!

Kongsikan Juga Nota & Contoh Soalan Ini Dengan Rakan Anda Yang Lain Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?